Ahad, 28 Jun 2009

Aku bukan

peminat musik jenis tu.micheal jackson.
tapi mj ni kira legend.dia buat impak besar dlm
arena muzik dunia.lepas elvis dan beatles.

mj mati dlm umor 50 tahun.tahun ni umor aku pun 50 tahun.
lebeh kurang sebaya je.tapi aku tak tau samada aku akan mati
bila aku 50 nanti.keje Tuhan.

lagu mj yg aku pernah belajar nyanyi hanya lah "ben".lagu tentang
persahabatan.pernah juga aku tonton satu movie jodol sama "ben".
kisah budak dgn tikus biasa yg jadi kawannya.lain pada "ben" ia lah
"rocking robin" lagu kumpulan adek bradek mj the jackson 5.

membaca aku satu ruang penulis dlm metro tentang mj.aku setuju.
sebalik cerita mj ni sebenarnya tersirat cerita lama tentang konflik
perkauman di amerika sana.konflik hitam dan putih.konflik jiwa.konflik glamer.
tapi ianya bukan di amerika sja.konflik jiwa.berlaku di mana saja.
konflik berlarutan dan semua kita boleh faham.kita boleh fikir.

kita tak boleh menghukum mj atas sejarah hidupnya yg pelik.
menurut berita samada benar atau tidak,mj telah menjadi saorang
muslim.mj telah mengaku wujud Tuhan yg satu dan Muhammad
adalah Rasul.ada beberapa klip lagu berunsur nasyid nyanyian mj.
bukti kecintaan mj pada Islam.Tuhan saja yg berhak memberi
hidayah pada manusia.Muhammad (saw) sendiri tak mampu.

kiranya mj telah mengaku islam semoga Tuhan mengampuni.
semoga kita di beri hidayat dan tetap iman.

amin.

Ahad, 21 Jun 2009

Selamat Hari Bapa

waargh.hujung minggu yg sungguh sungguh memenatkan.
bukan penat kerja keras di ladang atau lokasi pembinaan.
tapi penat bermusik,busking.wang hasil dari usaha tu lebih dari cukup buat
belanja poket anak2 ke sekolah untok seminggu.

helai not rm1 memang sangat di perlukan.
busking mmg mewah dgn not rm1 ni.not hijau dan merah ada
juga,tapi tak semewah not biru.biru rm1 bukan rm50..


pernah satu masa aku bayar daftar sekolah anak dgn not rm1
sejumlah rm100 lebih.terkejut si cikgu.


"encik niaga ke?" tanya si cikgu.aku senyum mengangguk.



hari jumaat di downtown ceras bermula rutin hujung aku.mula jam 11pm nonstop
ke jam 2 pagi.balik ke rumah biasa sampai hampir 4 pagi.tidur yg selalunya lewat
solat subuh.kepenatan.ada kesempatan di tghari sabtu aku ke cm pulak.

sabtu lepas,aku berseorangan saja.

pengamen yg lain tak nampak.kecuali cot.cot saorang pengamen yg aku suka lihat kalau
dia menyanyi.seksa aku tengok dia menyanyi lagu nada tinggi.yeargh!yaeirgh!terselak selak.
dari surau atas bumbung cm aku dah dengar nyanyian terseksa cot.lagu "datang dan pergi"
sweet charity.

setelah cot memberhentikan penyeksaan dirinya, aku kembali untok set ke dua.
cot beredar seketika untok membasahkan tekaknya yg terseksa tadi.


"selamat hari bapa!" ucap aku pada yg ada di depan.tak ramai.tapi aku yakin sebentar lagi
akan bertambah.


"di mata mu masih tersimpan selaksa peristiwa
benturan dan hempasan terpahat di keningmu"


demikian bibit senikata di awal lagu yg berjudul

"titip rindu untuk ayah" nyanyian ebeit g ade.
sesuai dgn tema hari bapa.


tiap kali aku nyanyi lagu ni aku rasa sebak.senikata yg sngat menyentuh.
irama lagunya pun indah mendayu.pernah aku hampir menangis ketika sedang
nyanyikan lagu ni di mata ramai.


tiap kita punya ayah.tiap kita juga adalah ayah.


lagu itu di akhiri dgn senikata...


"anak mu sekarang banyak menanggung beban".


betul.begitulah kita yg bergelar bapa dan juga anak.



aku terus mengamen dgn lagu2 dan irama2 yg telah lama menjajah

jiwa dan fikiran aku.blues ke folk ke country.

"hoochie coochieman" ke "wild horses" ke "feelin alright" ke "friend of the devil" ke "wizard".

lagu2 bob dylan ke rolling stones ke muddy waters ke grateful dead ke uriah heep ternyata ianya menarik beberapa 'backpackers' berhenti duduk sama menonton.beberapa keping not rm di letak dan senyum sebelum beredar.lagu2 saperti "duit" "blues untok rakyat"
"keroncong nostradamus" juga aku mainkan.begitu juga lagu 'puaka'
kisah tempat cult anton levy di california.bila2 pun lagu puaka ni jadi permintaan ramai.
hari tu saorang penonton wanita dtg dekat pada aku.cantek dgn senyumnya.

"bang,boleh nyanyi hotel california?" kembali dudok setelah letak tip rm5.menyanyi lah
aku hingga hampir masuk waktu asar, set aku pack dan pulang.

oh.satu yg menarik hari tu.sesampai aku di tempat keramat para pengamen di cm.
aku tengok sorang bangsa eropah duduk berlunjur kaki bersandar pada tiang di atas jalan.bersamanya ada satu bekas berserta nota bertulis bahasa melayu

"saya perlu duit kerana duit telah di curi".

aku tak keberatan sumbang sedikit dan bertanya.katanya dia dari spain.apa saja lah.oh kuala lumpur.


sebelah malam, aku ke downtown ceras lagi.melalui jalan kinabalu.kelihatan
padang dataran merdeka ribuan manusia yg terpesona dgn kehebohan konsert inspirasi tv3.
aku ke konsert jalanan aku di setiap hujung minggu di downtown ceras.inspirasi untok sekolah anak2.begitulah rutin walaupun penat sebenarnya.



awal pagi ahad.aduhai. ketinggalan solat subuh lagi...



siang ahad rutin aku ke alang sedayu pula.dulunya dari jam 1 tghari ke 6 ptg.sekarang tukar jadual.dari jam 4 ptg ke 10 mlm.di alang sedayu aku bersama band.howlin' band.biasa saja.menghibur pengunjungyg dtg bersantai di situ.bajet pun kecik.tapi ianya tetap duit.not warna biru rm50.kadang berserta not berwarna merah.lebih lah sikit.

howlin band tetap blues.sambil ada juga kami main 60an melayu.yehyehan."si cincin emas" "kisah dan tauladan" "la obe" "apache" "keroncong terkenang kenang wajah mu...". apa saja yg sewaktu dgnnya yg kami tahu.

yg menarik berlaku di alang sedayu hari tu.ada sebuah drama realiti hidup berlaku di situ.aku turut menonton.

alkisahnya, ini budak perempuan sudah lari dari rumahnya di ampang.di fahamkan akan duduk peperiksaan spm tahun ni.tiga hari dia dgn boiprennya menyorok di alang sedayu.lari dari keluarganya kerana nak kawin dgn si budak laki2 ni. aduh.kemuncaknya malam tu.semua pihak muncul depan pentas kami.makbapak kedua pihak ada di situ.dgn petrol car polis siap ada.melanggan salah sebuah meja di situ.howlin' band yg tengah rancak main lagu "jikalau berkasih" ramli sarip sepakat berhenti untok bagi laluan keluarga budak2 ni berbincang masaalah anak2 mereka yg buat hal ni.hei budak2 .

makbapak si budak perempuan yg gatal nak kawin ni rupanya cikgu.aduhai mak.

yang bapak si budak jantan pulak dtg dgn kereta mercedes menjalar beb.aduhai mak oi jugak.

dari gaya bercakap dan pakaian, bapak budak jantan ni memang orang ada2.orang sibuk.busy man ke businessman.memang bukan pemandu.

bebel si bapa budak lelaki ni.anaknya jenis tak guna,malas. semua negatip lah anak jantannya tu.aku fikir,bagus juga bapak ni.kutukan keras pada anak dia depan semua mata yg ada.

"macam ni orang kamu nak kawin jadikan suami?" antara kata si bapak lelaki.tuju pada anaknya sendiri.budak perempuan terus tunduk dahi atas meja.mak ayahnya pun senyap sengap.

"belanja dia pun selalu mintak dgn saya".

kedua bakal pengantin muda belum berakal ni duduk bersanding dgn kepala masing2 di atas meja.entah apa yg di fikirkan.mungkin nak kawin juga walau apa halangan.api cinta sudah membakar dan...syok kawin ni agaknya!

lama juga lah drama keluarga ni malam tu.sampai satu part budak perempuan ni di bawa ke satu sudut lain oleh bapak budak laki2.ntah apalah bincangnya. bapak budak perempuan cuma tercegat bersama kenalannya yg ada disitu.si emak dudok menung.

aku yg tadi peluk tubuh pasang telinga beredar ke pentas .

"bro.kita ni keje.di bayar ntok main musik" kata aku pada member band lain.

"masaalah dorang..jom kita"

tok gani,kunjai dan aji pun ke pentas.aku pun strum intro "listen to the music" doobie brothers.

dlm kepala otak aku masih berlegar tentang hal keluarga tadi.sebabnya aku sendiri punya anak2

yg sebaya mereka.suami isteri yg punya latar belakang baik pun anak2 masih ada masaalah begitu.kalau pemuzik upahan macam aku ni mungkin patut juga.di mana salah ni? hmm.oh Tuhan.

sebaik habis masa aku di alang sedayu aku terus ambil upah dan bergegas pulang.dari tghari aku di situ.penat.

di rumah setelah mandi aku berehat seketika di ruamg tamu.anak2 aku yg kecil bergelimpangan tidur di ruang itu.anak perempuan sulong aku yg baru habis belajar di politeknik sultan azlan masih menonton tv, begitu juga adik perempuannya yg masih dlm darjah 6.aku pun bercerita pada mereka tentang apa yg aku saksikan di alang sedayu tadi.harapan aku mereka jadi orang yg berfikir menjaga maruah dan harga diri mereka.

kebanyakkan ibubapa letak harapan tinggi pada anak2.

berdisplin.sopan santun.beradab tinggi.pelajaran baik.

ikut apa yg ibubapa dah aturkan.tiba2 lain pulak jadinya si anak.

hancur.punah harapan.

aku ni bapa.harap aku cuma anak2 tahu menilai pengorbanan ibu dan ayah.

anak2 tahu yg mereka punya Tuhan.selain itu tak ada harapan tinggi.

selamat hari bapa.

Khamis, 18 Jun 2009

The Fly

gitu la orang kalau dah jadi no 1 dlm planet kita..
pukul lalat pun jadi tarikan berita seantero dunia.

mungkin ada yg ambil lalat malang tu lalu di awetkan
untok abadikan dlm sejarah nanti.

mungkin juga lalat malang tu di awetkan kemudian nanti jadi bahan lelongan
berharga jutaan dollar kerana di tampar oleh 'first black president of the united states of america'.mana tau?

di kalangan warga lalat pula mungkin si lalat malang itu telah mati sebagai hero.

gitu la cerita pendek 'the fly'.

Selasa, 9 Jun 2009

Sampai bila..

..isu bahasa dlm pendidikan negara ni nak sudah?
PSIM belum selesai..nah tambah satu lagi.
Semua nak bercakap
Nampak gigi dengan gusi

Kata kita dah lepas dari penjajah.
Kata kita semua dah ramai belajar tinggi.
Kata kita macam2 lagi kata yang terer2.
Kesudahannya kita dok masih meraba2
Celik tapi masih buta..

Merdeka!

Merdeka? merdeka apa ?

"Emancipate your mind from mental slavery
None but ourself can free our mind"

Redemption Song - Bob Marley.

Isnin, 8 Jun 2009

Kampong yang jauh di mata

Aku rasa dah hampir 2 minggu kita di landa jerebu.Sesak pandang aku.Sesak nafas aku.

Arrggh!



Hari khamis minggu lepas balek lah aku ke kampong, kesempatan cuti sekolah ni.Lagi pun aku memang dah berencana untok balek.Rindu aku mesti di lepaskan.

Anak yg kecil semua ikut.Anak yg paling kecil pun dah dlm darjah 1.Tak ada lagi yg kecil.Isteri pun dah letih beranak.



Lama juga aku tak balek ke kampong di Kuala Lipis.Anak2 begitu seronok, walaupun mereka tak lahir di kampong. Lahir dan besar mereka di persekitaran yg berbeza.Di kampong suasananya lain.Aku pun tak mengalakkan anak2 kecil aku dgn persekitaran kota.Adalah sekali sekala aku bawa mereka ke CM atau naik monorel.Aku tak bawa mereka ke Petronas,Times Sq ke, Bukit Bintang ke,Bangsar ke,Sunway Lagoon ke.Mereka lebih kerap aku bawa ke hutan kayu dari ke hutan batu.



Sebenarnya, di kampong aku hampir tak punya apa2 lagi.Cuma ada kubor ibu ku.Ibu dan bapa saudara pun semakin tua dan beransur pergi.Adek beradek sepupu pun ramai dah bermastautin di tempat lain.Ada juga yg masih tinggal berhampiran tapi tak ramai.Sayu aku .



Dari Gombak ke Kuala Lipis berkereta cuma ambil 3 jam saja.Itu kalau pandu dlm 90 ke 100 kilometer sejam dan jalan tak sesak.Hari tu kenderaan agak banyak menghala ke Pahang.Aku yg tak suka memandu dgn jalan sesak membelok simpang ke Fraser Hill selepas bandar Bentong.Lama juga aku tak lalu jalan lama tu.Tenang memandu kerana tak banyak kereta lalu jalan tu.Pemandangannya pun lama aku tak kecap.Masih begitu.Cuma sepanjang jalan tu aku lihat betapa semua dusun buah2an terutamanya durian di punyai oleh kebanyakkan orang cina.Mungkin ada juga kepunyaan melayu.Yang pastinya tak banyak.Oh tanah air ku.

Sampai di simpang Tras, aku memerhatikan rumah kedai cina yg begitu lama masih lagi tersergam dan masih di diami.Memang klasik.Terasa betul aku berada di sekitar tahun 60an di situ.Nak rakam kamera pulak tak ada bateri.Cheh!
Selepas simpang itu, melalui pula jalan sempit pekan Tras.Pekan kecil yg di diami orang cina.Bangunan rumah kedai lama masih begitu.Klasik.Banyak yg masih di diami.Membuat aku berfikir, apa agaknya perkerjaan mereka yg diam di situ.Macamana orang cina di situ menjalankan ekonomi dan kekal kehidupan di pekan kecil itu . Boleh kah keadaan di situ terus begitu?.Maju tidak mundur pun tidak.Kehidupan yg biasa terus berjalan.Generasi ke generasi.

Sampai aku di kampong, biasanya aku ke rumah Pakndok Mail.Adek pada mak aku.Pandak aku berada di Temerloh berehat di rumah anaknya setelah beberapa hari di hospital Temerloh.
Aku terus saja kubur ibu.tak berapa jauh dari rumah pakndak.Aku dan anak isteri di kubor berdoa dan membaca surah.Bersihkan pusara ibu yg agak semak sedikit.Di situ juga pusara datok dan wan juga adek beradek ibu yg sudah pergi.

Allahuakbar! Allaahuakbarr! Asyhaduanlaa ilaaha ill Allaaah...

Azan zohor berkumandang dari surau kampong Balik Gua cuma di depan perkuburan saja letaknya.Aku pun ke surau dgn anak lelaki aku untok solat zohor.Imamnya bekas tok empat Bustamam.Makmum tempatan dua orang tua yg aku kenal campur aku dan 2 orang anak aku.Bersolat lah kami di surau kampong yg sepi itu.Seusai solat kami bersalaman mesra bertanya kabar.Setelah itu aku pun beredar melalui jalan kampong yg sepi.Singgah sebentar melihat sayu dari jauh rumah wan aku yg sudah tak berpenghuni lagi.

Dulunya rumah itu begitu berseri.Di kelilingi sawah hijau.Kuning bila tiba musim tuai.Di situlah kami berkumpul.Aku masih ingat adek beradek ibu ku menampi padi.Menumbuk padi dalam alu menjadi emping.Emping di gaul bersama kelapa.Masin manis rasanya.Di hidang kami kopi kampong yg panas.Waktu makan pula lauknya cuma ikan masin goreng berkuahkan gulai tempoyak ubi kayu,sambal garam dan ulam jering semai.Mewah sedikit kalau ada daging kancil di masak lemak cili padi.Waktu tidurnya kami bergelimpangan di ruangan tamu yg kecil itu.Bangun pagi cuma mandi di tepi paya yg air nya jernih sejuk dan segar.Berlalu sudah kehidupan itu.Sawah sudah berpuluh tahun menjadi semak.Siapa lagi yg mahu bersawah ladang di situ.Ramai juga keluarga yg dulu punya kehidupan di situ pergi meninggalkan tanah dan rumah pergi ke tempat lain.Cuma tinggal beberapa keluarga yg masih di situ.Tapi ada juga yg mendirikan rumah batu.Kelihatan macam baru di bina.Mungkin mereka anak2 pada orang kampong yg masih kekal dan masih mahu meneruskan kehidupan di situ.Tak mungkin pendatang asing.

Aku terus meninggalkan kampong ibu di tepi batu gua itu.Singgah aku ke rumah chu Yah di kg Beralas dekat Padang Tengku.Chu Yah adek bongsu kepada bapak aku.Bapak aku ada lima orang adek beradek.Bapak aku yg sulong.Chu Yah yang bongsu.Cuma mereka berdua yg masih hayat.
Waktu mudanya Chu Yah berkerja di Kuala Lumpur.Puluhan tahun Chu Yah berkerja di kilang rokok Rothman di Petaling Jaya.Bersara Chu Yah pun di kilang Rothman itu.Chu Yah tak pernah bercita2 memiliki rumah atau tinggal kekal di Kuala Lumpur.Tok Seman, bapak pada bapak aku punya bidang tanah yg agak luas.Ada juga berekar tanah di beberapa tempat berdekatan.Tapi semuanya habis di jual oleh anak2nya.Tanah di jual dan mereka berhijrah ke tempat lain.Kecuali Chu Yah aku.Tanah yg di wariskan padanya terus kekal.Bidang tanah itu pun tak lah sebesar mana.Setelah bersara chu Yah pun pulang ke kampong mendirikan rumah di situ.Kehidupan chu Yah dulunya agak penuh ranjau berliku.Setelah mendirikan rumahtangga bersama sepupunya juga.Chu cuma punya saorang anak lelaki.Malang rumahtangga Chu Yah tak kekal.Setelah bercerai Chu Yah rela kekal menjanda.Walau ada yang mahu mengambil Chu Yah jadi isteri.Chu Yah jadi fobia untok bersuami lagi.Di situ lah Chu Yah aku.Bersama anaknya yg juga tinggal bersama.
Sesampai aku di pintu rumah Chu Yah.Aku dan dan isteri di sambut dgn tangis.Kami berpelukan.Hiba aku.Kasihan aku lihat Chu Yah.Saling tak tumpah emaknya ia itu Wan Sendik.Wan Sendik yg dulunya menguruskah aku yg baru lahir.Chu Yah begitu kurus.Sebenarnya zahir dan batin Chu Yah begitu lama menderita.Sejak dari zaman mudanya lagi Chu Yah aku derita.Hanya Tuhan yg tahu.Aku juga tahu.Aku tahu sebab aku dan Chu Yah besar dan lama di Kuala Lumpur.Kami lama 'blues' di sini.Di Kuala Lumpur.
Aku sedih kerana Chu Yah yg punyai ramai anak saudara.Anak pada abang dan kakaknya sangat jarang sekali datang menjengok atau bertanya kabar.Ramai anak saudara Chu Yah punya kehidupan yg baik.Ada yg kaya.Tapi mereka terlalu sibuk.Sibuk dengn kehidupan mereka.Sedang waktu dulunya di Kuala Lumpur, Chu Yah mereka inilah yg jadi tempat mereka mengadu nasib.Rumah sewa Chu Yah yg umpama rumah sewa Mak Minah petpot petpot dlm filem P.Ramlee "Masam Masam Manis" itulah tempat mereka menumpang.Hari ini mereka sudah senang.Chu Yah pun jauh dari ingatan.
Alhamdulillah.Walau begitu kudrat Chu Yah masih kuat berlegar di sekitar rumahnya.Menjaga cucunya.Chu Yah memang sayang pada anak2.Apatah lagi cucunya.
Lama juga aku di rumah Chu Yah hari tu.Sempat juga kami di bekal sebiji nangka yg kebetulan gugur juga buah salak yg di tanam di halaman rumah.
Rumah Chu Yah aku tinggalkan dgn berniat aku akan kerap pulang melihat Chu Yah yang semakin di mamah usia.Sedang aku pun begitu juga.

Perjalanan ke kampong isteri di Merapoh melihatkan banyak kenderaan dari arah bertentangan terutama lori balak.Aku agak hairan kenapa.Rupanya lori2 balak ini memunggah batang balak yg sudah di tebang bagi laluan membina laluan baru dari kg Relong ke Gua Musang.Elok juga fikir aku.Jalan yg ada sekarang memang sudah tak mampu menampong laluan trafik yg semakin sesak.Kesesakan lebih terok berlaku bila tiba musim cuti terutama di hari perayaan.Dengan adanya laluan baru ini nanti maka harapan perjalanan ke utara Lipis dan Kelantan jadi lebih selesa dan lebih selamat.

Dua hari kami di Merapoh.Sempat aku ke Cegar Perah pergi melawat keluarga emak saudara tapi sayang mereka tiada di rumah.Pergi pula aku bersama anak2 ke sg Relau melihat saudara2 rimba.

Hari sabtu aku pulang ke Kuala Lumpur.Hari ahad aku berdendang blues di rimba Alang Sedayu dgn hanya token RM50.Alhamdulillah.Isnin aku malas ke tempat kerja.Hari ni selasa aku keluar ke tempat kerja dgn keadaan masih berjerebu.

Arrghh!

Sesak pandang aku.Sesak nafas aku.

Oh Tuhan.Kalau lah ada benda yg aku boleh buat di kampong...

Pasti lebih baik aku ke kampong.