cerita musik..bukan musik glamer..tapi musik survival, jalanan, kehidupan sederhana.
Rabu, 4 Ogos 2010
Os
ialah antara kenalan kita yg biasa di CM.Siapa di CM tak kenal Os.Nama sebenarnya Mohd Firdaus Yusof.
Baru ni melalui ruang Facebook terbaca aku yg Os berada di wad kecemasan Hospital Sg Buloh.Maka aku bertanya melalui message pada saorang kawan busker iaitu Mahadir atau ChekDEt.Aku di beritahu bahawa Os berada dlm keadaan koma sudah 3 hari.
Pada waktu rehat tengahari aku luangkan masa pergi melawat Os di hospital Sg Buloh.Pertama kali aku ke hospital tu sehinggakan aku terlajak hingga ke Paya Jaras.Maklum aku memang tak biasa ke sana.Sebaik sampai di wad tempat Os menerima rawatan cuma kelihatan bebrapa kenalan keluarga Os sahaja.Keadaan Os memang sangat menyayat hati.Seorang yg begitu ceria dan gelak ketawa kini terlantar di katil menerima rawatan kerana jangkitan paru paru.Mata Os separuh buka tapi tak sedarkan diri.Terkujur begitu kaku.Peralatan bagi monitor degup jantung dan sebagai nya berfungsi mengikut keadaan Os yg begitu.
Setelah kenalan keluarga Os beredar tinggal aku dgn kakak Os yg memperkenalkan diri sebagai Kak Izzat.Kak Izaat inilah yg selalu mengambil berat tentang apa2 yg berlaku pada adek kesayangannya Os.Teringat aku semasa Os di tangkap polis dlm satu operasi bersih dadah di CM dulu, ketika aku sedang busking seorang polis dtg pada aku kerana Os memberitahu dia perlu bercakap dgn aku.Os meminta aku menghubungi kakaknya tentang dia di berkas polis.Itu lah kakaknya Kak Izzat.Kak Izzat memang sangat sayang pada Os.Dia lah yg menguruskan segala yg perlu bagi kebaikan adeknya.Oz di masukkan ke Pengasih selama 2 tahun menjalani program di situ.Setelah Os membuktikan dirinya boleh kembali ke dalam masyarakat Os menjadi ahli Pengasih yg aktif membantu aktiviti mereka.Tak berapa lama kemudian aku dapat tahu Os sudah berada di Pulau Langkawi menguruskan satu tempat pengunjung bernama Little Lilia.Beberapa kali bila aku berpeluang bermain muzik di Langkawi pasti kami bertemu.Os kelihatan bagus di Langkawi.
Di sini aku ingin nyatakan Os bukanlah saorang superstar atau ikon hebat muzik rock.Aku cuma ingin menyatakan tentang erti PERSAHABATAN.Aku dgn Os ni bukan lah sahabat karib macm isi dgn kuku.Kami cuma berkawan biasa sahaja.Tapi jauh dlm persahabtan biasa kami,aku dpt rasakan bahawa Os adalah saorang kawan yg tahu menilai erti persahabatan.Semasa Os sering berbusking di CM, kami sering bermain bersama.Sekiranya Os mendapat job untok bermain di sesuatu tempat dia sering mengajak aku bermain sekali.Apa yg di perolehi di bagi sama rata.
Semasa Os melalui keadaan yg teruk kerana pengunaan dadah,aku pinjamkan Os gitar supaya dia boleh mengunakan untok perolehi duit dgn gitar itu.Bukan lah aku mengalakkan Os menjadi lebih teruk,tapi dari aku memberi ikan adalah lebih baik aku beri joran..keadaan sudah begitu.
Os adalah seorang yg mempunyai bakat yg bagus.Selain bermain dgn beberapa kumpulan muzik yg di kira ramai follower saperti Republik Of Brickfields,Os juga menerbitkan banyak album band underground.Os juga menerbitkan album 'Metal Tribute to Sweet Charity', pada aku antara album terbaik genre rock di Malaysia.Ramli Sarip sendiri menyumbangkan vokal untok bebrapa lagu dlm album tersebut.Pun begitu, Os tidak membangga diri,dia sentiasa simple dan humble dgn sesiapa saja.Os masih boleh bermain muzik di jalanan bersama sama buskers lain.Semua adalah kerana minatnya dgn seni muzik.Walaupun Os banyak menerbitkan album metal tempatan,dia meminati semua jenis muzik.Dari metal ke reggea ke country dan blues.
Satu lagi kebaikan Os,dia akan menyapa dahulu sebelum kita menyapa dia.Pernah satu ketika baru baru ini,Os memanggil aku dari jauh setelah dia melihat aku di kawasan Bukit Bintang,ketika itu dia bersama bandnya baru pulang dari satu persembahan di Pulau Tioman.
Os berlari meninggalkan member2 band dan kami bersalaman bertanya khabar.
Ini lah penghormatan aku kepada Mohd Firdaus Yusof atau Os.Semasa aku menaip blog ini,Os sedang berjuang di alam yg hanya Pencipta sahaja yg tahu bagaimana keadaannya.Semoga Os melalui keadaan ini dgn selamat.Semoga Penciptanya memberi peluang lagi.
Lawan untok hidup Os..hidup mesti lawan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
yob,ya Os kawan kita, ni dah baca blog mike baru teman tahu, ingat dia masih di Langkawi..Os,kreatif dia ni..dulu masa teman busking di jln alor, selalu tukar shif dgn dia...dia kul 7, tmn kul 8..bila teman sampai mood dia biasanya tengah best, sebab tengah kira duit busking..hahaha..jadi ada 1 hari tu teman tanya dia..kalau kau clean, kua busking tak?haha..lepas tu dia jawab..kalau aku clean, aku tak busking meor..apa pun, itu hidup dan perjalanan dia..harap dia kuat semngat, kalau ada set time boleh juga kita melawat..tq
Al Fatehah.Kawan kita Mohd Firdaus Yusof (Os) telah pergi ke alam abadi ke sisi Penciptanya.Wan beritahu jam 3.30 ptg tadi.Sedih..
Catat Ulasan