Selasa, 3 Mei 2011

Umor..


aku dah jangkau 51.Tahun ni dah nak masok 52 tahun.Kira tua lah dah tu.Dah masok kategori warga emas.Ini lah kita ni sebagai makhluk, Maha Pencipta sediakan kita hidup atas alam bumi ini dengan adanya umor atau usia.Lahir, hidup dan mati.

Ini bukan kuliah agama, sekadar nak ngomel sikit pasal aku yang berbusking dan bermuzik bila umor dah lepas lewat waktu asar.

Sudah aku catatkan yang aku ni bermuzik sudah lebih kurang 30 tahun.Selama itu aku tak pernah jadi terkenal atau punya harta atau wang yang banyak, jadi kaya raya.Selama itu, aku cuma jadi busker.Adalah sekali sekala aku ke pub atau kelab untok bermuzik.Ada sedikit bayaran di situ.Sebenarnya, selama itu, aku tak pernah bersungguh mengejar impian untok jadi penyanyi atau pemuzik yang di kenali.Rezeki aku bukan di situ juga mungkin.Ada aku kisah.Itu antara ungkapan orang hari ini.

Seingat aku, pernah lah juga masuk pertandingan menyanyi.Jadi juga lah tempat ke 2.Itu pun dulu, masa muda2 dulu.Masa itu pun, aku tengok keadaan suasana pertandingan menyanyi ni memang tak boleh lari dari unsor glamer-glameran.Tak kira lah, zaman apa pun.Akan ada pihak medianya, pondan2nya yang akan membuat liputan sambil mata mereka juga menilai minat mereka pada si penyanyi yang masok pertandingan.Sejak dari dulu, penampilan aku memang maintain..blues sepanjang jalan.Aku memang tak pernah mahu di lihat tajam.Tajam maksudnya, penampilan yang kemas bagi tujuan mahu jadi tarikan.Kamu sendiri tahu apa akan terjadi sekiranya seorang budak lelaki yang bernyanyi, berusia awal 20an jika tampil kemas begitu.
Tapi ini tak bermakna kita mesti selekeh atau compang camping.Tampil lah sebaik yang kita fikir sesuai.Kalau di jalan bagaimana dan di pentasan pula bagaimana.

Berseni dalam muzik ini, kalau kita benar2 berusaha dan tahu akan selok-belok boleh mendatangkan hasil yang baik.Tambah macam hari ini, banyak ruang2 yang di sediakan bagi tujuan begitu.Seseorang cuma perlu bijak dan sabar.Begitu pun, kalau ada minatnya, kalau cuma berpendirian macam aku, hmm.. tak kemana juga lah jawabnya.Terpulang pada keinginan masing2.Aku punya juga beberapa hasil ciptaan sendiri.Takkan lah kita bermuzik selama 30 tahun tidak ada satu pun hasil karya sendiri.Jawabnya ada.Mungkin aku akan hasilkan juga dalam bentuk rakaman kualiti sederhana nanti, Insyaallah.

Usia sudah lewat asar,aku masih lagi menyanyi dan bermuzik.Aku lebih matang berhadapan dengan keadaan yang aku lalui.Aku punya tanggungjawab selain dari untok diri aku.Cuma pada usia begini aku tidak sekuat macam 30 tahun dulu.Sesiapa pun akan berada dalam keadaan ini.Tak usah kira lah apa kerja yang kita buat, ke laut, ke ladang, ke jalan, mahu pun ke pejabat.Untok bangun keluar pergi mencari rezeki, terasa beratnya.Demi untok kehidupan, ayuh kita dayakan juga.Hanya Tuhan saja yang tahu sampai bila kita mampu meneruskan apa yang kita usahakan.

Kita hadir ke alam ini dengan tiada kekuatan dan begitu juga bila akan meninggalkan.

4 ulasan:

WanBeruas berkata...

..selamat menulis kembali bro!

Nan Blues berkata...

terima kaseh Wan.

Tanpa Nama berkata...

:) takde apa la ha umo :)

Jocelyn Anastasia berkata...

DamQQ | Bandar Poker | Agen PokerV | BandarQ | Ceme | Domino Online

Permainan yang disediakan oleh DamQQ:

* Aduq
* Bandarq
* Bandar Sakong
* Bandar Poker
* Poker
* Dominoqq
* Capsa Susun
* Bandar 66
* Perang Baccarat

Promo Situs DamQQ

* Persentase Kemenangan 95%
* Bonus Turnover 0.5%
* Bonus Referral 20%
* Deposit & Withdraw 24 jam non stop
* Bank Online 24 Jam (Kecuali Gangguan)
* Minimal Deposit & Withdraw Rp 10.000,-
* Support 5 Bank Lokal (BCA , BNI , BRI , DANAMON , MANDIRI)
* Sistem keamanan terjamin
* Livechat yang responsive

Hubungi Kami Melalui :
- Daftar : DamQQ
- Whatsapp : +855885578926
- LINE : DAMQQPOKER