Isnin, 8 Jun 2009

Kampong yang jauh di mata

Aku rasa dah hampir 2 minggu kita di landa jerebu.Sesak pandang aku.Sesak nafas aku.

Arrggh!



Hari khamis minggu lepas balek lah aku ke kampong, kesempatan cuti sekolah ni.Lagi pun aku memang dah berencana untok balek.Rindu aku mesti di lepaskan.

Anak yg kecil semua ikut.Anak yg paling kecil pun dah dlm darjah 1.Tak ada lagi yg kecil.Isteri pun dah letih beranak.



Lama juga aku tak balek ke kampong di Kuala Lipis.Anak2 begitu seronok, walaupun mereka tak lahir di kampong. Lahir dan besar mereka di persekitaran yg berbeza.Di kampong suasananya lain.Aku pun tak mengalakkan anak2 kecil aku dgn persekitaran kota.Adalah sekali sekala aku bawa mereka ke CM atau naik monorel.Aku tak bawa mereka ke Petronas,Times Sq ke, Bukit Bintang ke,Bangsar ke,Sunway Lagoon ke.Mereka lebih kerap aku bawa ke hutan kayu dari ke hutan batu.



Sebenarnya, di kampong aku hampir tak punya apa2 lagi.Cuma ada kubor ibu ku.Ibu dan bapa saudara pun semakin tua dan beransur pergi.Adek beradek sepupu pun ramai dah bermastautin di tempat lain.Ada juga yg masih tinggal berhampiran tapi tak ramai.Sayu aku .



Dari Gombak ke Kuala Lipis berkereta cuma ambil 3 jam saja.Itu kalau pandu dlm 90 ke 100 kilometer sejam dan jalan tak sesak.Hari tu kenderaan agak banyak menghala ke Pahang.Aku yg tak suka memandu dgn jalan sesak membelok simpang ke Fraser Hill selepas bandar Bentong.Lama juga aku tak lalu jalan lama tu.Tenang memandu kerana tak banyak kereta lalu jalan tu.Pemandangannya pun lama aku tak kecap.Masih begitu.Cuma sepanjang jalan tu aku lihat betapa semua dusun buah2an terutamanya durian di punyai oleh kebanyakkan orang cina.Mungkin ada juga kepunyaan melayu.Yang pastinya tak banyak.Oh tanah air ku.

Sampai di simpang Tras, aku memerhatikan rumah kedai cina yg begitu lama masih lagi tersergam dan masih di diami.Memang klasik.Terasa betul aku berada di sekitar tahun 60an di situ.Nak rakam kamera pulak tak ada bateri.Cheh!
Selepas simpang itu, melalui pula jalan sempit pekan Tras.Pekan kecil yg di diami orang cina.Bangunan rumah kedai lama masih begitu.Klasik.Banyak yg masih di diami.Membuat aku berfikir, apa agaknya perkerjaan mereka yg diam di situ.Macamana orang cina di situ menjalankan ekonomi dan kekal kehidupan di pekan kecil itu . Boleh kah keadaan di situ terus begitu?.Maju tidak mundur pun tidak.Kehidupan yg biasa terus berjalan.Generasi ke generasi.

Sampai aku di kampong, biasanya aku ke rumah Pakndok Mail.Adek pada mak aku.Pandak aku berada di Temerloh berehat di rumah anaknya setelah beberapa hari di hospital Temerloh.
Aku terus saja kubur ibu.tak berapa jauh dari rumah pakndak.Aku dan anak isteri di kubor berdoa dan membaca surah.Bersihkan pusara ibu yg agak semak sedikit.Di situ juga pusara datok dan wan juga adek beradek ibu yg sudah pergi.

Allahuakbar! Allaahuakbarr! Asyhaduanlaa ilaaha ill Allaaah...

Azan zohor berkumandang dari surau kampong Balik Gua cuma di depan perkuburan saja letaknya.Aku pun ke surau dgn anak lelaki aku untok solat zohor.Imamnya bekas tok empat Bustamam.Makmum tempatan dua orang tua yg aku kenal campur aku dan 2 orang anak aku.Bersolat lah kami di surau kampong yg sepi itu.Seusai solat kami bersalaman mesra bertanya kabar.Setelah itu aku pun beredar melalui jalan kampong yg sepi.Singgah sebentar melihat sayu dari jauh rumah wan aku yg sudah tak berpenghuni lagi.

Dulunya rumah itu begitu berseri.Di kelilingi sawah hijau.Kuning bila tiba musim tuai.Di situlah kami berkumpul.Aku masih ingat adek beradek ibu ku menampi padi.Menumbuk padi dalam alu menjadi emping.Emping di gaul bersama kelapa.Masin manis rasanya.Di hidang kami kopi kampong yg panas.Waktu makan pula lauknya cuma ikan masin goreng berkuahkan gulai tempoyak ubi kayu,sambal garam dan ulam jering semai.Mewah sedikit kalau ada daging kancil di masak lemak cili padi.Waktu tidurnya kami bergelimpangan di ruangan tamu yg kecil itu.Bangun pagi cuma mandi di tepi paya yg air nya jernih sejuk dan segar.Berlalu sudah kehidupan itu.Sawah sudah berpuluh tahun menjadi semak.Siapa lagi yg mahu bersawah ladang di situ.Ramai juga keluarga yg dulu punya kehidupan di situ pergi meninggalkan tanah dan rumah pergi ke tempat lain.Cuma tinggal beberapa keluarga yg masih di situ.Tapi ada juga yg mendirikan rumah batu.Kelihatan macam baru di bina.Mungkin mereka anak2 pada orang kampong yg masih kekal dan masih mahu meneruskan kehidupan di situ.Tak mungkin pendatang asing.

Aku terus meninggalkan kampong ibu di tepi batu gua itu.Singgah aku ke rumah chu Yah di kg Beralas dekat Padang Tengku.Chu Yah adek bongsu kepada bapak aku.Bapak aku ada lima orang adek beradek.Bapak aku yg sulong.Chu Yah yang bongsu.Cuma mereka berdua yg masih hayat.
Waktu mudanya Chu Yah berkerja di Kuala Lumpur.Puluhan tahun Chu Yah berkerja di kilang rokok Rothman di Petaling Jaya.Bersara Chu Yah pun di kilang Rothman itu.Chu Yah tak pernah bercita2 memiliki rumah atau tinggal kekal di Kuala Lumpur.Tok Seman, bapak pada bapak aku punya bidang tanah yg agak luas.Ada juga berekar tanah di beberapa tempat berdekatan.Tapi semuanya habis di jual oleh anak2nya.Tanah di jual dan mereka berhijrah ke tempat lain.Kecuali Chu Yah aku.Tanah yg di wariskan padanya terus kekal.Bidang tanah itu pun tak lah sebesar mana.Setelah bersara chu Yah pun pulang ke kampong mendirikan rumah di situ.Kehidupan chu Yah dulunya agak penuh ranjau berliku.Setelah mendirikan rumahtangga bersama sepupunya juga.Chu cuma punya saorang anak lelaki.Malang rumahtangga Chu Yah tak kekal.Setelah bercerai Chu Yah rela kekal menjanda.Walau ada yang mahu mengambil Chu Yah jadi isteri.Chu Yah jadi fobia untok bersuami lagi.Di situ lah Chu Yah aku.Bersama anaknya yg juga tinggal bersama.
Sesampai aku di pintu rumah Chu Yah.Aku dan dan isteri di sambut dgn tangis.Kami berpelukan.Hiba aku.Kasihan aku lihat Chu Yah.Saling tak tumpah emaknya ia itu Wan Sendik.Wan Sendik yg dulunya menguruskah aku yg baru lahir.Chu Yah begitu kurus.Sebenarnya zahir dan batin Chu Yah begitu lama menderita.Sejak dari zaman mudanya lagi Chu Yah aku derita.Hanya Tuhan yg tahu.Aku juga tahu.Aku tahu sebab aku dan Chu Yah besar dan lama di Kuala Lumpur.Kami lama 'blues' di sini.Di Kuala Lumpur.
Aku sedih kerana Chu Yah yg punyai ramai anak saudara.Anak pada abang dan kakaknya sangat jarang sekali datang menjengok atau bertanya kabar.Ramai anak saudara Chu Yah punya kehidupan yg baik.Ada yg kaya.Tapi mereka terlalu sibuk.Sibuk dengn kehidupan mereka.Sedang waktu dulunya di Kuala Lumpur, Chu Yah mereka inilah yg jadi tempat mereka mengadu nasib.Rumah sewa Chu Yah yg umpama rumah sewa Mak Minah petpot petpot dlm filem P.Ramlee "Masam Masam Manis" itulah tempat mereka menumpang.Hari ini mereka sudah senang.Chu Yah pun jauh dari ingatan.
Alhamdulillah.Walau begitu kudrat Chu Yah masih kuat berlegar di sekitar rumahnya.Menjaga cucunya.Chu Yah memang sayang pada anak2.Apatah lagi cucunya.
Lama juga aku di rumah Chu Yah hari tu.Sempat juga kami di bekal sebiji nangka yg kebetulan gugur juga buah salak yg di tanam di halaman rumah.
Rumah Chu Yah aku tinggalkan dgn berniat aku akan kerap pulang melihat Chu Yah yang semakin di mamah usia.Sedang aku pun begitu juga.

Perjalanan ke kampong isteri di Merapoh melihatkan banyak kenderaan dari arah bertentangan terutama lori balak.Aku agak hairan kenapa.Rupanya lori2 balak ini memunggah batang balak yg sudah di tebang bagi laluan membina laluan baru dari kg Relong ke Gua Musang.Elok juga fikir aku.Jalan yg ada sekarang memang sudah tak mampu menampong laluan trafik yg semakin sesak.Kesesakan lebih terok berlaku bila tiba musim cuti terutama di hari perayaan.Dengan adanya laluan baru ini nanti maka harapan perjalanan ke utara Lipis dan Kelantan jadi lebih selesa dan lebih selamat.

Dua hari kami di Merapoh.Sempat aku ke Cegar Perah pergi melawat keluarga emak saudara tapi sayang mereka tiada di rumah.Pergi pula aku bersama anak2 ke sg Relau melihat saudara2 rimba.

Hari sabtu aku pulang ke Kuala Lumpur.Hari ahad aku berdendang blues di rimba Alang Sedayu dgn hanya token RM50.Alhamdulillah.Isnin aku malas ke tempat kerja.Hari ni selasa aku keluar ke tempat kerja dgn keadaan masih berjerebu.

Arrghh!

Sesak pandang aku.Sesak nafas aku.

Oh Tuhan.Kalau lah ada benda yg aku boleh buat di kampong...

Pasti lebih baik aku ke kampong.

7 ulasan:

reverie berkata...

Nostalgia lama tu yang layan tu. kan bro?

Nan Blues berkata...

Yoss.Aku fikir macamana nak hidup dlm nostalgia.Nostalgia jadi kehidupan semula.Back to the future.Susah tu beb.Aku yakin survival orang melayu ialah kampong mesti dihidupkan.Mana identiti orang melayu kalau kampong lesu dan sepi...??

abdullahjones berkata...

blues sangat ni ro..haha.

Nan Blues berkata...

blues le..bila dah tue tue ni.
piaw..deep down mississippi punya atau ulu blues.

ubilepih berkata...

Syg keh tak ade di lepih aritu..tak boleh kita megeteh(Keh ni orang sibuk cuti keh sibuk bekerja layan demenya becuti..ha..ha..pelikkan)...Keh pun suka jln lama raub-bentong byk kenangan..dulu2 kat tras banyak roadblock,zaman kominis...ha..ha..ha sekarang orang sibuk nak ajak chenpeng balik kampong..ha..ha.

Rasa2 keh kenal chu yah tu...tapi paling sedap dengan org2 lama kg.gua bercakap..dia punye lengok tu..ha..ha..blues blues

Nan Blues berkata...

ubi:balek hari tu kaweh heran..lalu jln gua sampe rumah chu lengang, mcm satu kampong kne culik ufo.hari biasa mmg macm tu gamoknya di kampong ye?

ubilepih berkata...

Ha..ha..ha..bro..jln zombie kg.pisang memang gitu la..ha..ha...kecuali jln utama Jln ni Dekat nak raya je jadi sibuk sikit..Tapi keh suka melalui jln yg sunyi dan sayu gitu..terutama lepas2 hujan..ha..ha..ha blues bro