Ahad, 27 Disember 2009

Buskers @ Rock The World 9 Bukit Jalil



Event Rock The World ada lah antara banyak acara yg menutup tirai tahun 2009 di Kuala Lumpur.Berlansung pada 26/12/2009 di ruang letak kereta Stadium Bukit Jalil.



Beza event Rock The World tahun ini agak lain sedikit kerana penganjur memberi sedikit ruang pada 'muzik jalanan'.Terima kasih dan tahniah di ucapkan pada penganjur kerana keterbukaan mereka pada persembahan muzik genre kami.Muzik jalanan.






2 bulan sebelum itu, aku di hubungi oleh David dari Fatboys Record selaku wakil penganjur.Aku di beritahu samada berminat untok mengambil bahagian busking di program itu nanti.Aku terus terima saja undangan itu.David juga meminta samada aku boleh menghubungi bebrapa lagi busker atau pemuzik yg berminat untok ambil bahagian.Meor,Nik dan beberapa orang lagi kawan2 yg biasa di jalanan berminat.Nama mereka aku syorkan pada penganjur.




Walaupun ada sesetengah pihak dlm masyarakat kita masih melihat sepi pada seni muzik jalanan.Aktiviti buskers di terima secara positif pula oleh sesetengah pihak lain.Mereka yg melihat nilai komersial yg boleh di sumbang oleh kami pengiat seni jalanan.Umpamanya Meor dan Nik di beri ruang dan juga peralatan berbusking oleh pihak pengurusan KTM di ruang KL Sentral.Aku pula sudah hampir 4 tahun di ruang seni di bazaar malam Downtown.




Yang penting di sini ialah, buskers mesti tekad dlm dan punya jati diri.Kita mesti punya cara fikir yg positif.Halangan yg ada hanyalah mengajar dan menjadikan kita kenal erti tabah.




Buskers bukan ingin menjadi artis glamer.Kami lebih senang bergiat saperti yg telah kami lakukan selama ini.Bebas tanpa terikat pada syarat itu dan ini.Tak perlu handsome..muda atau tua.Perlu cuma bakat dan komitmen saja.Kalau ada yg mahu menuju ke pentas glamer melalui ruang seni jalanan, tiada pula salahnya.




Hari itu di acara Rock The World, ruang busker tak kurang hebatnya.Walaupun peralatan bunyi kami tak mampu tanding dgn sistem bunyi 3 pentas yg ada, tapi buskers masih mampu menarik anak2 muda yg sukakan muzik dan cara kami.Ini ada lah kerana buskers punya semangat kental dan juga cara persembahan yg baik.




Aku,Meor,Nik juga beberapa orang buskers muda yg baru aku kenali bernama Ali,Rahman,Saiful dan juga kumpulan bernama Goodbye 20th Century membuat persembahan secara busking.Hujan lebat yg turun hari itu tidak mematahkan semangat.Kami terus bermain di bawah kemah yg sedia ada dan anak2 muda yg haus muzik terus terhibur dan gembira.Persembahan pentas pula terpaksa berhenti kerana cuaca basah menganggu peralatan sistem bunyi dan bekalan elektrik.




Syabas buskers!

Selasa, 22 Disember 2009

Di Malam Anugerah Buku Malaysia

Satu hari, suami pada kenalan di tempat kerja lama aku, talipon aku .Aziz namanya.Ada job bermain set akustik yg simple di majlis anjuran kementerian pelajaran katanya.Bajet kecil saja.
Rm250 untok bermain live akustik selama 45 minit.Boleh lah.Aku suka job function sebegini.Tempoh masa pendek,bayar lebih.Biasanya kalau di pub atau di downtown,main 3 set, 1 set 45 minit,bayar rm150.

Lewat petang 22hb semalam sebaik pulang kerja,memandulah aku ke hotel seri pacific yang bersebelahan PWTC.Itu pertama kali ke bangunan punya UMNO itu.Betul.Aku memang tak pernah lalu masok kesitu.Rasanya lebih 20 tahun bangunan keramat itu dah terpacak di situ.Aku tak pernah ada urusan di situ.Aa? tengok perhimpunan UMNO?...banyak kerja lain aku boleh buat.

Bila aku lewat ke situ,betapa aku lihat keadaannya (sekadar yg aku boleh nampak) agak suram, macam bangunan tak terurus.Hmm.Indah kabar dari rupa...UMNO ni.Melayu..melayu.

Aku park van aku di besmen aras 1.Berjalan lah aku terhincut hincut bertongkat ke arah hotel seri pacific yg bersebelah bangunan UMNO tu.Anak lelaki aku bawa bersama bagi menolong mengangkat beg dan gitar.Kaki aku masih sakit.Demi kerja dan rezeki, jadi aku mesti teruskan.

Sampai di ruang legar tamu di mana majlis akan berlansung, aku lihat ramai lah para tamu,dev2 jemputan berdiri berbual berlegar di situ.Majlis Anugerah Buku Malaysia.Begitu lah perkataan yg tertera.Kami pun menuju ke pentas majlis untok buat set up.Ada beberapa wajah yg aku kenal di situ.Antaranya saudara Yusof Gajah.Kami bersalaman.Di meja lain kelihatan Pak Engku Aziz dgn isterinya,Puan Azzah.Mereka adalah antara menghasilkan buku2 mereka dan penerima anugerah.Kebanyakkan yg berada di majlis itu adalah para cendikiawan dan pejuang2 bahasa melayu.Jadi ianya bukan lah majlis tari2 dan nyanyi2 yg gemerlapan.Aku pun tak menjangka.Seorang saja muka yg aku kenal dan selalu menguruskan konsert2 besar tanah air, ia itu brader Ali Bakar pengurus Box Office.Ada juga dia di majlis itu.Mungkin sebagai jemputan agaknya.

Majlis bermula dgn ucapan oleh timbalan menteri pelajaran Dato Puad Zarkashi.Di susuli dgn beberapa ucapan oleh orang2 penting dlm sastera dan pembelajaran negara.Sebaik mereka habis berucap, majlis makan pun bermula. Aku dan Aziz naik ke pentas untok buat persembahan untok majlis itu.

"Berita Kepada Kawan" adalah lagu yg aku mula nyanyikan.Suasana agak diam ketika kami mainkan lagu itu hingga habis.Sebaik habis aku menyanyi pun suasana diam juga.Tak ada tepuk tak ada sorak.Diam saja.Bunyi sudu berlaga pinggan saja kedengaran.Maklum mereka sedang makan.Nak tepuk sorak apa.Sistem bunyi di ballroom hotel itu pun kurang baik.Maklum hotel UMNO.Kami terus pula dgn "Widuri" dan lagu2 yg sesuai majlis.Sehingga kami habis buat persembahan, kedengaran lah juga tepukan2 kecil dari celah2 para tamu sebagai tanda penghargaan.Tapi aku tak peduli perihal tepuk ke tidak.Aku tahu malam itu aku mesti terima rm250.Rezeki.Boleh lah aku bawa balik satay 50 cucok bagi bini dan anak2 aku makan.Baru rm35.

Andai kata David Arumugam yg menyanyi di majlis itu malam itu, David Arumugam pun fikir 2 kali nak sebut "Immaaseeyyy!!"

Isnin, 21 Disember 2009

Sakit..

ianya ada lah satu pengajaran dlm mengenal erti hidup.



Kita manusia,begitu lah keadaan.Syukur pada tuhan yg beri kita hidup & sihat,rezeki & harta,isteri & anak2.Gembirakan kita semua tu.Tapi bila di timpa musibah, berapa antara kita masih boleh bersyukur.Susah juga nak cakap.



Nabi Ayub alaihi salam menderita sakit puluhan tahun lamanya.Rayunya pada tuhan,ambil segala yg ada darinya kalau begitu takdir,tapi tinggalkan lidah ini supaya boleh terus berzikir dan memuji menyebut nama tuhan.



Firaun pula,di percayai hidup puluhan atau hampir ratusan tahun tanpa sakit.Dgn keadaan itu menjadikan dia angkuh pula.ana rabbuka katanya pada orang bawahan.Pada hal bukan apa sangat.Firaun punya ramai pakar2 atau pinjam kata hari ni,specialist2 dlm bidang perubatan.Pakar2 itu semua di kerah menjaga kesihatan firaun.Begitulah kalau dah berkuasa atau kaya raya.Petik jari saja.Tapi tuhan lah yg lebih dari segalanya.



Jauh taraf sabar kita dgn nabi ayub.Nak taraf sihat macam firaun? tak payah lah.



Kita terima apa saja yg datang.



Aku sakit cuma hampir sebulan saja.Bermula dari sakit pinggang biasa melarat ke seluruh kaki kanan.Dari bahagian pinggul ke betis.Sakit bila berjalan.Selama tu tak lah aku terlantar di rumah.Tangan kiri aku masih mampu pegang gitar, tangan kanan masih mampu petik talinya.Suara aku masih mampu menyanyi.Nikmat ini masih ada.Jadi aku kuatkan juga keluar busking .Teringin juga ke cm...busking berdiri dgn kaki topang.Mungkin boleh juga terbitkan rasa simpati pegawai dbkl kiranya mereka hendak menghalau.Aku dah kira masok dalam kategori OKU.Naik transport awam pun boleh dpt tambang kurang 25 %.Tapi kalau aku busking juga dgn kaki tambahan ni, bukan niat aku tagih simpati.Kalau aku busking begitu kerana aku suka.



Usia aku dah 50 tahun.Boleh dikatakan selalunya berada dlm kesihatan yg baik.Cuma ketika berumor 19 tahun, aku kena 'jaundice'.Deman kuning.Penyakit yang berhubung dgn masaalah bahagian limpa.Tu kira serious juga.Aku di rawat di hospital dan sembuh juga.Selain itu, kesihatan aku bagus.Jadi,apalah sangat dgn sakit yg sedikit ini.Aku terima saja sebagai pengajaran atau peringatan dari tuhan.Tapi kita kena jaga kesihatan tubuh badan.Itu penting.



Berada dlm kesihatan tubuh badan dan dapat melakukan aktiviti kita adalah lebih baik dari berada dalam kesakitan yg menghadkan pergerakan atau terlantar.Fikirkan dan bersyukurlah dgn nikmat anugerah kesihatan yg baik.



Kita makhluk 'fragile'.Dari tuhan segalanya datang dan kepadanya juga akan kembali.

Khamis, 19 November 2009

PASSION maknanya...

berahi atau bersungguh..boleh juga bermakna dgn 'begitu komited'.committ.committment.

doing it with full of passion.

ada kita memancing dgn penuh kesungguhan.meredah hutan dan sungai,paya dan lubok.
ada kita dgn kamera menembak suasana kehidupan..di abadikan dlm shot2 yg begitu seninya.
ada kita mengejar betina dan perempuan demi nafsu gila kita.macam2 lagi lah.semua di dorong atas rasa berahi melakukannya.penuh kesungguhan.hati puas kemudiannya dan mahu lagi.

bagi aku, bernyanyi dan bergitar, itu passion aku.bukan untok apa pun.hingga pada ketika aku tak sedar pun antara yg melihat aku tu ialah saudara sedarah aku yg lama tak bertemu.begitu lah asyiknya.aku hanya suka bernyanyi dan bermain gitar.blues.

sampai juga ke telinga yg aku umpama orang bodoh.berbelanja membeli alatan sekadar untok bermain di jalanan.tapi itu lah aku.di situ lah kesungguhan aku.aku tak hipokrit.

jauh di sudut hati aku, aku harap apa yg aku buat dpt di terima .ya, memang susah melakukan.aku tahu masih begitu ramai peminat muzik tak dapat menerima pemuzik bermuzik di jalanan.pernah aku dudok di kalangan mereka, tapi bila bercerita tentang perihal busking..mereka seolah hilang minat.leceh kelihatannya.ah..

takpa lah.aku terus juga.aku dah set dan aku pun tak kisah.biarlah kalau tak ada yg mahu faham.aku pun bukan mahu bikin orang 'impress' dgn apa yg aku buat.tapi kalau ada yg menghargai..aku pun menghargai mereka.kawan.senyum.peace and love.

cuma sejak kebelakangan ni keadaan aku sangat menghalang aktiviti muzik aku.sakit belakang yg aku hidapi begitu menyakitkan melarat ke bahagian kaki.susah berdiri dan berjalan.sampai terpaksa guna 'crutches'..parah juga.tapi dalam keadaan sakit begitu..aku daya juga ke salah satu tempat aku bermain .nasib juga anak lelaki boleh menghantar aku ke situ.

sampai bila aku terus begini?

jawabnya nya..selagi aku mahu..selagi aku mampu..selagi aku suka..selagi aku daya.

kau peduli apa?

till then, if i have to walk alone..i'll walk..

with passion : )

Rabu, 11 November 2009

percubaan pertama..


setelah bertahun tahun lamanya tak lukis katun...



cuma guna 'paint' dlm program windows : )

Ahad, 8 November 2009

Busking jalanan terus terpinggir dan tergugat.






Pada n3 yg lepas,aku menceritakan tentang busking di jalan hang kasturi.kali ni aku menyambung lagi keadaan di situ, di mana kami buskers, berseni seadanya, berseni cara kami.


Oleh kerana cuaca sering hujan di waktu petang sejak beberapa minggu kebelakang ini,maka selama itu juga aku tak berkesempatan turun ke jalan hang kasturi untok busking.ada beberapa hal keluarga yg mesti didahulukan, juga menghalang.

Hari ahad 8/11.2009 baru ni berkesempatanlah aku turun busking.hari tu hujan juga tapi tak lah hingga ke petang. Cuaca panas selepas hujan memberi semangat hari itu.


Sebaik sampai di tempat keramat busking, pandangan aku di sambut oleh kehadirin sebuah trak pengangkut dbkl, terpogok di tengah laluan pejalan kaki itu.peniaga minuman & makanan dan penjual kecilan lansung tak kelihatan.dlam benak aku tentunya kehadiran penguatkuasa dbkl yg membuat peniaga kecilan ini semua menghilang.mereka penguatkuasa dgn peniaga2 ni selalu main kejar kejar.tapi hari ini keadaan agak berlainan.


Kelibat kawan2 busker lain juga tak kelihatan hari tu.nik atau syed yg kebiasaannya ada waktu begitu, juga tidak kelihatan.mungkin mereka ada urusan di tempat lain.maka aku pun busking lah bersorangan hari itu.trak penguatkuasa di hujung sana aku di sebelah sini.masing2 dgn urusan masing2.ramai orang yg berhenti menonton hari itu.berbeza juga pada kebiasaanya,penonton hari itu berdiri hampir sekeliling tempat aku berdiri dan bernyanyi.teringat aku waktu saperti arwah busker sidek dahulu, begitu lah keadaannya.sumbangan pun agak baik.memang aku tak pergi keliling buat 'porter'.aku cuma 'porter' dgn kata2 atau celoteh2 aku selepas bernyanyi.aku nampak ada tindak balasnya.


Lama juga aku busking bersorangan hingga syed pun muncul.aku dah agak letih ketika tu.maklum cuaca panas.tak berapa lama syed bermain, aku nampak dari jauh trak dbkl yg dari tadi terpogok di hujung sana bergerak perlahan dan berhenti betul2 di hadapan ruang kami.aku dan syed terus terlindung dari orang ramai yg menonton.kami agak kecewa berhadapan keadaan itu lalu kami terpaksa berhenti.kedengaran beberapa orang dari kalangan orang yg menonton tadi melaungkan kata2 yg tak berapa jelas.tak apalah,mungkin rezeki hari itu.
lagi pun,itulah hakikat kehidupan di jalanan.kawan aku syed merungut kecewa sambil menyindir petugas dbkl yg berdiri berhampiran.
pegawai dbkl yg aku jangka hampir pencen itu meghampiri kami.alasan nya aktiviti di situ mendapat rungutan dari orang ramai.setelah hampir 30 tahun seni jalanan berjalan di situ maka baru hari itu rungutan orang ramai mendapat layanan dbkl.orang ramai tak pernah merungut atau komplain tentang betapa jalan hang kasturi itu kotor dgn sampah sarap.setelah mendapat sindiran pedas dari syed maka pegawai hampir pencen itu menjelaskan dia hanya menjalankan tugas atas komplain orang ramai.ya, memang betul.mereka hanya menjalankan tugas.tiada gunanya kita bertaki dgn tindakkan mereka.


aku tak gusar.selama aku busking hujung minggu di jalan hang kasturi,itulah pertama aku berhadapan dgn keadaan demikian.biasanya penguatkuasa dbkl tidak pernah menghalang kegiatan seni jalanan ini.mesti lah ada sebab2 tertentu sekarang mereka melibatkan juga kegiatan sini jalanan dlm 'operasi bersih' mereka.irama2 dan bunyi2an dari alunan lagu2 yg kami dendankan pun jadi saperti sampah sarap pada hari itu.


aku di beritahu oleh pegawai yg bertugas, dbkl sebenarnya juga mempunyai pegawai unit matagelap mereka yg mengawasi sekitar kawasan itu.mereka sedar tentang kehadiran penjual2 kecilan yg semakin hari bertambah ramai dan mencacatkan pemandangan awam disitu.mereka juga tahu akan kegiatan seni jalanan di situ.ada buskers yg busking sambil menyelitkan unsur politik yg sememang tidak di senangi oleh mereka.


Bagi aku yg sudah lama berbusking ini, buskers sebaiknya jgn berpolitik di ruang busking itu.ianya tidak memberi kebaikan lansung pada kegiatan yg sudah berjalan selama ini.busking saja lah dgn yg sepatutnya.mainkan saja lagu yg memberi mesej tanpa menyentuh mana2 pihak atau lagu2 biasa saja. santai berhibur begitu.relaks dan damai.ada ruang lain kalau kita mahu menyanyi,berseni sambil berpolitik.tidak semua yg menonton bersetuju dgn apa yg kita mesejkan.mereka manusia yg punya cara fikir mereka sendiri.
Dari apa yg di beritahu oleh pegawai yg bertugas,aku rasa memang sedikit sebanyak ada impaknya pada scene busking selama ini.yg ruginya hanya kita.setelah sekian lama ruang itu kita jadikan ruang merehatkan minda, kini tergugat.bagi kawan2 busker yg demikian, mereka mungkin boleh ketempat tempat lain yg di sediakan atau di anjurkan oleh rakan2 sealiran,tapi bagi yg tidak punya pilihan,yg suka bertumpu di ruang lama itu, tentu tergugat.
Lihat saja gambar yg aku rakam setelah kami terpaksa berhenti.keadaan yg tidak ceria dan lengang.hanya trak yg hodoh terpogok di ruang itu.waktu hanya baru jam 5 petang.


harap kita dapt kembali ke jalan itu. berseni tanpa gangguan.saperti biasanya.kembalikan ceria dlm hidup ini.

Ahad, 18 Oktober 2009

cabaran buskers di jalan hang kasturi (cm).




dalam siri tulisan aku yg lepas2 tentang suasana busking di cm, pernah di nyatakan tentang kehadiran para penjual kecil2an .tempat keramat scene busking di kuala lumpur,umumnya kita sebut cm.sebenarnya ruang itu tiada kena mengena dgn cm.ianya adalah jalan hang kasturi.di gazet sebagai siar pejalan kaki atau pedestrian mall oleh dewan bandaraya kuala lumpur.



sejak dari dulu,hampir 30 tahun lebih kurang, ruang kecil di jalan hang kasturi itu begitu sinonim dgn persembahan jalanan.para senimannya datang dan pergi silih berganti.persembahan yg tidak di taja oleh mana2 pihak.ianya bergerak secara sendiri.usaha buskers sendiri.ada kerajinan si busker,maka adalah.begitu selama sejak dari awal 80an dulu.bagi ucapan tahniah pada seniman2 jalanan ini kerana usaha mereka menghidupkan seni jalanan tanpa ada sokongan dari mana2 badan kerajaan atau swasta.pengurusan pasar seni itu pun tidak pernah melihat aktiviti busking ini memberi apa2 makna walaupun pada keadaan sebenarnya ada memberi sedikit sebanyak keuntungan pada mereka.yang beri sokongan hanyalah orang ramai yg minat dgn seni sedemikian.jadi, ini adalah juga seni dari 'rakyat untok rakyat'.



selain dari aktiviti busking di jalan hang kasturi, ada juga kelompok seniman jalanan yg agak berlainan sedikit.mereka ada pengiat seni teater,sajak & puisi yg berkumpul di belakang cm berhampiran jambatan yg menghubungkan kompleks daya bumi dgn pasar seni.terkenal dgn nama 'di bawah tiang lampu'.seniman2 ini berkumpul bersajak dan membaca puisi.aktiviti ini mendapat sambutan yg mengalakkan dari peminat seni jalanan ketika itu.



begitu lah semaraknya dan rakyatnya seni satu ketika dulu.hari ini semua itu sudah berlalu.all things must past.begitu juga dgn nama pasar seni.bagi aku nama pasar seni sudah tidak ada makna lagi.seninya sudah hilang.seni kini sudah bertukar kepada simbol $$$$$ & $$.seni $$.

tiada lagi jiwa seninya.lihat saja keadaan di dlm pasar seni hari ini.ia sama saja saperti komplek2 perniagaan lain sekitar kota sampah ini.sama saja saperti komplek sg.wang,komplek sogo dan yg sewaktu dgn nya.kebanyakkannya menjual barangan tiruan dan barangan rendah kualiti dari negara2 ketiga dari hasil buruh murah mereka.

kembali semula ke jalan hang kasturi.sejak kebelakangan ini ruang kecil kami berbusking itu tidak lepas dari seni mengejar $$$.semakin hari semakin ramai penjual kecil2an ini dtg membanjiri mengambil tempat masing2 di mana di fikirkan sesuai oleh mereka si penjual.
barangan jualan mereka adalah makanan2 gorengan,air minuman,buah2an hinggalah kepada barangan kemas tiruan.begitulah mereka para penjual ini yg semakin hari bertambah ramai.

berbeza dgn aktiviti seni jalanan,kebanjiran penjual2 ini hanyalah menambahkan lagi keadaan kotor dan sampah sarap yg memang sangat menyakitkan mata di sepanjang jalan hang kasturi .
plastik2 sos makanan,bekas2 air yg di tinggalkan oleh mereka yg tidak punya pemikiran untok menjaga kebersihan.ini semua hanyalah menambahkan lagi masaalah sampah yg sedang di hadapi oleh pihak berkuasa.kos pembersihan dan penglupusan sampah di laporkan mencecah jutaan ringgit.mungkin ada pihak tertentu di atas sana melihat sampah2 ini mendatangkan hasil pada mereka maka mereka sengaja membiarkan keadaan ini berterusan.maklum kos pembersihan yg mencecah jutaan ringgit.mesti ada pihak tertentu yg mendapat keuntungan.saperti ianya satu konspirasi.konspirasi sampah.makan sampah.masyarakat sampah dlm kotaraya sampah dlm negara sampah.
apa ada pada seni? sampah lagi menguntungkan.begitulah agaknya.


memang jln hang kasturi itu adalah tempat untok orang ramai.buskers pun tiada hak mutlak di situ.tiada apa yg boleh buskers lakukan andaikata penjual2 ini terus memenuhi ruang2 pejalan kaki di jalan hang kasturi.seterusnya akan mematikan aktivit busking yg telah berjalan selama 30 tahun.aktiviti busking bukanlah mengejar wang ringgit sangat.pendapatan hanya cukup sekadar upah penat lelah menghiburkan mereka yg singgah atau dtg untok hiburan sepintas lalu.tak boleh kaya dgn busking.kalau busking ini boleh menjana uang jutaan ringgit, sudah tentu ada pihak koprat yg keparat akan manipulate aktiviti ini atau paling tidak pun kawan aku busker nik atau jimi sudah jadi menantu dato' atau kerabat di raja negeri antah berantah.


akan berlalu juga kah legasi aktiviti busking dan seni jalanan di jalan hang kasturi yg berjalan selama ini? dan apakah pihak berkuasa akan terus tidur nyenyak tanpa mengetahui potensi seni jalanan yg juga mampu menaikkan nama negara?


'playing for change'....fikirkan.

Sabtu, 17 Oktober 2009

busker dari kubor






macam tajuk filem seram daa.filem seram melayu.kalau tonton, lebeh jenaka dari seram.tapi ni bukan cerita filem seram.jadi tak ada 'chance' la tuan puteri parti politik keramat tu boleh bawak usul ban blog aku ni.ah.sebenarnya,dorang bukan peduli sangat pun hal hal begini.sebab dorang tu semua pun para pelakon jugak.politik serabut semua tu.tinggalkan.

petang sabtu memang biasa lah aku ke cm.cuaca sabtu lepas tidak berapa baik berbusking.hujan.terpaksa aku berteduh di tempat berteduh motosikal berdekatan pwtc.reda hujan aku terus semula ke cm.sampai saja di cm, aku lihat orang begitu ramai.biasa lah.cm memang begitu di hujung minggu tambahan pula hari itu hari deepavali.ramai lah manusia dari setiap pelosok dunia bertumpu ke situ.
sebaik sampai,mata aku terus tertumpu pada sorang yg sangat aku kenal.jimi?.jimi yg pernah aku sebut dalam entri memperkenalkan buskers di cm.baru sja entri aku tu.jimi kembali semula ke dunia setelah aku di beritahu jimi dah meninggal dunia.cerita orang mati hidup semula ni memang biasa kita dengar.jadi aku pun takde lah terkejut berok atau terkejut giler kata orang hari ni, bila jimi dengan riang melambai tangan pada aku.tak mungkin hantu jimi menjelma kat cm di siang hari pulak tu.
jimi yg saperti dulunya dgn beg galas dan gitar (baru beli nampaak) sdg duduk dgn beberapa kenalannya di tepi siar kaki, ketawa sambil berkata ,
"ay nan..amacam? jgn tekejut jgn tekejut"
"ada member member kata ko dah meninggal!" jawab aku yg masih di atas motosikal.
"hahaha...tak apa tak apa..jom kita busking!" begitu ceria jimi.ceria bagai orang mati hidup semula.
kami pun bersalaman.aku beritahu jimi yg aku antara yg menghebahkan berita kematian dia.sebenarnya, ini petanda bahawa jimi akan hidup lama.teringat aku akan hadis orang tua tua kita.kalau ada berita kabarkan kita dah mati maka itu tandanya kita akan hidup lebih lama.berapa lama? wallahu..
maka jimi pun berceritalah sedikit sebanyak tentang pengalamannya ketika di pusat jagaan yg di kelolakan oleh AADK.Agensi Anti Dadah Kebangsaan.di pusat itu jimi banyak mengikut program
pemulihan dan motivasi.ramailah mereka yg bermasaalah mengikuti program yg di anjurkan.pada satu masa, jimi pernah di masukkan ke wad rawatan.kebetulan pula ada saorang yg juga di kenali sebagai jimi dlm keadaan tenat di wad yg sama.berkemungkinan berita kematian jimi bermula dari situ.
jadinya,lain kali kalau ada menerima berita kematian seseorang kenalan wajiblah aku pergi ziarah jenazah atau pergi ke kuburnya.
hari tu,berbusking lah aku , jimi dan nik.aku sempat berseloroh dgn memperkenalankan jimi kepada orang yg menonton sebelum jimi menyanyikan lagu "knockin' on heaven's door".
"tuan2.jimi kawan kita ni sudah meninggal, tapi hari ni dia dtg untok busking dgn kami!"
rezeki,jodoh pertemuan,ajal kematian & tanah kubor di ketentuan Tuhan.
(di atas ialah gambar di cm & jimi sedang busking pada sabtu lepas 17/10/09)

Selasa, 13 Oktober 2009

busker seterusnya...



macam yg aku jelaskan di awal siri memperkenalkan para buskers yg kerap kelihatan di kota sampah dan sekitarnya terutama di cm,buskers tak ramai,boleh di kira dngan jari.itu pun aku susah juga ntok mengingat setiap sorang dari antara kami.ada juga mereka yg mencuba untok jadi busker tapi sekali dua sja ,kemudian tak muncul2.adalah sebab2nya.mereka saja yg tahu.tak cukup kental.muka nipis atau baru tahu wangnya tak setimpal.selalu kita buskers berkata,tak boleh kaya dgn cuma berbusking tapi ianya mampu membantu kita terus hidup tanpa menggadai harga diri atau mampu terus hidup tanpa menyusahkan orang lain.jadi antara kami buskers ia lah...


carlos.

carlos juga di kenali sebagai pa'e.memang otai mamat ni.antara buskers penuh masa yg menanggung keluarga dgn aktiviti busking di kota sampah ini.dulu carlos sering juga bermain di cm.oleh kerana keperluannya lebeh penting,carlos mencari spot yg lebeh senang dan lebeh memberi hasil.carlos kini membawa bersama anak2 busking bersama.anak lelaki yg berumor sekitar 11 atau 12 tahun cekap bermain alat percussion.sekali sekala kelihtan juga anak gadisnya yg berumor sekitar 14 atau 15 tahun berbusking di tempat2 makan di jln petaling dan puduraya.
ini kota batu yg kehidupan di dalamnya sekeras batu juga.hampir lebeh separuh dari penghuninya berkerja keras untok survive.mungkin ada mata kepala yg memandang sinis pada apa yg di buat oleh carlos membawa anak2nya bersama ke jalan mencari rezeki.tapi siapa akan peduli sekiranya anak2 itu tak punya belanja keperluan saperti anak orang lain? jabatan kebajikan masyarakat? mungkin juga ada yg menganggap pelajaran anak2 carlos akan terabai dgn cara begitu.carlos saorang ayah.maka dia tahu apa yg perlu di perlaku.aku antara orang yg berfikir, rezeki dan masa depan hanya tuhan yg menentukan.berpelajaran atau tidak, belum tentu menjamin kesempurnaan hidup.fikirkan,ada orang yg berkelulusan tinggi dan berkedudukan baik tapi terbabit dgn pecah amanah,skandal jutaan wang ringgit.menelan haram apa yg bukan miliknya.bermacam.fikirkan.teruskan carlos & anak anak sdn bhd.dimata tuhan, kamu lebeh mulia.


chot.

hanya itu saja panggilan singkat yg aku tahu.kerap juga di cm dan jln petaling.chot adalah antara busker generasi ke 3.tak banyak yg aku tahu tentang chot.yg pasti dia adalah antara buskers iklan biskut.kejap ada,kejap tak ada.tapi chot tetap saorang busker yg penampilan nya di kenali di kalangan pengunjung dan warga cm.yg menarik tentang busker bernama chot ini ialah apabila dia bernyanyi.bukan kerana nyanyian sumbang atau apa.cuma apabila ada lagu2 yg bernada tinggi dinyanyikan chot ianya di dengar sangat menyeksakan.tapi tak apa,yg penting semangat dan jiwa chot kental berbusking demi mewarnai seni jalanan di kota sampah ini.yeeeargh chot!


jebat.

apa yg membuat dianya di panggil jebat,tidak aku tahu.jebat juga adalah nama pada watak seniman jalanan dlm filem "seniman jalan".tapi jebat yg ini sangat lah jauh berbeza dari watak dlm filem tersebut.

jebat juga muncul di kalangan busker generasi ke 3 cuma kehadirannya di cm selalunya kurang di senangi.maklum kita manusia memang banyak kekurangan dan selalu kealpaan.jebat yg dulu sering bermain di sekitar cm,kawasan makan jln doraisamy dan juga kampung baru kini sudah lama menghilang.mungkin satu hari,jebat akan tiba2 muncul.begitulah keadaanya bila kita menghadapi masaalah yg sengaja di undang.


bob.

saorang busker yg aku kira kemunculannya di scene busking cm agak lewat.bagaimana pun bob tetap antara yg di kenali.mulanya bob hanyalah antara pengunjung dan peminat scene busking cm.bob begitu berkeinginan menjadi saorang penyanyi yg di kenali ramai.bob berfikir dgn cara berbusking akan dapat mencapai keinginannya.berbadan gempal dan mempunyai suara yg kuat lantang.perwatakan bob adakala agak lucu dan menghiburkan.tapi bob tidak hirau pada itu semua.dia hanya percaya pada dirinya.pernah bob mencuba nasib ke sesi pengambilan bakat untok program realiti akedemi fantasia di bawah prinsipal seniman m.nasir.bob hanya berjaya melepasi beberapa peringkat.gagal,bob kembali ke jalanan .
bob juga antara buskers yg sering hilang dan muncul dan hilang dan seterusnya....bob tak muncul lagi.

begitulah adanya siri perkenalan buskers yg mewarnai seni muzik jalanan di cm dan sekitar kota sampah ini.adalagi buskers yg tidak dapat aku perkenalan.mereka saperti

yon. si lone busker jarang di cm tapi di kenali di kalangan kami.yon sering berbusking di tempat2 makan sekitar pj dan damnsara.hingga sampai ke johor baru.

begitu juga din klasik yg berkemahiran bermain gitar klasikal.

atan. busker yg bersuara lantang dan kuat .tak lepas dari menyanyikan lagu "ulek mayang" dan lagu iklan susu cap junjung dan nescafe secara jenaka.

chedet.busker penuh masa dan bermain di pub dan kelab.chedet juga masih dlm menghasilkan album sendirinya.


zam atau zam langit.kerap di medan selera uptown.berbusking dgn kelengkapan sistem bunyi yg canggih.kini zam berbusking bersama aku di setiap hujung minggu di downtown ceras.


duo megu & syed.busking sambil juga mempunyai aktiviti lain yg baik.


semua mereka adalah pemuzik jalanan yg sering kelihatan mewarnai kehidupan kita di kota sampah..kota batu..kota harapan..kota bayang bayang.apa sajalah.harapan seni jalanan yg di bawa oleh buskers akan terus di terima oleh masyarakat .biar saja seni jalanan ini berjalan saperti adanya kerana itulah realiti.pure dan simple.

selagi denyut kota ini terus berdenyutan .selagi hidup di kota ini terus berjalan , maka para seniman jalanan akan terus berjalan..datang dan pergi..silih berganti.
mengakhiri siri ini dgn baris senikata dari lagu "balada anak jalanan".

"berdendang anak jalanan berdendang dgn rentak kehidupan
ku pohon perlindungan mu yang Esa"

Rabu, 7 Oktober 2009

selamat..selamat asrin



warga cm mana yg tak kenal dgn insan yg bertubuh kecil ini.ketika scene underground dulu restoran mamak dlm bangunan cm itu menjadi tempat berkumpulnya para pengiat seni yg bermacam bentuk.artis2,pelukis2,kartunis2 selalu kelihatan di antara melanggan meja restoran mamak di cm.berkumpul berbual tentang segala hal seni mereka.aku sebenarnya jarang juga berada di situ.memang tabiat aku untok tidak berada lama di situ.jadi bila sesekali aku berada di restoran mamak itu bersama meor, pasti akan lihat selamat asrin mundar mandir dari meja ke meja.maklum dia orang popular di situ.aku suka melihat gelagat dia.tapi aku tak pernah berbual dgn selamat dulunya.

selamat yg sering kelihatan dgn set walkman, sebenarnya bercitacita menjadi artis rakaman.berkebolehan mencipta lagunya sendiri.antara tajuk lagu selamat berjudul "jangan buang sampah" dan "aku saekor ikan keli".agak lucu juga bunyinya tapi di situ kita boleh lihat kebolehan dan minda insan saperti selamat asrin ini.orang ramai mungkin melihat selamat saperti saorang yg kurang siuman.sebenarnya selamat tidak begitu.selamat seorang seniman,cuma nasib dia begitu.

cara selamat busking adalah antara yg unik.tiada iringan bunyi gitar.di hadapannya terbentang kertas sebesar saiz A1 tertera dgn lukisan dan tulisan.dia mula menyanyi dgn iringan muzik yg hanya dia saja yg dengar.mengunakan set walkman dan earphone saja.tubuh nya yg kecil itu akan bergoyang mengikut irama lagu yg di dengarnya.sesekali kelihatan saperti gerak badan penyanyi joe cocker.suara selamat yg garau dan serak menyanyikan lagu.begitu pun ada kalangan orang tertarik melihat selamat asrin.pelancong2 asing yg tertarik, merakam aksi selamat asrin yg unik.kini selamat asrin juga sudah jarang kelihatan di sekitar cm.aku di beritahu selamat kini sudah pulang muar,tempat asalnya.

busker seterusnya ialah..

syed atau syed amran.

adek kepada salah saorang penyanyi kumpulan kopratasa ia itu siso.syed juga berasal dari pahang.pertama kali aku melihat syed ia lah di rumah pena.syed ketika itu berambut panjang kerinting melepasi bahu.syed betul2 persis saorang seniman dgn imej begitu.ketika itu syed tak pernah aku lihat berbusking di cm.hanya satelah agak lama kemudiannya baru aku lihat syed selalu dgn meor di kawasan cm.aku yg sesekali ke restoran mamak di cm itu akan duduk semeja mendengar bualan meor dan syed.tentang apa saja.tentang nyanyian.tentang lagu.syed juga saorang penulis lagu.banyak juga lagu2 yg di cipta di nyanyikan oleh penyanyi2 dan kumpulan2 rock letih awal 90an.ya,syed berbakat saperti abangnya siso.cuma syed lebeh kental dari abangnya.syed berbusking sepenuh masa di jalanan kota sampah ini.

pada hari2 tertentu syed terpaksa membawa bersama anaknya untok mencari rezeki.di situlah semangat kental syed berjuang untok hidup di kota sampah ini.saperti yg aku jelaskan sebelum ini.orang menipu,menyamun dan sebagainya tapi bagi peneroka jalanan di kota sampah ini masih punya harga diri demi untok terus bersaing.mari kita teruskan syed.

busker seterusnya...hmm siapa ye?

buskers..the sambungan.


ini sorang seniman jalanan yg sedang mendapat tempat di kalangan peminat seni tanpa glamour.seni jalanan.nik berasal dari negeri kelahiran yg sama dgn aku.anak pahang.
aku mula lihat nik ketika baru habis sesi busking di cm agak lama dulu.masa aku mula kembali berbusking.nik aku lihat ada sedikit kelainan dari buskers yg pernah lihat.kelainan nik tidak menghalang dia bermain gitar.dari pengamatan aku waktu itu,nik ni masih baru berbusking.selalunya nik akan bersalaman dgn semua buskers yg ada di ruang keramat itu apabila sampai.nik selalu kelihatan dgn sohimi.sohimi bukan busker.tapi sohimi sangat minat dgn scene busking dan meminati muzik 70's inggeris,ikut bersantai di cm saperti orang lain yg minat dgn suasana busking.
menurut partner busking aku di downtown, zam,nik mula berbusking dgn mengikutnya.saperti biasa,seseorang akan jadi biasa dgn keadaannya dan akan bergerak sendiri.begitu juga nik.kehidupan di kota sampah ini banyak mengajar insan untok berjuang dgn apa yg boleh di lakukan.merompak kalau patut.menipu kalau boleh.menjual harga diri jika perlu.tapi bagi kita yg punya harga diri takkan begitu.di berinya kita iman,akal fikiran dan bakat kebolehan.maka di gunakan sebaik mungkin.
buskers bersatu hati sebenarnya walau kadang ada perselisihan sedikit dlm mengejar keperluan hidup.itu tak berkekalan.kita masih mampu senyum dan ketawa bersalaman menyingkir keruh.
ada masa tertentu buskers dapat peluang bermain di majlis2 dan event2.maka kawan2 buskers akan di hubungi untok pergi bersama.nik yg kerap dapat peluang demikian akan mengajak siapa yg dapt di hubungi.pernah nik,aku dan ijam busker di beri ruang bermain di kawasan legar F1 sepang selama dua hari dgn bayaran yg di kira baik.aku,meor dan nik juga pernah di beri ruang bermain secara busking di acara laman seni putra jaya selama dua hari juga.
oleh kerana nik dan meor berbusking penuh masa,mereka kerap pergi bersama.nik banyak belajar dgn gandingan meor.
masih di jalanan,nik telah merakamkan dua album lagu2nya sendiri walaupun dgn kos yg termampu olehnya.kini dlm proses merakamkan albumnya yg ke tiga.album2 yg telah siap di rakam akan di jual ketika busking atau di program2 anjuran teman seperjuangan.selamat berjaya nik.teruskan di jalanan.

ijam & eddie.
tak banyak yg boleh aku ceritakan tentang dua orang kawan2 aku ni.tapi mereka ini adalah antara anak2 muda yg sering bersantai melihat buskers otai saperti sidek dan adi jagat dulunya.mereka adalah generasi ke tiga atau penganti pada yg sudah pergi atau mengundurkan diri.tapi mereka ini di kira bersih dari gejala tak sihat.
eddie agak lama juga di cm.dia pernah bermain dgn arwah sidek.tapi waktu tu eddie di kira sangat muda.selalu akan di tegur oleh sidek kerana banyak sangat 'out tempo'nya.berlanjutan.
eddie pun sering menghilang.lama tak ada kemudian ada semula.macam iklan biskut juga.tapi kehilangan eddie pada masa2 tertentu adalah atas urusan lain, bukan masaalah kronik.tak payah cerita.
ijam dan eddie selalu juga berganding busking.ijam sorang yg cepat belajar dlm apa juga yg di minatinya.ramai yg kenal ijam mengatakan ijam dulunya tidak boleh bermain gitar tapi dlm masa yg singkat dia kelihatan terpacul di cm menghayun gitar.ijam juga pandai berlawak ketika busking.ada lagunya sendiri yg sinis berjudul "blues kuala lumpur" dan "pondan chow kit road".penonton pasti akan ketawa bila ijam menyanyikan lagu2 ini.ijam kini jarang juga kelihatan di cm kerana sudah punya usaha sendiri ia itu menolong mengusahakan guesthouse untok backpackers di jln petaling.selain itu, ijam juga menjadi ahli kelab rekacipta basikal.

os atau mr.os

firdaus sangat berbakat dlm bidang muzik.dia sebenarnya terkenal di kalangan scene underground yg selalu berkumpul di restoran mamak dlm cm dulu.pemain gitar dan bass yg sangat baik.os,aru koffin kanser dan andy poppy selalu bermain dlm gigs underground yg di anjurkan oleh fanzine underground mereka.juga menubuhkan band sendiri bernama naked butterfly.os juga menjadi producer bagi album 'metal tribute to sweet charity'.album yg boleh di kira bagus produknya.ramli sarip sendiri ada menyumbangkan suara dlm album itu.lagu berjudul 'rock n roll'.banyak band2 indie dan metal terlibat dlm karya itu.begitulah berbakatnya os.scene indie dan underground yg di pelopori oleh os,aru dan kawan2nya mula hilang sinar.akhbar2 tempatan pula mula menyiarkan berita negatif palsu dan prejudis tentang muzik underground.menghangatkan tentang muzik blackmetal,sembah kambing, satanism anti tuhan dan sebagainya.ini sebenarnya adalah agenda membunuh pengiat2 seni indipendant yg bergerak tanpa perlu pada media perdana yg menyokong kerajaan.media yg hanya tahu dan mahu pada seni yg gemerlapan dan glamour.mereka tak peduli pada bakat2 anak muda dari kalangan bangsa sendiri yg tak sehaluan mereka.penting hanya agenda mereka.maka os dan kawan2 kehilangan punca dan arah seni.os mula ke jalanan.hidup mesti terus.perlahan2 os silap tujuan hidup.mula menjadi positif pada bahan2 kronik.terpaksa keluar masok pusat pemulihan.os mempunyai kakak yg sangat mengambil berat tentang masaalahnya.atas usaha kakaknya dan keinginan untok kembali bangun ke jalan betul,os memasuki Pengasih.dua tahun os menjalani kehidupan di pusat motivasi yg di asas oleh hj yunus fathi atau mesra di panggil yop.setelah pulih,os menjalani kehidupan biasa.masih bermain muzik bersama republik of brickfield.os kini di pulau langkawi menguruskan pusat persinggahan pelancong sambil bermain muzik.

ketika masa busking di jalanan, os selalu juga berganding dgn aku.oleh kerana masa itu adalah masa yg paling susah, os sering meminta bantuan belum mula busking.aku berfikir sendiri,dari aku bagi dia ikan,baik aku beri dia joran.maka aku pinjamkan os gitar yg aku mula2 beli setelah aku kembali bermuzik.dgn gitar yg aku pinjamkan,os terus berbusking untok keperluan hariannya.oleh kerana os menjalani kehidupan yg tak menentu,gitar kesayangan aku itu hilang dari pengunaannya.gitar itu juga pernah di gunakan oleh ramli sarip di sebuah majlis baca puisi di rumah pena.saperti yg aku katakan tadi,buskers sebenarnya saling membantu dan memahami.tak perlu aku menyalahkan atau memarahi.aku sekadar menceritakan pengalaman kami.hidup mesti terus.

busker mana pulak ye? oo ya.SELAMAT ASRIN!

bersambung...(dah pukol 2 pagi daa)

Isnin, 5 Oktober 2009

buskers..


tak ramai sebenarnya di kuala lumpur ni.tak mengancam keselamatan negara pun.menjejaskan imej bandaraya pun jauh sekali. rasanya penjenayah dan pengemis lagi ramai di kota sampah ni.

kalau kita pergi kemana pun di kota sampah ni tentu akan jumpa buskers yg sama berbusking atau strolling mencari pendapatan.tapi buskers yg terer2 ni la yg biasanya di cm.ada juga buskers yg tak berani atau tak mahu ke cm.sebab apa tak tau.takut? malu? entah.pernah juga aku tanya sorang busker yg selalu strolling di kawasan makan di jalan alor,namanya nan juga.budak trengganu.katanya,dia memang tak berani dan segan busking di cm.sebab?
"..tak mboh la bang ..segang".begitulah jelas nan.aku boleh faham.


blog kali ni aku nak kenalkan secara ringkas bebrapa orang buskers yg aku kenal dan tahu lebeh kurang latar belakang mereka.


dr.sam rasputin.

"saya anak malaysia saya anak malaysia" itu lah lagunya.lirik oleh s.amin sahab.dr.sam,ramai kita kenal.tapi tak ramai tahu yg dr.sam juga pernah busking di sekitar jln tuanku abdul rahman lewat tahun 70an dulu.pengalaman buskingnya bermula ketika belajar di eropah.bila dia pulang ke negara sendiri,dr.sam tak segan melakukannya di negara sendiri.negara atas angin ke bawah angin ke,bagi dr.sam sama.vibration dia positif.selain busking,dr.sam juga bermain muzik blues/reggea/country rock di beberapa kelab.paling terkenal ialah red rooster di medan tuanku.kemudian dpt kontrak rakam album.tak berapa lama setelah jadi artis rakaman, dr.sam meninggalkan dunia hiburan.kini dr.sam menjalani kehidupan sebagai pendakwah bebas.nama rasputin itu adalah gelaran yg di beri oleh kenalannya kerana rupanya yg tajam dan berjambang saperti pendita gila russia yg di kenali sejarah itu.


sidek .

antara busker yg paling otai dan paling berbakat.baik hati.sidek juga adalah bekas anggota kumpulan dr.sam & the clinic.house band bagi kelab red rooster.sidek juga pernah mengembara mencari pengalaman di eropah.gitaris idola sidek ia lah jimmy page.gaya solo dan banyak lagu2 led zepellin cair di tangan sidek.setelah kesihatan sidek terjejas,dia terus saja bermain di jalanan terutama sekitar cm,jln melayu berhampiran masjid india.oleh kerana kesihatan sidek yg semakin kronik, bakat muzik sidek pun ikut sama terjejas.akhirnya sidek menjadi penghuni pusat serenti berulang alik.akhirnya sidek meninggal dunia di sebuah pusat tahanan.menurut seorang kenalan juga seorang busker bernama os,sidek adalah penulis sebenar lagu hit yg berjudul "sekuntum mawar merah" yg di nyanyikan oleh alleycats.di jualnya kepada m.nasir.sejauh mana benarnya? yg tahu saja tahu.rip sidek.




wahid.

aku tak pernah kenal dan tak pernah lihat wahid ni.menurut meor,wahid juga adalah antara pemuzik jalanan berbakat sekitar pasar seni ketika awal 80an dulu.kabarnya wahid kini bermastautin di thailand.itu saja yg aku tahu.



adi jagat.

seniman jalanan yg juga berbakat.suara ala rod stewart.selalu bergandingan dgn sidek.mereka adalah gandingan buskers terbaik pernah busking di cm.kerana pengetahuan adi dan sidek dlm muzik sangat bagus dan setanding.adi tahu sidek dan begitu sebalik.persembahan mereka sangat mantap.di iringi pula lawak oleh adi jagat.memang patut mereka menjadi tumpuan orang ramai ketika itu.mereka tak perlu pergi jauh untok 'porter' kutipan sebaliknya penonton2 berebut memberi mereka sumbangan ikhlas kerana bakat mereka.teringat aku akan sidek secara berjenaka berkata "sabar,sabar..semua dapat..semua dapat" sambil membawa topi tip keliling penonton.di hujung minggu mereka mampu mendapat ratus ringgit di cm sahaja.adi jagat juga pernah merakamkan lagu2nya tapi pasaran sangat lembab ketika itu.jadi adi terus bermain di jalanan dgn sekali sekali jadi pemuzik pengiring untok seniman pak pandir.secara perlahan lahan adi jagat juga mengundur diri dari scene busking central market.kabarnya adi jagat kini berada di negeri kelahirannya trengganu.


hamden boley.


berasal dari sarawak.aku tak kenal hamden boley secara peribadi.hamden sering kelihatan mengayuh basikal beroda kecik sekitar kuala lumpur.aku pun tak selalu pergi menonton buskers di cm ketika itu.cuma dari jauh sekiranya aku berada di kawasan cm,aku terlihat hamden menyanyi dgn iringan muzik minus one.hamden juga pernah merakamkan album.tak lama kemudian hamden juga hilang dari scene central market.




sherry.

setelah sidek jarang berada di sekitar cm.suasana agak berlainan.adi jagat masih di cm kini bergandingan dgn sherry.sherry yg dulu antara penonton dan kerap di cm sangat kagum dgn sidek.sherry punya suara yg sangat nyaring.boleh menyanyi dlm key dan pitch yg tinggi.meminati robert plant,beatles dan rolling stones.antara busker yg lama busking di cm dan sekitar bangsar dan damansara.sherry kemudiannya menganggotai band yg di asas oleh ajin blackrose dan arwah din country.mencuba nasib di pub dan kelab di kuala lumpur.akhirnya jadi band back up untok album solo ajin.strawberry puff kalau tak silap nama band mereka.mereka kemudian berpecah membawa hala tuju masing2 .sherry kembali di jalanan.aku pernah juga sekali sekala berbusking bersama sherry,adi jagat, dan seorang yg bernama acis bermain tamborin.atas beberapa sebab aku enggan berbusking bersama mereka.sherry terus bermain sesekali secara solo dan kumpulan di kuala lumpur.hingga kini sherry masih bermain muzik di gigs dan kelab.pernah aku,sherry dan nizam, pemain alat perkusi bermain di duke tavern duta vista dan kelab k tmn melawati untok beberapa ketika.sekali sekala sherry aku pelawa busking di downtown ceras, kiranya dia tak punya tempat di bayar untok bermain.dengarnya sherry sedang menyiapkan album sendirinya bersama nizam percussion dgn nama sharidir.


jimi.

mamat ni tak lah di kira legend di cm.setelah kelibat adi jagat hilang di cm.sherry kelihatan sering berganding dgn jimi.waktu ini lah aku mula kembali menguji bakat yg lama aku tinggal.
aku sering dtg bermain seorangan.kemunculan aku terasa kurang di senangi.tapi aku teruskan juga kerana mereka perlu tahu,tiada siapa yg boleh mengatakan tempat busking itu milik mereka.kita bebas berbuat asal tidak menyakiti sesiapa secara fisikal.ada beberapa muka muda yg tak pernah aku lihat dulunya.mereka pun tak pernah melihat aku.maka mereka tak kenal aku.low profile ni banyak membantu dan ada masa juga tidak.tapi aku memang suka low profile.walaupun mungkin tidak membantu,kerana ianya memang dlm jiwa aku.lama kelamaan muka2 baru ni terpaksa menerima kelibat aku di cm.mereka akhirnya menjadi kawan.dari sini lah aku terus berbusking sehingga kini.aku yg dulunya berkerja di kawasan bukit bintang pasti akan ke cm setelah habis waktu pejabat dan di hujung minggu.sangat membantu dari segi kewangan.jimi juga kerap berbusking bersama.cuma permainan jimi tidak begitu kemas.selalunya agak menganggu strok dan tempo lagu.aku cuma tolerate.sesekali ada juga aku tegur secara baik.sehingga pada masa tertentu mereka kurang senang dgn teguran aku.maka kedengaranlah cakap2 di belakang yg aku sangat berlagak dan ego.pastinya begitu.

kembali pada cerita jimi.dianya juga punya masaalah kesihatan yg kronik.kemunculan jimi di cm akhirnya menjadi saperti iklan biskut, 'kejap ada kejap tak ada'.akhirnya jimi menjadi penghuni pusat pemulihan saperti arwah sidek.satu malam ketika aku bersiap untok pulang, di downtown ceras,seorang kenalan memberitahu bahawa jimi sudah meninggal dunia di pusat pemulihan di pulau pinang.rip jimi.



meor.

aku mula berkenalan dgn meor di sebuah lot kedai print/graphic di cm.pengusaha t-shirt memang banyak di cm ketika itu.begitu juga seni lukisan.meor sering kelihatan bersantai menyanyi bergitar di situ.aku hanya berdiri melihat.satu hari aku berada di situ dgn beberapa keping keset penyanyi iwan fals.meor begitu suka.kami mula berkenalan lebih rapat.ada masa aku ke kedai muzik tempat meor berkerja sebagai sale officer.kebetulan tempat kerja aku pun berdekatan.kami sentiasa berjamming di situ.dari satu permis ke satu permis kedai muzik tempat meor berkerja pindah.aku sentiasa singgah bila ada peluang.sehingga kedai musik itu mula bermasaalah.meor kelihatan tak berminat berkerja lagi.aku yg ketika itu sudah agak lama busking mempelawa meor cuba berbusking.maka berbusking lah meor dgn aku di cm mulanya.
taste muzik kami agak sama,jadi tiada masaalah sangat.sebelum meor berbusking.aku selalu di pelawa meor mengiringinya bermain harmonika dan gitar di tempat dia di jemput bermain saperti di rumah pena,actor studio,session untok album pestajiwa 1 & 2 dan gigs yg di anjur oleh joe kidd,seorang aktivis seni indipendent.tapi itu semua berbeza dgn busking.ianya lebeh kental dan mengancam jiwa.orang yg merasainya saja lebeh tahu.

meor kelamaan kelihatan sudah mula sesuai dan seronok berbusking.maka meor sudah boleh pergi sendiri dan tahu selok belok seni jalanan.meor pun mengambil keputusan nekad berhenti kerja dan menjadi busker sepenuh masa.memang satu keputusan yg nekad.banyak risiko perlu di hadapi seseorang dlm keadaan begini.tapi bagi meor yg punya bakat dan di kenali orang2 media dan industri seni & sastera,tak punya masaalah.meor terus bergerak sehingga satu hari, meor di tahan secara borong oleh polis tanpa pemeriksaan rapi.semangat meor benar2 patah ketika itu.dunia seni meor gerhana ketika itu.dgn adanya sahabat2 yg membantu,meor di bebaskan.setelah itu, campur tangan saudara2 tua meor antaranya penyanyi suhaimi meor hassan,kawan aku meor berpindah ke ipoh.berpeluang jugalah aku melawat kampong meor ketika menghantarnya berpindah.

di ipoh meor menjalani hidup baru.berkerja sepenuh masa di sebuah syarikat binaan menara komunikasi.musik tidak boleh lari dari jiwa.meor sekali sekala turun juga ke kota sampah ini bila ada peluang dan berkesempatan busking.dapat juga duit belanja poket.apa salahnya.ianya sihat juga.busking memang menyihatkan.tuboh dan jiwa.
ipoh adalah kampong halaman meor.kawan2 seni meor juga ramai di sana.maka meor masih boleh berseni tapi bukan busking.pernah aku di pelawa antara yg menyerikan program malam pesta jiwa di ipoh.
pilihanraya umum yg lepas melihatkan perubahan drastik di beberapa negeri di semenanjung termasok perak the ridhuan state.di mana negeri2 ini jatuh ke pihak pembangkang.ini kemudiannya di susuli oleh konspirasi politik yg melihatkan negeri perak di rampas semula oleh parti pemerintah.suasana ini banyak menimbulkan masaalah kepada ekonomi negeri dan juga kawan aku meor antaranya.dgn keadaan yg tidak menentu di negeri perak dan ayah kepada isterinya pula meninggal dunia,maka meor dan keluarga mengambil keputusan pulang semula berpindah ke kuala lumpur.di kuala lumpur,kini meor lebeh rancak berseni dan baru saja melancarkan album barunya 'dari rakyat untuk rakyat'.teruskan meor.

busker seterusnya...NIK!

bersambong...(mata dah ngantok daa ..)

Ahad, 27 September 2009

busker kerjanya..busking.

perkataan tu antara yg aku suka sebut...my favourite quote,selain 'yg tahu saja tahu'.
memang lah ada orang tak suka pada apa yg kita buat atau pada yg kita suka.bini aku pun fed up kadang tu.tapi itu saja yg aku tahu dan aku suka.busking.

hujung minggu lalu aku di jalanan mcm biasa.yelah,keadaan pun dah balek macm biasa.puasa pun dah lepas.raya pun begitu.jadi hidup mesti terus.

syed amran yg jarang text aku untok berjuang di jalanan..aku terima smsnya.agak keberatan memandangkan cuaca mendung.aku daya juga pergi.tak sebab sms syed pun aku akan pergi.cerita hidup hari tu begitu.

alhamdulillah.pendapatan busking hujung minggu ni agak baik.di downtown ok di cm pun begitu.duit belanja sekolah anak dah terkumpul di situ.untuk seminggu lebeh dari cukup.

partner busking aku di downtown zam,masih mood raya.jadi melayanlah aku pengunjung2 downtown sorang diri malam tu.letih juga.tapi aku dah biasa.dulu pun aku sorang saja sepanjang malam.cuma untok buat lebih menarik,aku ajak tok ghani,mi ipoh,shery,meor,wan ahmad hinggakan mamat latin richie castro dari amerika pun pernah jadi partner busking di downtown.

di cm,meor yg rajin busking di cuma jadi penonton hari tu.sehabis busking aku di beri satu copy album drur.kawan2 yg buat album sendiri ni selalunya akan beri percuma saja.complimentary.
buskers ni ada juga buat album sendiri.busker nik antaranya sorang lagi chedet.catatan yg lepas aku ada sebut hamden boley dan selamat asrin yg albumnya masih..masih..masih.buskers lain termasuk aku tak berusaha untok buat rakaman.busking saja.


album meor kali ni menarik perhatian aku .aku yg pernah terlibat dari rakaman yg pertama dan kedua tercatit antara yg menjayakan sebagai pemuzik.album suhaimi meor hassan yg lepas pun aku ada terlibat walau cuma tiup harp untok satu lagu.aku suka lagu tu kerana harp aku bergandingan dgn tiupan flute ariff yusof.ariff aku kenal hanya lama selepas itu. kami sama2 back up musicians untok gig dr wan zawawi di no black tie dan groove junction di sri hartamas.

untok drur aku di ajak juga sebagai pemuzik.tapi nama aku hilang dari antara yg menjayakan album drur yg hebat dan sangat di perkatakan tu.bukan hal glamer.drur pun bukan soal glamer.tapi dlm segala hal,kalau kita terlibat tapi dlm kredit senarai kita hilang.agak hairan juga kan? kesilapan teknik? tuhan yg menentukan hidup ni saja yg tahu atau 'yang tahu saja tahu'.

tapi tak tak apa, no big deal kata orang putih.tu sebab aku suka lagu dan album orang putih.bukan apa.sebab dorang ni 'precise' dlm lakukerja dorang.kita yg suka tengok album design mereka tentu akan membelek membaca kredit di dlmnya.siapa penerbit.siapa pemuziknya.rakam di studio mana.hinggakan yg hanya sebagai tukang tepuk tangan pun di listkan dlm kredit album."thanks jennifer for hand claps".gitu lah bacanya.tapi kita org melayu..biasa lah melayu.

ok.no heart feeling : ).aku masih ingat.aku busker,kerja aku busking.bagi yg berjuang..teruskan berjuang.untok apa saja tujuan semoga berjaya.

Isnin, 21 September 2009

celoteh blues si busker.

dapat duit sikit baru2 ni, maka membelilah aku akan benda2 yg perlu untok rumah,anakbini dan juga untok aku.antaranya, laptop.lama juga kepingin nak berlaptop macam orang lain.tapi kena berhutang kalo boleh pon.jadi bila ada duit lebeh..beli le.


maka dgn adanya laptop boleh lah mendalami sedikit sebanyak hal2 berkaitan internet ni, kerap update blog ke..tengok gambar telanjang ke..eh! lalut plak.


busking di malaysia ni atau di kota kuala lumpur ni, rata2 pengiatnya adalah main gitar dan menyanyi.lain dari tu, tiup didgeridoo, alat bunyian kaum pribumi tu.kumpulan yg agak terkenal ialah "streethorn syndicate" yg di terajui oleh bard yg berasal dari kuantan.


kalau nak jumpa yg berani tiup saksefon,gesek violin ke..payah la jumpa di kuala lumpur ni.maklum ler..negara bawah angin.dulu di cm ada sorang busker yg menyanyi dgn iringan muzik latarnya sendiri.hamden boley namanya.punya satu album juga si hamden boley tu.dah balek ke tempat asalnya di sarawak.ada juga sorang busker yg menyanyi dgn muzik latar yg dia saja dengar.kita yg menonton cuma dengar suaranya saja.selamat asrin namanya.selamat masih berusaha untuk menghasilkan album nyanyian sejak dari 10 tahun dulu.moga dia berjaya.ada juga sorang cina yg meniup seruling cina sambil berjalan kaki di sekitar jln petaling.tapi pada aku dia ni bukan busker..sebab, dia dan tuhan saja yg tahu kenapa dia begitu.tiup seruling cina sepanjang jalan.gila isim versi cina agaknya.
orang asing pun dah mula aktif busking di kotaraya ni.umpamanya kumpulan jepun bernama bonyuri di anggotai oleh sorang wanita dan beberapa lelaki.pernah juga sorang pengembara/busker dari amerika yg mengelarkan dirinya christopher the wolf.juga kenalan aku bernama richie castro dari colorado.mereka semua tak segan berseni di kota kuala lumpur.

busking memang sinonim dgn bermain gitar dan menyanyi.itu yg paling popular di mana pun.atas angin bawah angin sama.jadi aku yg masa budak muda dulu berjinak2 bermain gitar berguna juga rupanya di hari tua ni.umor dah lepas waktu asar,menjeling magrib.ia menjadi sumber pendapatan.bukan gila nak jadi terkenal.wannabe apa kata orang hari ni.pernah aku tinggalkan gitar buat masa yg agak lama juga ketika umor aku peringkat waktu zohor.gitu pulak di perjalankan hidup aku.


"apakah takdir mimpi ini

mendatang berulang kali

berdarah penuh di tanah

sedang tangan menungkat langit"


mungkin ada berkata tentang tak punya perasaan malu kah?.mungkin.tapi tu cuma pandangan yg singkat.tak mampu lemahkan semangat tua aku.busking lebih kepada self esteem.pasti ada juga yg setuju.malu lain.malu kalau aku berskandal dgn perempuan yg sebaya anak gadis aku.atau merampok milik orang lain.malu kalau aku berseluar pendek singkat peha dgn tak berbaju di khalayak ramai.malu aku kalau mengekeh ketawa kuat2 di khalayak ramai.itu malu pada aku.tapi mula aku busking memang dulu ada perasaan malu.

ramai boleh bermain gitar dan bernyanyi.tapi untok jadi macm busker buat belum tentu boleh.kena berani beb.samada betul atau tidak,seniman m.nasir pernah kelihatan berdiri dgn gitar di ruang busking cm satu ketika dulu.hanya seketika kelibatnya di situ.kemudian pergi begitu saja.apa tujuannya begitu? aku tak fikir dia nak cuba rasa bagaimana keadaan sebenar saorang seniman jalanan.menurut sorang kawan busker aku zam, m.nasir memang salute dan beri semangat dgn busker.ini pengalaman zam yg busking di lokasi makan bangsar di mana m.nasir bersama amy search dan hattan kebetulan berada dan makan di situ.m.nasir memberi tip yg agak baik dan kata sokongan pada kawan aku zam sebelum mereka beredar.begitu juga penyanyi jay jay ketika di foodcourt uptown d'sara.

tapi ada juga mereka2 yg terkenal anggap busker macm 'tak ada mata' kalau mereka kebetulan berada di tempat awam.biarlah mereka.buskers pun bukan minta di 'glamer'kan.
kita busker..kita busking.orang happy kita happy.orang tak happy...tu masaalah dia.

ada juga orang2 media yg suka melaporkan aktivi buskers dlm siaran mereka.ada baiknya.tapi biarlah apa yg di laporkan itu membantu cara buskers berseni.
pernah satu majalah hiburan (glamer) yg terkenal di malaysia ni yg menyiarkan cerita berunsur negatif pada akitivi busking aku.ini kerana mereka terkilan melihat pemain gitar sweet charity wan ahmad bermain secara busking dgn aku di downtown ceras.puak2 ni tak boleh terima kalau orang2 tahap legend berada atau bermain di jalanan.sebabnya? macam aku kata dulu la..mereka anggap busking ni low class.tu lah masaalah mereka.

so,only those who know,knows.

Khamis, 17 September 2009

masih dgn busker's blues..

dulu pernah aku dpt komen dari pembaca blog aku yg kata bosan dgn cerita busking ni
lalu pembaca ni ajak memajukan diri.terima kasih lah atas pelawaan atau menganjurkan
aku untok majukan diri.aku kira tu motivasi diri.

aku bukanlah busker fulltime.siang hari aku berkerja di sebuah syarikat arkitek sebagai draftperson.lukis pelan bangunan.adalah beberapa bangunan yg di kira landmark di kotaraya ni yg aku terlibat dlm pembinaannya.antaranya berjaya times square.menara standard chartered.
beberapa apartment mewah di damansara.rumah kecik rumah besar.tadika pun ada.dan aku masih berkerja.blogging ni pun tengah time kerja.ssyhh.jangan ketawa nanti boss dengar..

kita berkerja untok duit.buat apa pun untok ada duit aku kira kerja.dlm kes aku,5 hari seminggu kerja di pejabat,hujng minggu plak busking,kadang malam ada pulak job di kelab atau pub.tentu banyak duit. memang aku banyak duit!tu tuhan anugerahkan aku kebolehan begini.hasil usaha ini adalah untok anak bini aku.tau saja lah kita yg punya keluarga.macamana kita perlu berbelanja untok mereka.ini tanggungjawab kita sebagai ketua keluarga.kalau isteri tak berkerja lagi lah.aku pulak jenis konservatif.isteri mesti di rumah.bukan pasal kedudukan lelaki perempuan atau chauvanis kejantanan.isteri di rumah sama berat tugasnya dgn suami yg keluar cari rezeki.mungkin lagi berat kaum lelaki tak tau.mengandung lagi buat kerja rumah lagi.lelaki boleh buat ke? jadi, ada yg lelaki boleh buat perempuan tak boleh,perempuan boleh buat lelaki tak boleh.tuhan adil pada apa yg di ciptaNya.

balik pada cerita kerja pejabat dan keja busking.tentu ada yg fikir aku ni tamak ke apa.duit tak pernah cukup ke.duit ni memang tak pernah cukup.longgoklah berapa banyak.tak pernah cukup.
tu pasal orang yg dah bergelar jutawan,hartawan banyak jadi sawan.hidup terus buru harta.aku ni belum lagi sampai level tu.sampai nanti korang sendiri tahulah.tapi aku tak pernah tamak.
aku tak pernah lokek.kalau ada yg memerlukan duit aku bagi.tak banyak sikit.kadang tengah busking ada orang buat2 macam tak siuman sambil lalu dorang selamba ambil duit kat depan kita.macam petik daun je.aku tak bising.cuma aku bagitau kalau nak mintak.mintak?mintak lagi seringgit...
pernah sorang budak india yg nampak lusuh dan lapar duduk nonton aku. aku perasan matanya sekali sekali tumpu pada duit di depan aku.entah apa yg dlm kepalanya tapi dia membuahkan rasa belas dan simpati.sebaik habis, aku tanya samada sudah makan? budak tu cuma mengeleng.lalu aku berikan duit yg tak seberapa tu padanya menyuruhnya beli makanan.dia tak lupa berterima kasih bergegas pergi.
begitu lah di jalanan.kita boleh nampak pahit manis kehidupan betul di depan mata.beza kalau di pentas2 atau majlis2 yg gemerlapan.bagi aku yg bukan keputusan duit sangat pun rasa seronok kalau dapat buat orang lain rasa seronok dan gembira macam kita.tapi kita hidup perlu berusaha untok itu.jangan menyusahkan orang lain cukup.enjoy life!

selamat hari raya pada kawan2 yg sudi membaca cerita aku yg bukan lah menarik untok di baca.
mohon maaf zahir dan batin di hari yg mulia.

Rabu, 16 September 2009

busker's blues the sambungan..

si manikam juga lah yg kenal si johar.semua tau pepatah tu.
kita saja yg faham apa yg kita buat.yg tak faham dan tak mahu faham tu, biarkan mereka.
jangan cemuh jangan kutuk jangan musuhi mereka.kita buat je kerja kita.busking ke.melepak ke.asal bahagia.jangan mencopet,jangan meragut,jangan mengumpat,jangan mengata perihal orang sudah.tu lagi me'neraka'kan dan membinasakan kamu.

"don't criticise things you don't understand"

memang lah, di kl atau mana2 di malaysia ni,main muzik di jalanan nampak low class.ada pemuzik2 yg aku tahu dakwa mereka busker.busking di negara atas angin saja masa student days.australia la.london la.new york la.atas angin belaka.bangga dorang tu.tapi nak busking kat kampong sendiri malu.apa yg bersarang dlm otak dorang tu? aku tak mahu tau.bagi aku,salah macam tu.kalau kita sendiri tak angkat darjat negara sendiri.siapa nak buat? busking pun boleh boleh angkat darjat negara ke? boleh apa! jangan ingat orang politik saja berjuang.kita orang seni,berjuang cara seni.ada penyanyi2 atau artis2 yg ke luar negara promo malaysia.tu cara dorang.jangan cerita pasal di sponsor atau begitu begininya.kita boleh faham cerita2 di sebalik tabir.busker yg tak keluar negara tapi di tonton oleh orang luar negara yg dtg sebagai pelancong beri tepukkan,tabik hormat dan 'thumb up' pada persembahan jalanan kita.apa itu tak di kira mengangkat darjat seni negara?.besar kecil sama saja.ianya tetap penghargaan.

only those who know,they knows.that's the key word.

dulu memang aku pun terperangkap oleh pandangan serong orang2 yg berfikiran serong .tapi kini tak lagi .aku dah tua.aku dah matured dgn persekitaran aku.tapi dlm hati kita mesti betul dan yakin.aku busker.aku tahu apa yg aku buat.

Isnin, 14 September 2009

busker's blues

tajuk laman blog aku.tau,semua tau.patutnya tajuk NAN atau NAN BLUES.
idea aku dulu nak bercerita hal pengalaman busking tapi ada yg dah tersasar tajuk..
tak pe.orang baca gak.

kebelakangan ni lama gak aku tak log in.aku lebih banyak ke fb.tulis ringkas2 je.

membaca lah aku cerita meor di pestajiwa,perihal penglaman busking dan apa yg di lalui.
ye lah,aku pun dah lama bermusik di jalanan ni.banyak ceritanya.aku pun dah tua di situ.
bila kita tua..apa kita kisah sangat ke? bagi aku, dah tak ada apa yg nak kita pedulikan.
aku buat.aku enjoy.aku dapat hasil.cukup buat aku.aku ok.aku happy dan aku tahu orangramai
juga suka.bila orang suka,aku juga suka.ramai yg suka.aku tahu,ada yg dtg semata untok tengok
busker perform.mereka yg dtg tu,tahu kelainanan berhibur dgn busker.aku boleh faham.sebab tu aku tau.so,busker mesti bagi yg terbaik.yg tak suka..biarlah.tapi ramai yg suka.kita peduli pada yg suka.

untok itu,kita buat dgn commitment.macm apa yg aku luahkan dulu.buat satu2 kerja tu dgn komitmen.busking baik.buat pelan baik.tulis sajak baik.melukis baik.apa saja baik.merompak pun kena buat teliti dgn komitmennya.baru boleh dapat hasil rompakan jutaan wang ringgit.
bayangkan,merompak sambil lewa,sambil isap rokok,sambil borak tok nenek.

aku dah lama busking.kutip duit lepas menyanyi pun aku pernah buat.orang yg suka,dia bagi bukan rm1 bukan rm2.rm50 dia tak lokek.sebab dia suka dan terhibur.dia tahu menghargai.
tapi angka rm jgn kita ambil kira sangat.nanti jadi tamak.tamak tu penyakit.penyakit yg memakan hati.baik baik.bunuh dgn keikhlasan.jadi buat sesuatu tu dgn keikhlasan,komitmen tu.

manikam mengenal jauhari.

Khamis, 20 Ogos 2009

Ish..ish..

lama jugak aku tak kunjung blog aku sendiri ye..
mau sebulan lebeh rasa.

mungkin kekawan ada yg bertanya ngapa.tak ada apa.smenjak dua menjak ni kroje
kat opis agak banyak la pulak.yang aku pulak berinternet guna komputer ofis je.lagi la.
kalo ada atasriba sendiri,ok gak.atasriba? laptop da! alihbahasa.macam drama jepun .

perkembangan tak ada pun.cuma baru ni dah masok 50 la umo aku.hehe.50 and steady.
ada la tiga mpat orang kawan2 dlm facebook ngantor ucapan.terima kaseh le.aku ni pun bukan
rame ngat kawan2.anak rame..ni nak dtg sorang lagi.genap 10.rezeki.no worries.lagi pun anak2 aku smer ok..cantek dan hensem.macm bapak jugak.

ckap pasal facebook.banyak gak masa aku melayannya.tapi aku banyak guna ntok simpan klip2
video rare yg aku ambil dari youtube.layan kekawan pun situ.sesapa nak tengok video2 yg aku
simpan sila lah add aku mlalui facebook taip nama aku, aznan aziz.

memandangkan kita smer akan menyambut ramadhan sehari dua ni.aku ngucapkan
selamat berpuasa dan semoga ibadat kita bertambah baik.

bulan puasa ni gitu lah.asal sampai je.kita rasa macm seronok.ada gak yg tak seronok.
aku rasa tak seronok.tak seronok bukan pasal tak bleh makan.tak seronok tngok iklan pesta2 makan dah mula beriklanan.bufet sana bufet sini.heii...puasa apa nama.kita nak terjebak jugak ke?.pada aku dari aku layan nafsu kat majlis2 makan tu..busking lagi bagus.ada gak hasil masuk.
bole gak beli spenda raya.memang lah kita di anjur banyak beribadat bulan suci ni.baca Al Quran.ittikaf dlm smejid.zikir ke.tapi terang cakap, macm aku ni mana lah boleh gitu.nak jaga solat lima kali tu puuun haru.tak payah lah nak berhipokrasi depan Tuhan.

jom kita busking.

Selasa, 21 Julai 2009

"oohh..siapakah..

yang datang bersama malam dan memuramkan wajah siang hari ku"

m.nasir.lagu "gerhana".

kebanyakkan umat melayu membesar lewat 70an dan 80an tau sangat lagu tu.
yang membesar dgn 'ujan' dan 'anak sedara pakcu usin' atau 'muka apa ke..'
mungkin tak masok dgn irama2 atau lagu2 gini..kesian.

takpe lah anak2 oi...asal jgn kamu tunggang moto roda ke atas sudah..

bermusik adalah lebeh bagus...despite our genre.

tajuk "gerhana" kan apa2.semua tau ari ni gerhana matahari paling lama
dlm sejarah tamadun manusia.6 minutes of dark day. Mahasuci Tuhan.wau!
maka berpusu lah peminat fenomena ini ke tempat tertentu di india & china.
dari pelosok dunia kesana.kalau jual air tebu & kropok lekor maka kaya lah
ari tu.aku kalau ada duit nak gak ke sana tapi..ehm..ehm.

bila jadi gerhana ni ada gak kalangan kita yg kata itu dan ini.selalunya
berkaitan petanda malang.kalau yg lahir waktu gerhana..maka gelaplah
masa depan.tak dapek nolong.Rasullah saw pun menganjurkan solat
sunat gerhana.teringat aku masa kecik2 dulu.wan aku akan tersangatlah
sedih dan menangis..

"masok ke rumoh demeeh!" beriya2 wan lauh ke kami.

kami yg kecik2 pun akur campur hairan.suspen pun ye jugak, tiba2 gelap
semacam.tapi raungan wan adalah lebeh suspend.abang2 yg terer & degil
selamba dek atas pokok rambutan.ketawakan wan.

begitu lah kita dgn kepercayaan turun menurun masing2.ada yg kata matahari
sakit.ada kata matahari kena telan naga.alamak.macam cerita utraman la pulak.

apa pun,Tuhan yang menjadikan alam maya yg indah ini lebeh mengetahui.

alamak! apa tiba2 gelap ni..power supply putus daaaa.....

Isnin, 20 Julai 2009

rempit & maknyah tak boleh masok..

gitu leh bih kurang tajuk berita surat kabar minggu lepas.
buat aku senyum bacanya.
lebih 10 tahun baru perasan ..hmm.hentam je lah labuu.

rasanya ada aku komen dulu.

orang kita ni pon bukan suka ngat crite2 gitu..tapi orang media ni yg ngada2.
ntah apa suka ngat ngok budak2 bodoh naik moto tonggang tonggek..
aksi jantan lembut mlatah..kelakar sangat konon.

tapi crite seram bangang mlalut lom kna sound lagi nampak nya.tunggu je.

sebabnya entry 'old world' aku kata pasal 'masa dulu'.masa kecik2 dulu.
tv dulu walau pon tak banyak program tempatan.tapi best.
ingat aku 'keluarga si tompel'. a r tompel & mak mah belakon.lagi 'juara kugiran'
'bakat tv' 'ganda wang anda'.tv hitam putih je..tu pun ngendeng kat rumah jiran.gelak.

cerita oang putihnya cam 'bat masterson' 'combat' 'the twilight zone'.banyak lah.klasik.
iklan tv zaman tu pun menarik.ada satu yg aku boleh ingat lagi..satu iklan biskut lemak..
ntah apa ke nama..gambar nya,kepingan biskut lemak menari rentak lagu bluegrass tepi bangsal.zaman tu pun dah ada animasi cam tu.
katun pulak..'walt disney' 'road runner' 'bozo the clown' 'astroboy' katun jepun 'gigantaur'.memang klasik.kalau ada kat tv hari ni..memang tak klua busking aku.

hanya hiburan.tapi hiburan sepatutnya punya peranan.hiburan yg mendidik.
industri hiburan hari ni tak ada ni.fulus dulu.lain tak masok kira.
aku komen yg kita punya la.orang lain pun ada gak yg lalut tapi dorang ada
'national geo..' 'animal planet' macam2 rencana yg mantap2.gambar dorang
angle dasyat2 kita tengok.kita punya mana?

korang jangan cakap otak aku dak kena jajah aa.

aku pernah tak punya tv di rumah bila yg ada tu rosak.bukan soal tak mampu.
takkan lah beli tv aku tak mampu.soalnya tu lah.bosan.

tengok wayang? panggung yg aku pernah masok dulu pun dah jadi tempat bangla
niaga.apa hal.jangan cerita lagi.

panggung hari ni? tak tau aku kat mana...aku tak nak tau pun.

banyak hal lah.aku tak mau ambik pusing.penting ke?

peringkat menopaus kronik ni beb.

layan blues buat aku macho.

"oo yeah.. evrythings gonna be awrait dis mornin..oo yeah"

Rabu, 15 Julai 2009

Old World

"this is a mean ol world

tryin' to live it by myself"



tu lirik lagu "mean ol world" duane allman & eric clapton.



tapi maksud 'old world' aku ialah..zaman lepas..dunia dulu.

aku rasa..semakin ningkat usia,aku makin tak

suka pada cara hari ini.aku tak suka kemajuannya.aku tak suka

pemikirannya.entah. orang mungkin tak

setuju .tapi ini kenyataan depan aku.

menopaus?.ye lah kot.

I'm missing the old world.

Ahad, 5 Julai 2009

kembali..

Al Fatihah buat arwah kanda sulong aku Azman bin Aziz.

setelah 3 tahun buah pinggang sudah tak berfungsi,
tarikh 1 julai 2009 hayat abang sampai ke noktah ketentuanNya
di umor 54 tahun.

setelah terima panggilan, jam 12 mlm tu juga aku bersama
keluarga ke pekan.

ramai kenalan abang dan saudara mara dtg menziarah.
kecuali ayah yg enggan.

jiwa apok masih berkonflik tentang
anak2nya.aku cuma mampu mendengar.aku tak ada daya.
usaha adek aku memujuk apok sia sia.

begitu pun airmata apok bercucuran kesedihan atas kematian
anak sulongnya.hakikatnya apok tidak menyimpan perasaan apa2
pada arwah abang.dizahirkannya dan aku dpt rasakan.

"deme adek beradek buat lah mende patut ke abang deme..
apok tak payoh.." katanya dgn linang airmata.Tuhan saja yg tahu.

aduhai kehidupan.

aku pulang dlm kesayuan sepanjang lebuhraya pantai timur ke kuala lumpur.

Ahad, 28 Jun 2009

Aku bukan

peminat musik jenis tu.micheal jackson.
tapi mj ni kira legend.dia buat impak besar dlm
arena muzik dunia.lepas elvis dan beatles.

mj mati dlm umor 50 tahun.tahun ni umor aku pun 50 tahun.
lebeh kurang sebaya je.tapi aku tak tau samada aku akan mati
bila aku 50 nanti.keje Tuhan.

lagu mj yg aku pernah belajar nyanyi hanya lah "ben".lagu tentang
persahabatan.pernah juga aku tonton satu movie jodol sama "ben".
kisah budak dgn tikus biasa yg jadi kawannya.lain pada "ben" ia lah
"rocking robin" lagu kumpulan adek bradek mj the jackson 5.

membaca aku satu ruang penulis dlm metro tentang mj.aku setuju.
sebalik cerita mj ni sebenarnya tersirat cerita lama tentang konflik
perkauman di amerika sana.konflik hitam dan putih.konflik jiwa.konflik glamer.
tapi ianya bukan di amerika sja.konflik jiwa.berlaku di mana saja.
konflik berlarutan dan semua kita boleh faham.kita boleh fikir.

kita tak boleh menghukum mj atas sejarah hidupnya yg pelik.
menurut berita samada benar atau tidak,mj telah menjadi saorang
muslim.mj telah mengaku wujud Tuhan yg satu dan Muhammad
adalah Rasul.ada beberapa klip lagu berunsur nasyid nyanyian mj.
bukti kecintaan mj pada Islam.Tuhan saja yg berhak memberi
hidayah pada manusia.Muhammad (saw) sendiri tak mampu.

kiranya mj telah mengaku islam semoga Tuhan mengampuni.
semoga kita di beri hidayat dan tetap iman.

amin.

Ahad, 21 Jun 2009

Selamat Hari Bapa

waargh.hujung minggu yg sungguh sungguh memenatkan.
bukan penat kerja keras di ladang atau lokasi pembinaan.
tapi penat bermusik,busking.wang hasil dari usaha tu lebih dari cukup buat
belanja poket anak2 ke sekolah untok seminggu.

helai not rm1 memang sangat di perlukan.
busking mmg mewah dgn not rm1 ni.not hijau dan merah ada
juga,tapi tak semewah not biru.biru rm1 bukan rm50..


pernah satu masa aku bayar daftar sekolah anak dgn not rm1
sejumlah rm100 lebih.terkejut si cikgu.


"encik niaga ke?" tanya si cikgu.aku senyum mengangguk.



hari jumaat di downtown ceras bermula rutin hujung aku.mula jam 11pm nonstop
ke jam 2 pagi.balik ke rumah biasa sampai hampir 4 pagi.tidur yg selalunya lewat
solat subuh.kepenatan.ada kesempatan di tghari sabtu aku ke cm pulak.

sabtu lepas,aku berseorangan saja.

pengamen yg lain tak nampak.kecuali cot.cot saorang pengamen yg aku suka lihat kalau
dia menyanyi.seksa aku tengok dia menyanyi lagu nada tinggi.yeargh!yaeirgh!terselak selak.
dari surau atas bumbung cm aku dah dengar nyanyian terseksa cot.lagu "datang dan pergi"
sweet charity.

setelah cot memberhentikan penyeksaan dirinya, aku kembali untok set ke dua.
cot beredar seketika untok membasahkan tekaknya yg terseksa tadi.


"selamat hari bapa!" ucap aku pada yg ada di depan.tak ramai.tapi aku yakin sebentar lagi
akan bertambah.


"di mata mu masih tersimpan selaksa peristiwa
benturan dan hempasan terpahat di keningmu"


demikian bibit senikata di awal lagu yg berjudul

"titip rindu untuk ayah" nyanyian ebeit g ade.
sesuai dgn tema hari bapa.


tiap kali aku nyanyi lagu ni aku rasa sebak.senikata yg sngat menyentuh.
irama lagunya pun indah mendayu.pernah aku hampir menangis ketika sedang
nyanyikan lagu ni di mata ramai.


tiap kita punya ayah.tiap kita juga adalah ayah.


lagu itu di akhiri dgn senikata...


"anak mu sekarang banyak menanggung beban".


betul.begitulah kita yg bergelar bapa dan juga anak.



aku terus mengamen dgn lagu2 dan irama2 yg telah lama menjajah

jiwa dan fikiran aku.blues ke folk ke country.

"hoochie coochieman" ke "wild horses" ke "feelin alright" ke "friend of the devil" ke "wizard".

lagu2 bob dylan ke rolling stones ke muddy waters ke grateful dead ke uriah heep ternyata ianya menarik beberapa 'backpackers' berhenti duduk sama menonton.beberapa keping not rm di letak dan senyum sebelum beredar.lagu2 saperti "duit" "blues untok rakyat"
"keroncong nostradamus" juga aku mainkan.begitu juga lagu 'puaka'
kisah tempat cult anton levy di california.bila2 pun lagu puaka ni jadi permintaan ramai.
hari tu saorang penonton wanita dtg dekat pada aku.cantek dgn senyumnya.

"bang,boleh nyanyi hotel california?" kembali dudok setelah letak tip rm5.menyanyi lah
aku hingga hampir masuk waktu asar, set aku pack dan pulang.

oh.satu yg menarik hari tu.sesampai aku di tempat keramat para pengamen di cm.
aku tengok sorang bangsa eropah duduk berlunjur kaki bersandar pada tiang di atas jalan.bersamanya ada satu bekas berserta nota bertulis bahasa melayu

"saya perlu duit kerana duit telah di curi".

aku tak keberatan sumbang sedikit dan bertanya.katanya dia dari spain.apa saja lah.oh kuala lumpur.


sebelah malam, aku ke downtown ceras lagi.melalui jalan kinabalu.kelihatan
padang dataran merdeka ribuan manusia yg terpesona dgn kehebohan konsert inspirasi tv3.
aku ke konsert jalanan aku di setiap hujung minggu di downtown ceras.inspirasi untok sekolah anak2.begitulah rutin walaupun penat sebenarnya.



awal pagi ahad.aduhai. ketinggalan solat subuh lagi...



siang ahad rutin aku ke alang sedayu pula.dulunya dari jam 1 tghari ke 6 ptg.sekarang tukar jadual.dari jam 4 ptg ke 10 mlm.di alang sedayu aku bersama band.howlin' band.biasa saja.menghibur pengunjungyg dtg bersantai di situ.bajet pun kecik.tapi ianya tetap duit.not warna biru rm50.kadang berserta not berwarna merah.lebih lah sikit.

howlin band tetap blues.sambil ada juga kami main 60an melayu.yehyehan."si cincin emas" "kisah dan tauladan" "la obe" "apache" "keroncong terkenang kenang wajah mu...". apa saja yg sewaktu dgnnya yg kami tahu.

yg menarik berlaku di alang sedayu hari tu.ada sebuah drama realiti hidup berlaku di situ.aku turut menonton.

alkisahnya, ini budak perempuan sudah lari dari rumahnya di ampang.di fahamkan akan duduk peperiksaan spm tahun ni.tiga hari dia dgn boiprennya menyorok di alang sedayu.lari dari keluarganya kerana nak kawin dgn si budak laki2 ni. aduh.kemuncaknya malam tu.semua pihak muncul depan pentas kami.makbapak kedua pihak ada di situ.dgn petrol car polis siap ada.melanggan salah sebuah meja di situ.howlin' band yg tengah rancak main lagu "jikalau berkasih" ramli sarip sepakat berhenti untok bagi laluan keluarga budak2 ni berbincang masaalah anak2 mereka yg buat hal ni.hei budak2 .

makbapak si budak perempuan yg gatal nak kawin ni rupanya cikgu.aduhai mak.

yang bapak si budak jantan pulak dtg dgn kereta mercedes menjalar beb.aduhai mak oi jugak.

dari gaya bercakap dan pakaian, bapak budak jantan ni memang orang ada2.orang sibuk.busy man ke businessman.memang bukan pemandu.

bebel si bapa budak lelaki ni.anaknya jenis tak guna,malas. semua negatip lah anak jantannya tu.aku fikir,bagus juga bapak ni.kutukan keras pada anak dia depan semua mata yg ada.

"macam ni orang kamu nak kawin jadikan suami?" antara kata si bapak lelaki.tuju pada anaknya sendiri.budak perempuan terus tunduk dahi atas meja.mak ayahnya pun senyap sengap.

"belanja dia pun selalu mintak dgn saya".

kedua bakal pengantin muda belum berakal ni duduk bersanding dgn kepala masing2 di atas meja.entah apa yg di fikirkan.mungkin nak kawin juga walau apa halangan.api cinta sudah membakar dan...syok kawin ni agaknya!

lama juga lah drama keluarga ni malam tu.sampai satu part budak perempuan ni di bawa ke satu sudut lain oleh bapak budak laki2.ntah apalah bincangnya. bapak budak perempuan cuma tercegat bersama kenalannya yg ada disitu.si emak dudok menung.

aku yg tadi peluk tubuh pasang telinga beredar ke pentas .

"bro.kita ni keje.di bayar ntok main musik" kata aku pada member band lain.

"masaalah dorang..jom kita"

tok gani,kunjai dan aji pun ke pentas.aku pun strum intro "listen to the music" doobie brothers.

dlm kepala otak aku masih berlegar tentang hal keluarga tadi.sebabnya aku sendiri punya anak2

yg sebaya mereka.suami isteri yg punya latar belakang baik pun anak2 masih ada masaalah begitu.kalau pemuzik upahan macam aku ni mungkin patut juga.di mana salah ni? hmm.oh Tuhan.

sebaik habis masa aku di alang sedayu aku terus ambil upah dan bergegas pulang.dari tghari aku di situ.penat.

di rumah setelah mandi aku berehat seketika di ruamg tamu.anak2 aku yg kecil bergelimpangan tidur di ruang itu.anak perempuan sulong aku yg baru habis belajar di politeknik sultan azlan masih menonton tv, begitu juga adik perempuannya yg masih dlm darjah 6.aku pun bercerita pada mereka tentang apa yg aku saksikan di alang sedayu tadi.harapan aku mereka jadi orang yg berfikir menjaga maruah dan harga diri mereka.

kebanyakkan ibubapa letak harapan tinggi pada anak2.

berdisplin.sopan santun.beradab tinggi.pelajaran baik.

ikut apa yg ibubapa dah aturkan.tiba2 lain pulak jadinya si anak.

hancur.punah harapan.

aku ni bapa.harap aku cuma anak2 tahu menilai pengorbanan ibu dan ayah.

anak2 tahu yg mereka punya Tuhan.selain itu tak ada harapan tinggi.

selamat hari bapa.

Khamis, 18 Jun 2009

The Fly

gitu la orang kalau dah jadi no 1 dlm planet kita..
pukul lalat pun jadi tarikan berita seantero dunia.

mungkin ada yg ambil lalat malang tu lalu di awetkan
untok abadikan dlm sejarah nanti.

mungkin juga lalat malang tu di awetkan kemudian nanti jadi bahan lelongan
berharga jutaan dollar kerana di tampar oleh 'first black president of the united states of america'.mana tau?

di kalangan warga lalat pula mungkin si lalat malang itu telah mati sebagai hero.

gitu la cerita pendek 'the fly'.

Selasa, 9 Jun 2009

Sampai bila..

..isu bahasa dlm pendidikan negara ni nak sudah?
PSIM belum selesai..nah tambah satu lagi.
Semua nak bercakap
Nampak gigi dengan gusi

Kata kita dah lepas dari penjajah.
Kata kita semua dah ramai belajar tinggi.
Kata kita macam2 lagi kata yang terer2.
Kesudahannya kita dok masih meraba2
Celik tapi masih buta..

Merdeka!

Merdeka? merdeka apa ?

"Emancipate your mind from mental slavery
None but ourself can free our mind"

Redemption Song - Bob Marley.

Isnin, 8 Jun 2009

Kampong yang jauh di mata

Aku rasa dah hampir 2 minggu kita di landa jerebu.Sesak pandang aku.Sesak nafas aku.

Arrggh!



Hari khamis minggu lepas balek lah aku ke kampong, kesempatan cuti sekolah ni.Lagi pun aku memang dah berencana untok balek.Rindu aku mesti di lepaskan.

Anak yg kecil semua ikut.Anak yg paling kecil pun dah dlm darjah 1.Tak ada lagi yg kecil.Isteri pun dah letih beranak.



Lama juga aku tak balek ke kampong di Kuala Lipis.Anak2 begitu seronok, walaupun mereka tak lahir di kampong. Lahir dan besar mereka di persekitaran yg berbeza.Di kampong suasananya lain.Aku pun tak mengalakkan anak2 kecil aku dgn persekitaran kota.Adalah sekali sekala aku bawa mereka ke CM atau naik monorel.Aku tak bawa mereka ke Petronas,Times Sq ke, Bukit Bintang ke,Bangsar ke,Sunway Lagoon ke.Mereka lebih kerap aku bawa ke hutan kayu dari ke hutan batu.



Sebenarnya, di kampong aku hampir tak punya apa2 lagi.Cuma ada kubor ibu ku.Ibu dan bapa saudara pun semakin tua dan beransur pergi.Adek beradek sepupu pun ramai dah bermastautin di tempat lain.Ada juga yg masih tinggal berhampiran tapi tak ramai.Sayu aku .



Dari Gombak ke Kuala Lipis berkereta cuma ambil 3 jam saja.Itu kalau pandu dlm 90 ke 100 kilometer sejam dan jalan tak sesak.Hari tu kenderaan agak banyak menghala ke Pahang.Aku yg tak suka memandu dgn jalan sesak membelok simpang ke Fraser Hill selepas bandar Bentong.Lama juga aku tak lalu jalan lama tu.Tenang memandu kerana tak banyak kereta lalu jalan tu.Pemandangannya pun lama aku tak kecap.Masih begitu.Cuma sepanjang jalan tu aku lihat betapa semua dusun buah2an terutamanya durian di punyai oleh kebanyakkan orang cina.Mungkin ada juga kepunyaan melayu.Yang pastinya tak banyak.Oh tanah air ku.

Sampai di simpang Tras, aku memerhatikan rumah kedai cina yg begitu lama masih lagi tersergam dan masih di diami.Memang klasik.Terasa betul aku berada di sekitar tahun 60an di situ.Nak rakam kamera pulak tak ada bateri.Cheh!
Selepas simpang itu, melalui pula jalan sempit pekan Tras.Pekan kecil yg di diami orang cina.Bangunan rumah kedai lama masih begitu.Klasik.Banyak yg masih di diami.Membuat aku berfikir, apa agaknya perkerjaan mereka yg diam di situ.Macamana orang cina di situ menjalankan ekonomi dan kekal kehidupan di pekan kecil itu . Boleh kah keadaan di situ terus begitu?.Maju tidak mundur pun tidak.Kehidupan yg biasa terus berjalan.Generasi ke generasi.

Sampai aku di kampong, biasanya aku ke rumah Pakndok Mail.Adek pada mak aku.Pandak aku berada di Temerloh berehat di rumah anaknya setelah beberapa hari di hospital Temerloh.
Aku terus saja kubur ibu.tak berapa jauh dari rumah pakndak.Aku dan anak isteri di kubor berdoa dan membaca surah.Bersihkan pusara ibu yg agak semak sedikit.Di situ juga pusara datok dan wan juga adek beradek ibu yg sudah pergi.

Allahuakbar! Allaahuakbarr! Asyhaduanlaa ilaaha ill Allaaah...

Azan zohor berkumandang dari surau kampong Balik Gua cuma di depan perkuburan saja letaknya.Aku pun ke surau dgn anak lelaki aku untok solat zohor.Imamnya bekas tok empat Bustamam.Makmum tempatan dua orang tua yg aku kenal campur aku dan 2 orang anak aku.Bersolat lah kami di surau kampong yg sepi itu.Seusai solat kami bersalaman mesra bertanya kabar.Setelah itu aku pun beredar melalui jalan kampong yg sepi.Singgah sebentar melihat sayu dari jauh rumah wan aku yg sudah tak berpenghuni lagi.

Dulunya rumah itu begitu berseri.Di kelilingi sawah hijau.Kuning bila tiba musim tuai.Di situlah kami berkumpul.Aku masih ingat adek beradek ibu ku menampi padi.Menumbuk padi dalam alu menjadi emping.Emping di gaul bersama kelapa.Masin manis rasanya.Di hidang kami kopi kampong yg panas.Waktu makan pula lauknya cuma ikan masin goreng berkuahkan gulai tempoyak ubi kayu,sambal garam dan ulam jering semai.Mewah sedikit kalau ada daging kancil di masak lemak cili padi.Waktu tidurnya kami bergelimpangan di ruangan tamu yg kecil itu.Bangun pagi cuma mandi di tepi paya yg air nya jernih sejuk dan segar.Berlalu sudah kehidupan itu.Sawah sudah berpuluh tahun menjadi semak.Siapa lagi yg mahu bersawah ladang di situ.Ramai juga keluarga yg dulu punya kehidupan di situ pergi meninggalkan tanah dan rumah pergi ke tempat lain.Cuma tinggal beberapa keluarga yg masih di situ.Tapi ada juga yg mendirikan rumah batu.Kelihatan macam baru di bina.Mungkin mereka anak2 pada orang kampong yg masih kekal dan masih mahu meneruskan kehidupan di situ.Tak mungkin pendatang asing.

Aku terus meninggalkan kampong ibu di tepi batu gua itu.Singgah aku ke rumah chu Yah di kg Beralas dekat Padang Tengku.Chu Yah adek bongsu kepada bapak aku.Bapak aku ada lima orang adek beradek.Bapak aku yg sulong.Chu Yah yang bongsu.Cuma mereka berdua yg masih hayat.
Waktu mudanya Chu Yah berkerja di Kuala Lumpur.Puluhan tahun Chu Yah berkerja di kilang rokok Rothman di Petaling Jaya.Bersara Chu Yah pun di kilang Rothman itu.Chu Yah tak pernah bercita2 memiliki rumah atau tinggal kekal di Kuala Lumpur.Tok Seman, bapak pada bapak aku punya bidang tanah yg agak luas.Ada juga berekar tanah di beberapa tempat berdekatan.Tapi semuanya habis di jual oleh anak2nya.Tanah di jual dan mereka berhijrah ke tempat lain.Kecuali Chu Yah aku.Tanah yg di wariskan padanya terus kekal.Bidang tanah itu pun tak lah sebesar mana.Setelah bersara chu Yah pun pulang ke kampong mendirikan rumah di situ.Kehidupan chu Yah dulunya agak penuh ranjau berliku.Setelah mendirikan rumahtangga bersama sepupunya juga.Chu cuma punya saorang anak lelaki.Malang rumahtangga Chu Yah tak kekal.Setelah bercerai Chu Yah rela kekal menjanda.Walau ada yang mahu mengambil Chu Yah jadi isteri.Chu Yah jadi fobia untok bersuami lagi.Di situ lah Chu Yah aku.Bersama anaknya yg juga tinggal bersama.
Sesampai aku di pintu rumah Chu Yah.Aku dan dan isteri di sambut dgn tangis.Kami berpelukan.Hiba aku.Kasihan aku lihat Chu Yah.Saling tak tumpah emaknya ia itu Wan Sendik.Wan Sendik yg dulunya menguruskah aku yg baru lahir.Chu Yah begitu kurus.Sebenarnya zahir dan batin Chu Yah begitu lama menderita.Sejak dari zaman mudanya lagi Chu Yah aku derita.Hanya Tuhan yg tahu.Aku juga tahu.Aku tahu sebab aku dan Chu Yah besar dan lama di Kuala Lumpur.Kami lama 'blues' di sini.Di Kuala Lumpur.
Aku sedih kerana Chu Yah yg punyai ramai anak saudara.Anak pada abang dan kakaknya sangat jarang sekali datang menjengok atau bertanya kabar.Ramai anak saudara Chu Yah punya kehidupan yg baik.Ada yg kaya.Tapi mereka terlalu sibuk.Sibuk dengn kehidupan mereka.Sedang waktu dulunya di Kuala Lumpur, Chu Yah mereka inilah yg jadi tempat mereka mengadu nasib.Rumah sewa Chu Yah yg umpama rumah sewa Mak Minah petpot petpot dlm filem P.Ramlee "Masam Masam Manis" itulah tempat mereka menumpang.Hari ini mereka sudah senang.Chu Yah pun jauh dari ingatan.
Alhamdulillah.Walau begitu kudrat Chu Yah masih kuat berlegar di sekitar rumahnya.Menjaga cucunya.Chu Yah memang sayang pada anak2.Apatah lagi cucunya.
Lama juga aku di rumah Chu Yah hari tu.Sempat juga kami di bekal sebiji nangka yg kebetulan gugur juga buah salak yg di tanam di halaman rumah.
Rumah Chu Yah aku tinggalkan dgn berniat aku akan kerap pulang melihat Chu Yah yang semakin di mamah usia.Sedang aku pun begitu juga.

Perjalanan ke kampong isteri di Merapoh melihatkan banyak kenderaan dari arah bertentangan terutama lori balak.Aku agak hairan kenapa.Rupanya lori2 balak ini memunggah batang balak yg sudah di tebang bagi laluan membina laluan baru dari kg Relong ke Gua Musang.Elok juga fikir aku.Jalan yg ada sekarang memang sudah tak mampu menampong laluan trafik yg semakin sesak.Kesesakan lebih terok berlaku bila tiba musim cuti terutama di hari perayaan.Dengan adanya laluan baru ini nanti maka harapan perjalanan ke utara Lipis dan Kelantan jadi lebih selesa dan lebih selamat.

Dua hari kami di Merapoh.Sempat aku ke Cegar Perah pergi melawat keluarga emak saudara tapi sayang mereka tiada di rumah.Pergi pula aku bersama anak2 ke sg Relau melihat saudara2 rimba.

Hari sabtu aku pulang ke Kuala Lumpur.Hari ahad aku berdendang blues di rimba Alang Sedayu dgn hanya token RM50.Alhamdulillah.Isnin aku malas ke tempat kerja.Hari ni selasa aku keluar ke tempat kerja dgn keadaan masih berjerebu.

Arrghh!

Sesak pandang aku.Sesak nafas aku.

Oh Tuhan.Kalau lah ada benda yg aku boleh buat di kampong...

Pasti lebih baik aku ke kampong.