Ahad, 17 Januari 2010

Kencing kawasan.


Hummphh...fuh! fuh! ish beraboknya ruang blog aku nih.Hmm.


Aku bukan penulis.Idea pun kurang.Jadi begitu le.Cuma bila jari jari berkurap ni rasa gatal nak catat ..maka ada ceritanya skit.


Tajuk Kencing kawasan bukan apa...maksud bodohnya..'territorial pissing'.Macam binatang singa harimau..kucing ke..akan tandakan kawasan yg di kuasai dgn mengharumkannya dgn kencing.Kucing lain jangan nak kacau tempat dia.Itu la kawasan dia.Bau kencing dia.


Manusia pun mcm tu juga.Territorial.Tapi kawasan rumah je lah.Tempat awam mana boleh kita kata kita punya.Nak kena seligi dgn polis..buat lah.Habis, apanya tajuk kencing kawasan ni?


Bukan apa..selama 2 bulan..dekat 2 bulan aku tak ke CM.Busking.Siang Ahad tadi laratkan diri aku.Ruang keramat tu macam tu lah.Busker tak ada ..tak jadi apa pun.Bukan ada sesapa nak jerit mberontak.."Busker! busking!...kami mahu busker busking!".Orang duduk dan lalu lalang juga.Cuma kalo ada kelibat si busker tercegat dgn gitar tersandang..maka akan mula ada lebeh beberapa orang mula duduk dgn harapan dapat di hibur dgn alun gitar dan nyanyian.Musik memang menarik. Itu lah kuasa nya.Mengumpulkan orang.


Orang boleh di katakan ramai juga hari ni.Busker cuma aku saja.Tak mcm hujung minggu selalunya.Busker berebut tunggu giliran nak busking.Hingga kekadang timbul rasa kurang senang.Pernah juga satu ketika dulu, sampai ada yg 'bertendang terbang'..kes tak puas hati.


Sekarang mungkin tak lagi.Buskers sekarang dah jadi 'barangan berharga'.Tempat2 tumpuan ramai,gedung2 dah mula nampak 'value' pada buskers.Tempat2 khas mula di sediakan.Token yg agak baik di bayar.Tuan punya permis tahu, buskers memang jadi tumpuan.Satu perkembangan yg baik.Jadi buskers boleh bergiat secara aman tanpa gangguan dari mana pihak berkuasa.


Cuma nasihat aku pada kawan2 jalanan seperjuangan.Masa berubah.Hidup mcm roller coaster...hujan pasti berhenti...dan kemudian akan hujan lagi.Gunakan ruang baik yg di beri.Polish up your act.

Macam yg aku selalu tulis dlm ruang yg sudah.Busking ini profesion.Kita yg pilih mahu begini.Jadi kalau kita mahu jadikan cara kita cari rezeki di pandang baik di mata lain,kita tunjukkan yg baik.. yg terbaik.Jgn sambil lewa.Ini kerana pengalaman di ruang keramat CM itu aku perhatikan.Sikap atau kata2 yg berbunyi "...CM ni aku praktis je.." atau " ..aku busking ni ..practis saja.."..ini sikap sambil lewa .Hisap rokok...berhenti jawab telefon.Ini lah antara yg memberikan gambaran negatif pada orang yg menonton persembahan jalanan kamu.Kitalah yg bertanggung jawab pada reputasi diri sendiri.Kalau kita buat bagus...bagus lah kita.Kalau sebalik..jangan pula menuding jari pada orang lain.Syak begitu begini.


Kita juga adalah seniman.Walaupun bukan nama besar tapi seniman juga.Di kenali juga.Jadi jagalah reputasi diri.Apa ini tidak positif? Fikirkan.


Busking ini kerja.Kita di bayar.Bayangkan sendiri.Wang di perolehi di gunakan untok diri dan famili.Jadi berkerjalah dgn sebaiknya untok hasilnya.Tak kira lah dimana.


Ruang busking keramat CM di hadapan kolej itu bagi aku begitu bermakna.Di situ lah ramai anak muda mencuba nasib menjadi penyanyi.Hingga ada yg pernah ke rancangan tv.Di ingatkan, di situlah kita semua bermula dan mencuba nasib.Memang tak jadi kaya.Tapi ramai kita mampu bertahan di Kota Sampahsarap ini.Boleh menyambung kehidupan.Di situ lah mulanya.Jadi jangan lah lupa.
Ada kawan2 yg mengatakan aku sebagai busker berjaya.Macam usahawan atau petani berjaya pulak bunyinya.Hanya kerana punya koleksi gitar yg bermacam ,beberapa amp dan alatan PA.Terima kaseh kerana menganggap begitu.Tapi bagi aku biasa saja.Tak ada apa yg nak di bangga atau di jayakan.Memang aku suka punya barangan untok perlu aku berbuat perkara yg aku suka.Di rumah pun begitu.Apa yg asas, aku mesti ada.

Ada beberapa kawan yg karier muzik mereka aku kira okay sekarang.Dulunya bermula sebagai busker di jln Kasturi itu..kini pandang sepi tempat dimana mereka bermula dulu.Lupa mereka tempat jatuh dan bermainnya dulu.Tak patut begitu.Jangan lupa diri.Apa salah kalau datang sesekali busking di situ.Malu? kerana muka dah keluar tv atau mungkin..Melayu kot?.Ahh.Melayu..
Mungkin mereka tak berfikir semana aku berfikir.Busking..busking saja.Apa yg nak di nostalgiakan.Mungkin.Tak jadi apa2 makna.

Siang tadi sebelum mula tugas di tempat keramat itu..aku di sapa oleh seorang seniman...Selamat Asrin.Begitu lah dia.Cuma rambutnya begitu 'dread' sekali.Itu pilihan dia.

Tanya aku, tidak busking hari ni?..maka mendengar lah aku rungut2 si Selamat.Aku faham..dan tak ingin melanjutkan lagi rungutnya.


"Dah makan..?"


"Belanja minum aje la.." Cepat pick up Selamat.


"Minum teh ais" seringai si Selamat.


"Teh ais berapa?"


"Seinggit mpat posen.." seringai Selamat mati.Selamat beredar ke tujuan dan hajatnya untok nikmat segelas teh ais . Meninggalkan aku dgn rm2.00 dlm genggamannya.


Tak boleh kaya busking kat sini.Itu lah yg di runggutkan Selamat Asrin.Apa apa aje lah.

Mungkin esok lusa kita akan nampak juga Selamat Asrin dgn gayanya di ruang jln Kasturi.

Ini Kuala Lumpur.


Aku pun mulakan tugas aku sebagai seniman jalanan lewat tengahari itu.Ramai mula singgah duduk di ruang keramat itu.Ada beberapa orang mencuri rakam gambar.Pelancong luar rambut perang antaranya, sambil beri 'thump up' dan tip sebelum beredar.


Ya.Memang tak boleh kaya.Mustahil boleh kaya.Tapi pasti...mengembirakan.Koleksi tip hari ni cukup untok belanja poket anak2 ke sekolah.


Hari ini aku telah kembali ke kawasan kencing aku.Dan aku tinggalkan keharuman aku.

Ahad, 27 Disember 2009

Buskers @ Rock The World 9 Bukit Jalil



Event Rock The World ada lah antara banyak acara yg menutup tirai tahun 2009 di Kuala Lumpur.Berlansung pada 26/12/2009 di ruang letak kereta Stadium Bukit Jalil.



Beza event Rock The World tahun ini agak lain sedikit kerana penganjur memberi sedikit ruang pada 'muzik jalanan'.Terima kasih dan tahniah di ucapkan pada penganjur kerana keterbukaan mereka pada persembahan muzik genre kami.Muzik jalanan.






2 bulan sebelum itu, aku di hubungi oleh David dari Fatboys Record selaku wakil penganjur.Aku di beritahu samada berminat untok mengambil bahagian busking di program itu nanti.Aku terus terima saja undangan itu.David juga meminta samada aku boleh menghubungi bebrapa lagi busker atau pemuzik yg berminat untok ambil bahagian.Meor,Nik dan beberapa orang lagi kawan2 yg biasa di jalanan berminat.Nama mereka aku syorkan pada penganjur.




Walaupun ada sesetengah pihak dlm masyarakat kita masih melihat sepi pada seni muzik jalanan.Aktiviti buskers di terima secara positif pula oleh sesetengah pihak lain.Mereka yg melihat nilai komersial yg boleh di sumbang oleh kami pengiat seni jalanan.Umpamanya Meor dan Nik di beri ruang dan juga peralatan berbusking oleh pihak pengurusan KTM di ruang KL Sentral.Aku pula sudah hampir 4 tahun di ruang seni di bazaar malam Downtown.




Yang penting di sini ialah, buskers mesti tekad dlm dan punya jati diri.Kita mesti punya cara fikir yg positif.Halangan yg ada hanyalah mengajar dan menjadikan kita kenal erti tabah.




Buskers bukan ingin menjadi artis glamer.Kami lebih senang bergiat saperti yg telah kami lakukan selama ini.Bebas tanpa terikat pada syarat itu dan ini.Tak perlu handsome..muda atau tua.Perlu cuma bakat dan komitmen saja.Kalau ada yg mahu menuju ke pentas glamer melalui ruang seni jalanan, tiada pula salahnya.




Hari itu di acara Rock The World, ruang busker tak kurang hebatnya.Walaupun peralatan bunyi kami tak mampu tanding dgn sistem bunyi 3 pentas yg ada, tapi buskers masih mampu menarik anak2 muda yg sukakan muzik dan cara kami.Ini ada lah kerana buskers punya semangat kental dan juga cara persembahan yg baik.




Aku,Meor,Nik juga beberapa orang buskers muda yg baru aku kenali bernama Ali,Rahman,Saiful dan juga kumpulan bernama Goodbye 20th Century membuat persembahan secara busking.Hujan lebat yg turun hari itu tidak mematahkan semangat.Kami terus bermain di bawah kemah yg sedia ada dan anak2 muda yg haus muzik terus terhibur dan gembira.Persembahan pentas pula terpaksa berhenti kerana cuaca basah menganggu peralatan sistem bunyi dan bekalan elektrik.




Syabas buskers!

Selasa, 22 Disember 2009

Di Malam Anugerah Buku Malaysia

Satu hari, suami pada kenalan di tempat kerja lama aku, talipon aku .Aziz namanya.Ada job bermain set akustik yg simple di majlis anjuran kementerian pelajaran katanya.Bajet kecil saja.
Rm250 untok bermain live akustik selama 45 minit.Boleh lah.Aku suka job function sebegini.Tempoh masa pendek,bayar lebih.Biasanya kalau di pub atau di downtown,main 3 set, 1 set 45 minit,bayar rm150.

Lewat petang 22hb semalam sebaik pulang kerja,memandulah aku ke hotel seri pacific yang bersebelahan PWTC.Itu pertama kali ke bangunan punya UMNO itu.Betul.Aku memang tak pernah lalu masok kesitu.Rasanya lebih 20 tahun bangunan keramat itu dah terpacak di situ.Aku tak pernah ada urusan di situ.Aa? tengok perhimpunan UMNO?...banyak kerja lain aku boleh buat.

Bila aku lewat ke situ,betapa aku lihat keadaannya (sekadar yg aku boleh nampak) agak suram, macam bangunan tak terurus.Hmm.Indah kabar dari rupa...UMNO ni.Melayu..melayu.

Aku park van aku di besmen aras 1.Berjalan lah aku terhincut hincut bertongkat ke arah hotel seri pacific yg bersebelah bangunan UMNO tu.Anak lelaki aku bawa bersama bagi menolong mengangkat beg dan gitar.Kaki aku masih sakit.Demi kerja dan rezeki, jadi aku mesti teruskan.

Sampai di ruang legar tamu di mana majlis akan berlansung, aku lihat ramai lah para tamu,dev2 jemputan berdiri berbual berlegar di situ.Majlis Anugerah Buku Malaysia.Begitu lah perkataan yg tertera.Kami pun menuju ke pentas majlis untok buat set up.Ada beberapa wajah yg aku kenal di situ.Antaranya saudara Yusof Gajah.Kami bersalaman.Di meja lain kelihatan Pak Engku Aziz dgn isterinya,Puan Azzah.Mereka adalah antara menghasilkan buku2 mereka dan penerima anugerah.Kebanyakkan yg berada di majlis itu adalah para cendikiawan dan pejuang2 bahasa melayu.Jadi ianya bukan lah majlis tari2 dan nyanyi2 yg gemerlapan.Aku pun tak menjangka.Seorang saja muka yg aku kenal dan selalu menguruskan konsert2 besar tanah air, ia itu brader Ali Bakar pengurus Box Office.Ada juga dia di majlis itu.Mungkin sebagai jemputan agaknya.

Majlis bermula dgn ucapan oleh timbalan menteri pelajaran Dato Puad Zarkashi.Di susuli dgn beberapa ucapan oleh orang2 penting dlm sastera dan pembelajaran negara.Sebaik mereka habis berucap, majlis makan pun bermula. Aku dan Aziz naik ke pentas untok buat persembahan untok majlis itu.

"Berita Kepada Kawan" adalah lagu yg aku mula nyanyikan.Suasana agak diam ketika kami mainkan lagu itu hingga habis.Sebaik habis aku menyanyi pun suasana diam juga.Tak ada tepuk tak ada sorak.Diam saja.Bunyi sudu berlaga pinggan saja kedengaran.Maklum mereka sedang makan.Nak tepuk sorak apa.Sistem bunyi di ballroom hotel itu pun kurang baik.Maklum hotel UMNO.Kami terus pula dgn "Widuri" dan lagu2 yg sesuai majlis.Sehingga kami habis buat persembahan, kedengaran lah juga tepukan2 kecil dari celah2 para tamu sebagai tanda penghargaan.Tapi aku tak peduli perihal tepuk ke tidak.Aku tahu malam itu aku mesti terima rm250.Rezeki.Boleh lah aku bawa balik satay 50 cucok bagi bini dan anak2 aku makan.Baru rm35.

Andai kata David Arumugam yg menyanyi di majlis itu malam itu, David Arumugam pun fikir 2 kali nak sebut "Immaaseeyyy!!"

Isnin, 21 Disember 2009

Sakit..

ianya ada lah satu pengajaran dlm mengenal erti hidup.



Kita manusia,begitu lah keadaan.Syukur pada tuhan yg beri kita hidup & sihat,rezeki & harta,isteri & anak2.Gembirakan kita semua tu.Tapi bila di timpa musibah, berapa antara kita masih boleh bersyukur.Susah juga nak cakap.



Nabi Ayub alaihi salam menderita sakit puluhan tahun lamanya.Rayunya pada tuhan,ambil segala yg ada darinya kalau begitu takdir,tapi tinggalkan lidah ini supaya boleh terus berzikir dan memuji menyebut nama tuhan.



Firaun pula,di percayai hidup puluhan atau hampir ratusan tahun tanpa sakit.Dgn keadaan itu menjadikan dia angkuh pula.ana rabbuka katanya pada orang bawahan.Pada hal bukan apa sangat.Firaun punya ramai pakar2 atau pinjam kata hari ni,specialist2 dlm bidang perubatan.Pakar2 itu semua di kerah menjaga kesihatan firaun.Begitulah kalau dah berkuasa atau kaya raya.Petik jari saja.Tapi tuhan lah yg lebih dari segalanya.



Jauh taraf sabar kita dgn nabi ayub.Nak taraf sihat macam firaun? tak payah lah.



Kita terima apa saja yg datang.



Aku sakit cuma hampir sebulan saja.Bermula dari sakit pinggang biasa melarat ke seluruh kaki kanan.Dari bahagian pinggul ke betis.Sakit bila berjalan.Selama tu tak lah aku terlantar di rumah.Tangan kiri aku masih mampu pegang gitar, tangan kanan masih mampu petik talinya.Suara aku masih mampu menyanyi.Nikmat ini masih ada.Jadi aku kuatkan juga keluar busking .Teringin juga ke cm...busking berdiri dgn kaki topang.Mungkin boleh juga terbitkan rasa simpati pegawai dbkl kiranya mereka hendak menghalau.Aku dah kira masok dalam kategori OKU.Naik transport awam pun boleh dpt tambang kurang 25 %.Tapi kalau aku busking juga dgn kaki tambahan ni, bukan niat aku tagih simpati.Kalau aku busking begitu kerana aku suka.



Usia aku dah 50 tahun.Boleh dikatakan selalunya berada dlm kesihatan yg baik.Cuma ketika berumor 19 tahun, aku kena 'jaundice'.Deman kuning.Penyakit yang berhubung dgn masaalah bahagian limpa.Tu kira serious juga.Aku di rawat di hospital dan sembuh juga.Selain itu, kesihatan aku bagus.Jadi,apalah sangat dgn sakit yg sedikit ini.Aku terima saja sebagai pengajaran atau peringatan dari tuhan.Tapi kita kena jaga kesihatan tubuh badan.Itu penting.



Berada dlm kesihatan tubuh badan dan dapat melakukan aktiviti kita adalah lebih baik dari berada dalam kesakitan yg menghadkan pergerakan atau terlantar.Fikirkan dan bersyukurlah dgn nikmat anugerah kesihatan yg baik.



Kita makhluk 'fragile'.Dari tuhan segalanya datang dan kepadanya juga akan kembali.

Khamis, 19 November 2009

PASSION maknanya...

berahi atau bersungguh..boleh juga bermakna dgn 'begitu komited'.committ.committment.

doing it with full of passion.

ada kita memancing dgn penuh kesungguhan.meredah hutan dan sungai,paya dan lubok.
ada kita dgn kamera menembak suasana kehidupan..di abadikan dlm shot2 yg begitu seninya.
ada kita mengejar betina dan perempuan demi nafsu gila kita.macam2 lagi lah.semua di dorong atas rasa berahi melakukannya.penuh kesungguhan.hati puas kemudiannya dan mahu lagi.

bagi aku, bernyanyi dan bergitar, itu passion aku.bukan untok apa pun.hingga pada ketika aku tak sedar pun antara yg melihat aku tu ialah saudara sedarah aku yg lama tak bertemu.begitu lah asyiknya.aku hanya suka bernyanyi dan bermain gitar.blues.

sampai juga ke telinga yg aku umpama orang bodoh.berbelanja membeli alatan sekadar untok bermain di jalanan.tapi itu lah aku.di situ lah kesungguhan aku.aku tak hipokrit.

jauh di sudut hati aku, aku harap apa yg aku buat dpt di terima .ya, memang susah melakukan.aku tahu masih begitu ramai peminat muzik tak dapat menerima pemuzik bermuzik di jalanan.pernah aku dudok di kalangan mereka, tapi bila bercerita tentang perihal busking..mereka seolah hilang minat.leceh kelihatannya.ah..

takpa lah.aku terus juga.aku dah set dan aku pun tak kisah.biarlah kalau tak ada yg mahu faham.aku pun bukan mahu bikin orang 'impress' dgn apa yg aku buat.tapi kalau ada yg menghargai..aku pun menghargai mereka.kawan.senyum.peace and love.

cuma sejak kebelakangan ni keadaan aku sangat menghalang aktiviti muzik aku.sakit belakang yg aku hidapi begitu menyakitkan melarat ke bahagian kaki.susah berdiri dan berjalan.sampai terpaksa guna 'crutches'..parah juga.tapi dalam keadaan sakit begitu..aku daya juga ke salah satu tempat aku bermain .nasib juga anak lelaki boleh menghantar aku ke situ.

sampai bila aku terus begini?

jawabnya nya..selagi aku mahu..selagi aku mampu..selagi aku suka..selagi aku daya.

kau peduli apa?

till then, if i have to walk alone..i'll walk..

with passion : )

Rabu, 11 November 2009

percubaan pertama..


setelah bertahun tahun lamanya tak lukis katun...



cuma guna 'paint' dlm program windows : )

Ahad, 8 November 2009

Busking jalanan terus terpinggir dan tergugat.






Pada n3 yg lepas,aku menceritakan tentang busking di jalan hang kasturi.kali ni aku menyambung lagi keadaan di situ, di mana kami buskers, berseni seadanya, berseni cara kami.


Oleh kerana cuaca sering hujan di waktu petang sejak beberapa minggu kebelakang ini,maka selama itu juga aku tak berkesempatan turun ke jalan hang kasturi untok busking.ada beberapa hal keluarga yg mesti didahulukan, juga menghalang.

Hari ahad 8/11.2009 baru ni berkesempatanlah aku turun busking.hari tu hujan juga tapi tak lah hingga ke petang. Cuaca panas selepas hujan memberi semangat hari itu.


Sebaik sampai di tempat keramat busking, pandangan aku di sambut oleh kehadirin sebuah trak pengangkut dbkl, terpogok di tengah laluan pejalan kaki itu.peniaga minuman & makanan dan penjual kecilan lansung tak kelihatan.dlam benak aku tentunya kehadiran penguatkuasa dbkl yg membuat peniaga kecilan ini semua menghilang.mereka penguatkuasa dgn peniaga2 ni selalu main kejar kejar.tapi hari ini keadaan agak berlainan.


Kelibat kawan2 busker lain juga tak kelihatan hari tu.nik atau syed yg kebiasaannya ada waktu begitu, juga tidak kelihatan.mungkin mereka ada urusan di tempat lain.maka aku pun busking lah bersorangan hari itu.trak penguatkuasa di hujung sana aku di sebelah sini.masing2 dgn urusan masing2.ramai orang yg berhenti menonton hari itu.berbeza juga pada kebiasaanya,penonton hari itu berdiri hampir sekeliling tempat aku berdiri dan bernyanyi.teringat aku waktu saperti arwah busker sidek dahulu, begitu lah keadaannya.sumbangan pun agak baik.memang aku tak pergi keliling buat 'porter'.aku cuma 'porter' dgn kata2 atau celoteh2 aku selepas bernyanyi.aku nampak ada tindak balasnya.


Lama juga aku busking bersorangan hingga syed pun muncul.aku dah agak letih ketika tu.maklum cuaca panas.tak berapa lama syed bermain, aku nampak dari jauh trak dbkl yg dari tadi terpogok di hujung sana bergerak perlahan dan berhenti betul2 di hadapan ruang kami.aku dan syed terus terlindung dari orang ramai yg menonton.kami agak kecewa berhadapan keadaan itu lalu kami terpaksa berhenti.kedengaran beberapa orang dari kalangan orang yg menonton tadi melaungkan kata2 yg tak berapa jelas.tak apalah,mungkin rezeki hari itu.
lagi pun,itulah hakikat kehidupan di jalanan.kawan aku syed merungut kecewa sambil menyindir petugas dbkl yg berdiri berhampiran.
pegawai dbkl yg aku jangka hampir pencen itu meghampiri kami.alasan nya aktiviti di situ mendapat rungutan dari orang ramai.setelah hampir 30 tahun seni jalanan berjalan di situ maka baru hari itu rungutan orang ramai mendapat layanan dbkl.orang ramai tak pernah merungut atau komplain tentang betapa jalan hang kasturi itu kotor dgn sampah sarap.setelah mendapat sindiran pedas dari syed maka pegawai hampir pencen itu menjelaskan dia hanya menjalankan tugas atas komplain orang ramai.ya, memang betul.mereka hanya menjalankan tugas.tiada gunanya kita bertaki dgn tindakkan mereka.


aku tak gusar.selama aku busking hujung minggu di jalan hang kasturi,itulah pertama aku berhadapan dgn keadaan demikian.biasanya penguatkuasa dbkl tidak pernah menghalang kegiatan seni jalanan ini.mesti lah ada sebab2 tertentu sekarang mereka melibatkan juga kegiatan sini jalanan dlm 'operasi bersih' mereka.irama2 dan bunyi2an dari alunan lagu2 yg kami dendankan pun jadi saperti sampah sarap pada hari itu.


aku di beritahu oleh pegawai yg bertugas, dbkl sebenarnya juga mempunyai pegawai unit matagelap mereka yg mengawasi sekitar kawasan itu.mereka sedar tentang kehadiran penjual2 kecilan yg semakin hari bertambah ramai dan mencacatkan pemandangan awam disitu.mereka juga tahu akan kegiatan seni jalanan di situ.ada buskers yg busking sambil menyelitkan unsur politik yg sememang tidak di senangi oleh mereka.


Bagi aku yg sudah lama berbusking ini, buskers sebaiknya jgn berpolitik di ruang busking itu.ianya tidak memberi kebaikan lansung pada kegiatan yg sudah berjalan selama ini.busking saja lah dgn yg sepatutnya.mainkan saja lagu yg memberi mesej tanpa menyentuh mana2 pihak atau lagu2 biasa saja. santai berhibur begitu.relaks dan damai.ada ruang lain kalau kita mahu menyanyi,berseni sambil berpolitik.tidak semua yg menonton bersetuju dgn apa yg kita mesejkan.mereka manusia yg punya cara fikir mereka sendiri.
Dari apa yg di beritahu oleh pegawai yg bertugas,aku rasa memang sedikit sebanyak ada impaknya pada scene busking selama ini.yg ruginya hanya kita.setelah sekian lama ruang itu kita jadikan ruang merehatkan minda, kini tergugat.bagi kawan2 busker yg demikian, mereka mungkin boleh ketempat tempat lain yg di sediakan atau di anjurkan oleh rakan2 sealiran,tapi bagi yg tidak punya pilihan,yg suka bertumpu di ruang lama itu, tentu tergugat.
Lihat saja gambar yg aku rakam setelah kami terpaksa berhenti.keadaan yg tidak ceria dan lengang.hanya trak yg hodoh terpogok di ruang itu.waktu hanya baru jam 5 petang.


harap kita dapt kembali ke jalan itu. berseni tanpa gangguan.saperti biasanya.kembalikan ceria dlm hidup ini.