Umor 50 ni agak berbeza sikit.Antara yg buat aku rasa bezanya ialah,lepas tarikh itu,aku dah layak ambil duit EPF dari akaun ke 2.Gelak.Wei..kaya la sekejap.Tapi tak leh enjoy beb.Ada la untok projek hari tua .
50 tahun.Tuhan telah memberi izin ruang hayatNya pada aku selama itu.Cepat betul aku rasa.Tau tau aku dah tua . Hampir pada satu perhentian.Tapi aku rasa tak ada apa pun yg aku berikan kembali kepadaNya.
Layak ke aku bergelar hambaNya?
Layak ke aku ke Syorga abadi yg di janjikan ?
Apa adakah redhaNya dalam hidup aku?.
Dalam nota yg sebelum ini, 'The Loner Pt.2', aku ada sebut bahawa aku jemu dgn musik.Aku di selimut bosan.Masa tu dlm pertengahan tahun 80an.Usia aku dlm pertengahan 20an.Aku masih lagi berkerja di syarikat perladangan. Boss2 mat salleh banyak pulang ke England.Ada yg pergi ke Papua New Guinea dan Indonesia .Mengurus ladang2 di sana pula.Pengurusan syarikat perladangan terbesar di negara ini di ambilalih oleh perbadanan kerajaan.PNB.Pengurusan orang melayu.
Masa tu Dr.Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.Terkenal dia dgn dasarnya yg anti inggeris.Dr.Mahathir introduce dasar 'Buy British Last'.Makna jgn pandang bangsa Eropah lagi.Di canang pula dasar Pandang Ke Timur.Contohi dayamaju orang Jepun.
Orang putih terpaksa angkat kaki.Hasil bumi tidak boleh lagi di hantar balek ke Britain.Ianya hak anak bangsa tanah ini.Begitulah semangat yg ditiup bagi meng'iya'kan tindak tanduk orang bijakpandai dari kalangan pemimpin melayu .
Dasar anti inggeris ni, aku rasa bukan atas dasar benci penjajah British pun.Mungkin ada lah sebab2 lain .Ekonomi ke apa.Jangan temberang lah kalau kata benci orang putih.Masih ramai orang kita bangga betul kalau dapat pergi ke Britain atau negara2 yg sejenisnya.Bila cuti, mesti nak ke sana.Anakcucu pun kalau boleh, kawin dgn Mat Saleh juga.Benci apa?.
Aku yg pernah berkerja dgn pengurusan orang putih dapat melihat dan merasakan bagaimana perbezaan antara orang putih dgn bangsa sendiri.Bangsa Melayu ni.
Terang cakap.Orang putih ni walau mereka ada lah penjajah tapi dari segi cara berkebajikan, mereka bagus. Pengurusan mereka cekap.Datuk dan bapak aku dulu pun berkerja dgn orang putih.Di sebuah ladang kepunyaan Tuan Marsh.Orang England. Berhampiran kampung kami bernama Padang Tengku.Mereka selalu bercerita tentang kebaikan orang putih tu.
Ramai pemimpin orang melayu ,kata benci penjajah.Tapi cara mereka lain cerita.Lagak gaya mereka macam orang putih.Tapi mereka kengkang.Ada juga yg mahu di panggil 'tuan'.Cara pengurusan kucar kacir.Politik dalaman banyak.Banyak bersebab kalau untok kebajikan pekerja.Peluang untok kaya hanya menjurus kepada kaum kerabat dan kroni .Bila bercakap,semua untok rakyat.Ini lah bangsa kita.Bangsa yg benci penjajah tapi menjajah bangsa sendiri.Pemikiran terus terjajah cara lain pulak.
Memang di peringkat awal pejuangan memerdekakan Tanah Melayu di pelopori oleh mereka yg cintakan bangsa dan tanah ini.Tapi adat naluri manusia di mana saja,bila sudah di buai kebendaan yg di jana oleh kemajuan.Pejuangan hanya alat bagi tujuan yg kita sedia maklum.
Ok lah.Ini bukan nak cerita politik.Nanti ada yg terbakar hati kalau teruskan. Blog aku bukan nak bincang politik pun. Bacalah blog politik oleh yg pakar2.Aku sekadar mengikuti perkembangan saja.
Oleh kerana jemu dan bosan.Musik pun perlahan2 susut dari otak aku.Tambahan pula musik era 80an juga begitu membosankan.Techno ape ke jadah.Rock pun ntah apa2.Majalah2 gitar yg aku minat, macm Guitar Player pun takde highlight article yg menarik.Majalah rock CREEM yg sangat aku minati pun dah tak ada lagi di pasaran tempatan.Band favourite aku dan ramai peminat muzik blues rock di dunia pada masa tu, Lynyrd Skynyrd hancur berkecai dlm tragedi kapalterbang.Album2 Allman Brothers Band yg keluar zaman tu pun tak menarik.Bob Marley pun pulang ke alam barzakh masa tu.Muzik aku macam ikut mati.
Muncul pula masa tu satu trend muzik dari Britian yg di panggil 'punk rock'.Macam biasa, ramai lah juga budak2 melayu jadi pengikut paling ramai genre punk.Di tempat aku,budak2 yg dulu aku lihat hingusan pun dah jadi 'punk'.Dia orang berani cukur kepala tinggal rambut yg di tengah saja.Mereka pakai t-shirt yg ada grafik macam2 yg orang ramai kira negatif dgn selamba.
Balek pada cerita aku.
Waktu rehat tengahari di tempat kerja sekali sekala di adakan ceramah agama.Aku saperti terpanggil, duduk lah dlm majlis ceramah.Seronok juga.Ada antara ustaz2 yg ada humour bila berceramah.Aku mula membeli dan baca buku2 bertopik agama.Antara buku yg menarik,"Kisah Dari Al Quran" oleh Bey Ariffin.Ada juga buku2 lain yg menarik.Semuanya keagamaan.Mengantikan koleksi majalah2 rock.Keset2 ceramah agama oleh Ust.Ghazali Hasbullah mengantikan koleksi2 blues dan rock aku.Solat pun rapi .Sebelum, memang tak solat. Ikut mudah saja.Sembahyang taik lembu, kata arwah Makngah Jah aku.Aku berasa tenang bila beragama semula.Tapi dalam beragama ni,ada berpuak2 juga rupanya.Ada PAS.Ada Al Arqam.Ada Tabligh.Ada juga jemaah2 kecil yg berkisar hal2 sufi,mistik.Semua kata cara mereka paling baik.Mereka paling betul.
Bagi aku yg baru mula mendekati diri dgn agama berfikir, sepatutnya tidak begitu.
Pernah aku hampir terlibat dgn jemaah Tabligh.Sekali sekala ke masjid India dgn kenalan baru yg jumpa di masjid.Dengar taklimat yg aku sendiri pun tak faham.Kemudian di anjur keluar beberapa hari pulak.Seru orang ke masjid.Bermusafir.Alamak.Aku tak boleh.Tapi inilah cara para Anbiya kata mereka.Takpe.Korang pergi dulu.Aku doakan kamu bahagia.Macam kaum Munafiqin pulak aku rasa.
Selama aku selalu dgn program2 agama,aku kelamaan banyak berkawan dgn kawan2 yg sehaluan dan bersetuju dgn dasar Parti Islam SeMalaysia.PAS.Aku lebih senang dgn kawan2 dlm Parti Islam ni.Member2 Pas ni,mereka banyak berkisar hal politik sambil mengaji agama.Ikut ke ceramah2 yg kerap di anjurkan masa tu.Aku pun dulu suka ikut perkembangan politik Malaysia.Isu debat UMNO-PAS.UMNO lama,UMNO baru.Isu Mahadir Mohd bertelagah dgn raja2 melayu.Peristiwa Memali.Macam2.
Aku memang dari dulu tak berkenan dengan UMNO ni.Tak tahu kenapa.Tok dan wan aku dulu memang penyokong UMNO.Tapi mereka hanya penyokong buta saja.Tak aktif pun.Orang tua dulu2.Tahu saja lah.
Semasa membesar di Selayang dulu, ada juga aku saja2 pergi tengok mesyuarat UMNO di dewan orang ramai.Mesti ada bergaduh.Kecoh UMNO ni.Memang style mereka sejak dulu.Berebut kuasa,dengki mendengki ni memang dlm agenda politik UMNO.Maklum lah parti memerintah.Kepentingan dan peluang buat harta di situ lah.Nak buat harta,sila masok UMNO.Harta haram.Jangan ingat duit haram beli nombor ekor saja.Ish! melalut dah aku ni.
Masa aku berkawan dgn orang2 Pas,aku pun bertukar cara.Pakai jubah berserban.Ada janggut.Ikut program usrah.Ini buat tok Dolah tak senang tengok aku.Aku selalu di marahi.Aku ni asyek buat orang tu bengang saja.Entah lah.Cara aku mendekatkan diri dgn agama tak begitu di senangi.Berserban jubah.Ada gambar Ayatollah Khomeini.Hahaha.Masa tu gambar pemimpin agung revolusi Iran tu memang terdapat di mana2 bagi mereka yg kagum dgn ideologi revolusi Islam menentang Amerika.Kebanyakan ahli memang ada gambar Khomeini di rumah mereka.Tapi aku di tuduh oleh Tok Dollah menyembah gambar Ayatollah Khomeini.Aku berterusan menjadi perkara yg tak disenangi oleh orang tua yg telah membela aku sejak dari kecil.Nasib aku.
Pendekkan cerita,bila umor aku mencecah 26, aku pun miang nak kawin.Tapi sebelum aku berkawin dgn isteri aku yg sekarang ni, aku pernah bercinta ala bollywood dgn seorang gadis keturunan bengali Pakistan.Setahun lebih kami sebagai kekasih.Memang bercadang untok berkawin tapi atas banyak sebab, jodoh kami tak jadi kenyataan.Kami broke up.Itu cinta aku yg pertama.Serious juga aku bercinta dgn awek benggali tu.
Aku bukan jenis senang dapat perempuan atau awek keliling pinggang.Walaupun ada orang bagi credit muka aku hensem bin macho.Kata orang,kebanyakkan perempuan suka jantan yg pandai buat ayat.Bukan muka macho.Maksudnya,kata2 yg indah berpuisi,meliut lentok .Ayat mau power beb!.Entah lah,tak reti aku.Tak pandai aku semua tu.Tak ada ayat2 'power'.Baca saja cara aku menulis ni pun dah berserabut ntah kemana.Nak ayat apa?
Macamana pun, aku tetap ada jodoh.Tuhan dah tentukan.
Tak lama lepas berpisah dgn gadis pakistan tu, aku bertemu dgn gadis bakal jadi isteri aku.Aku mengurat dia masa majlis kawin mak saudara aku di kampong.Isteri aku berasal dari kg Merapoh,dlm daerah Kuala Lipis juga.
Jodoh. Ini kerja Tuhan.Aku yang selama ini membesar dan berkerja di kota Kuala Lumpur,dpat isteri orang Kuala Lipis juga.Tak dapat bini Pakistan.Mungkin kalau kawin dgn gadis Pakistan tu, minum susu kerbau basi agaknya aku.Gelak.Tapi bekas makwe aku tu bukan lah dari negara Pakistan.Keturunannya saja.Dia orang Malaysia.Di rumah,mereka lebeh cara melayu.
Oo pergi ke rumah ye?
Ye.. pergi jugak.Dah di ajak, pergi lah.
Keluarganya baik.Bekas makwe aku tu pun memang baik.Hari ni pun,kami sesekali terserempak.Aku cuma senyum saja pada dia.Tapi bukan senyum nak goda.Dia pun dah bersuami.Suaminya orang melayu juga.Kebetulan kawasan perumahan kami berdekatan.
Beberapa bulan sebelum aku nikah,aku di beri peluang berkerja sebagai Pelukis Pelan Aperantis di jabatan kejuruteraan di syarikat yg sama.Rezeki aku bertambah sedikit.Ini pun kerja Tuhan.
Janji Tuhan, kalau kita yakin dgn Nya nescaya kita di restui.Berkerja lah aku sebagai pelukis pelan bersama saorang lagi kawan,Azmi.Dari jawatan ofis boy kami jadi pelukis pelan.
Awal tahun 1986,aku pun berkahwin di Merapoh.Hidup aku masok ke fasa baru.Aku dah ada isteri! Memang best hidup ada isteri.Tapi tangungjawab bertambah lah.Isteri aku orang kampong saja.Aku bernikah umor isteri baru 17 tahun.Tak berkerja.Aku memang tak pernah fikir hal ni semua.Sebab aku memang berfikiran konservatif.Bini di rumah.Laki keluar berkerja.Masa tu memang aku dlm suasana beragama.Jiwa memang terlatih berkeyakinan pada Tuhan.Tuhan yg memberi rezeki.Manusia cuma mesti berusaha untok hidup.Memang sejak dari zaman manusia mula bertamddun.Ini lah cara.Lelaki yang mesti ke hadapan.
Tapi hari ni ada juga yg laki di rumah jaga anak.Bini pulak keluar pergi kerja.Amacam tu? Tak mahu komen.Ok komen la sikit.Ini hasil dari proses yg di panggil 'modernisation'.Keadaan hidup manusia sekarang hampir jadi songsang.Macam matahari akan terbit dari barat.Panjang cerita.
Setahun lepas kawin.Aku jadi bapa pula.Kami dpat anak perempuan.Tanggungjawab semakin bertambah.Selepas 2 tahun.Anak laki pulak muncul.Bertambah lagi.Anak bertambah,begitu juga tanggungjawab.
Alhmdulillah.Kehidupan tak lah begitu susah.Ada kerja tetap.Anak isteri tak pernah tak makan.Pakaian elok.Ada rumah.Walaupun menyewa.Memang ada kala,ada kesempitan.Biasalah.Takkan hidup ni senang memanjang saja.Tak ada turun naiknya.Itu dah bukan kehidupan namanya.Hari ni kita berhadapan dgn krisis ekonomi global.Biasa.Ini semua proses kehidupan.Krisis bermula di Amerika tu cuma punca saja.
Masuk ke tahun 90an.Anak2 aku semakin bertambah.Aku jadi saorang yg lebeh matang dlm hidup.Masa ini pula,aku sudah kurang dgn keagamaan pulak.Setelah aku berpindah ketempat lain.Aku kurang berkawan dgn kawan2 Pas.Ke majlis2 agama pun mula susut.
Ada masa terluang aku sekali sekali masok ke kedai muzik juga.Teringat pulak akan pepatah orang dulu2.Anjing kalau tak makan taik,baunya ada juga.Ish! ada ke cerita taik anjing pulak!
Rupanya, muzik tak boleh di pisahkan dari jiwa aku.
Masa ni zaman CD mula dlm pasaran.Aku dapati banyak album band lama2 yg aku minat berada di pasaran.Mengembalikan nostalgia aku.Tambahan banyak band2 lama yg 'revive'.Mereka keluar album baru.Lagu baru, tapi style dan sound lama.Menarik!.Aku teruja kembali.
Allman Brothers keluar dgn album berjudul "Seven Turns".Best album tu.Begitu juga album selepasnya yg berjudul "Shades Of Two Worlds".Eric Clapton keluar dgn 'unplugged'.Malahan banyak band2 baru dan muda pun buat album dgn bunyi lama antaranya Nirvana,Pearl Jam.Sound mereka di gelar 'grunge'.Band2 grungy ni kebanyakkan 'quote' Neil Young sebagai pengaruh mereka.Neil Young pula memang banyak pengaruh dlm muzik aku sebelum keluar band2 grunge.Tapi aku tak pulak grunge.Aku masih 'blues/folk',dan sedikit country.
Era 90an aku lihat sebagai revival pada muzik zaman aku dulu.Teringat aku pada satu lagu lama Allman Brothers Band berjudul "Revival".
"People, can you feel it, love is in the air..people can you feel it,love is everywhere".
Seolah olah lah mereka tahu satu masa nanti, populariti mereka tenggelam kemudian bangkit kembali.Revival.
Lynyrd Skynyrd yg hancur dulu pun kembali dgn album baru "1990",tapi bunyi mereka sama saperti dulu.Penyanyi baru Lynyrd menyanyi saling tak tumpah saperti penyanyi mereka yg terkorban ia itu Ronnie Van Zandt.Adiknya Johnnie menggantikan abangnya yg sudah mati.Lil' ol band from Texas,ZZ Top juga kembali bunyi 'raw' dgn album "Recycler".
Ada juga band2 favourite yg terus tenggelam dan hilang saperti The Marshall Tucker Band,The Outlaws,Black Oak Arkansas.Tapi album2 mereka terus keluar dlm bentuk CD.Ada 'rare track' mereka di rakam semula.Menarik.
Zaman revival pun banyak juga muncul band yg bermacam style.Metal.Grindcore.Speed.Bermacam2.Band2 ni banyak berpaksikan kumpulan Black Sabbath.Bunyi mereka gelap.Seram.Cerita mereka selalunya mitos dan mystic.Yang mempertikaikan agama pun ada.Mereka ambil si Iblis sebagai hero pujaan mereka.Kuasa yg mencipta si Iblis tu mereka hamun dlm lirik2 lagu mereka.Mereka lebih 'dark' dari Black Sabbath.Aku dengar juga Black Sabbath, tapi BS dari dulu bukan dalam list aku.Begitu juga Led Zepellin.Tapi kalau bagi aku pilihan antara BS atau Led.Led Zeppelin lah sepatutnya masuk list aku.Led Zeppelin sebenarnya ada lah band yg asasnya blues.Cuma Led Zep banyak cerita mitos , mystic & magik.Begitu juga band seangkatan mereka bernama Uriah Heep.
Uriah Heep di kira agak lembut juga.Album2 mereka saperti "Very 'eavy very 'umble","Salisbury" antara yg aku minati.
Bagi aku,muzik yg aku dengar,aku jiwai.Bukan ikut orang.Orang rock, kita rock.Orang rap, kita rap.Orang jazz kita pun jazz.Orang kata folk,kita folk.Orang kata blues,kita blues.Apa tu? tak tentu arah. Muzik yg kita dengar di hasilkan oleh orang lain.Orang lain tu ada jiwa.Orang lain tu manusia macam kita.Tak kira dia bangsa apa.
Macam kita lihat lukisan.Bukan semua orang boleh faham apa yg di lakar oleh sa orang pelukis.
Lebih lagi kalau lukisan tu jenis 'abstract'.Begitu juga muzik.Bukan semua orang boleh faham jenis2 muzik.Kalau jiwa tak faham,buat2 faham,buat2 suka.Maka muzik tanpa soul .Kefahaman tentang muzik,sifar.Kena tahu susur galornya.
Muzik ada susur galornya.Seni lukis pun begitu.Akidah pun begitu.Malahan semua benda hidup begitu.Ada susur galornya.Kecuali Tuhan.Tuhan yg memberi kehidupan.Alamak..ni dah ber falsampah lah pulak.He he.. tak juga.Ini bercakap tentang muzik yg serious.Kalau dengar muzik cara suka2 saja,pasang radio aje lah.Hot FM ke apa ntah.
Setelah aku kembali teruja dengan 'revival' muzik .Aku saperti terpanggil.Gitar aku beli dari kedai muzik terkenal di Kuala Lumpur .Woh Fatt.Harga RM500.Walaupun lama tak bergitar, jari jemari aku masih boleh bermain.Kord2 asas masih ingat.Hampir 10 tahun aku berhenti bermain, aku kembali bergitar .
Kembali bermain ada baiknya juga pada aku.Pada hari2 Sabtu atau Ahad, ada kelapangan aku cuba 'busking' di CM.Itu lah mulanya aku dgn aktiviti busking.Membantu juga aku dapat duit lebih.Maklumlah dah berkeluarga.
Masa tu 'buskers' yg sangat popular di CM ialah Sidek dan Adi Jagat.Gandingan mereka sangat mantap.Tapi masa tu aku jarang juga di CM.Yang kerap bermain di CM selalunya Sidek,Adi Jagat dan Shari.Ada juga buskers lain yg tak aku kenal.
Shari aku kenal semasa dia jadi anggota band yg di ketuai oleh Din Country dan Ajin Blockrose.
Tapi kami sekadar berteguran saja.Tak rapat.Din saja yg selalu dgn aku.Sebab kami dah lama kenal.Ketika itu Din menjalankan print t-shirt di CM bersama abangnya Mi Katun.Bila di CM aku singgah berbual2 di situ sambil mendengar lagu.Meor pun aku kenal di sekitar masa tu.Meor selalu aku lihat berada di salah satu stall t-shirt kepunyaan kawannya Wan.Kami menjadi kenalan oleh kerana sama2 meminati karya Iwan Fals.Dari masa ke masa kami jadi lebih rapat dan lebih mengenali minat yg sama dlm musik.Tapi Meor belum giat bermuzik di jalanan waktu tu.
Sidek aku kenal semasa di Selayang lagi.Dia senior aku.Baik orangnya.Sidek dulunya berniaga burger di batu 3 jln Ipoh.Dengan duit jualan itu dia ke London.Tak tahu berapa lama dia di sana.Pulang semula ke Malaysia,Sidek bermain di pub sekitar Kuala Lumpur.Paling terkenal dgn muzik blues dan rock iaitu Red Rooster di Medan Tuanku.Bermain dgn kumpulan rock yg di anggotai juga oleh Sam Rasputin.Juga terkenal sebagai dr Sam.Mereka di kenali sebagai dr Sam and The Clinic.Mereka ini lah juga yg mulakan aktiviti 'busking' di Kuala Lumpur.Aku gelar sebagai 'buskers handsome'.
'Busker handsome' ini maksud aku ialah pemuzik jalanan yg tampil dgn imej rock dan rugged.Bukan orang cacat atau buta.Alat muzik selalunya gitar tong dan harmonika.Imej folk.Lagu2 yg di persembahkan selalunya 'rock' dlm versi akustik.Lagu2 Bob Dylan,Rolling Stones,Led Zep dan yg sewaktu dengannya.Ini 'buskers handsome'.
Adi Jagat aku kenali semasa baru cuba2 busking di CM.Suara Adi Jagat juga sering ke dengaran di radio masa tu dgn lagu promosi "Visit Malaysia".Adi Jagat,Shari dan aku pernah busking bersama seketika di CM.Atas sebab2 tertentu, aku kemudian kurang busking dgn mereka.Aku dapati dlm profession busking ni rupanya ada politik dan irihati.Aku punya kerja dan bergaji tetap.Perlu apa aku terjebak dgn politik dan irihati berbusking ni.Aku fikir.Aku pun jarang ke CM cuma kalau untok busking dan berhadapan dengan kerenah remeh itu.
Lumrah kehidupan.Apa perkara pun tak akan kekal .Kumpulan rock datang dan pergi.Mereka timbul dan kemudian tenggelam.Lebih2 lagi persekitaran saperti di Malaysia ni.Di tambah lagi dengan satu penyakit yg kerap melanda jiwa muda.Dadah.Pemuzik dan penyanyi memang ramai yg terlibat.Ramai yg tersungkur kerana dadah.Kebanyakan mereka pengguna yg guna suntikan.Sidek antara pemuzik yg sangat berbakat menjadi korban atas kesilapan dlm perjalanan hidupnya.Semoga Tuhan mengampuni dia.
Bagi kita,kehidupan terus berjalan.Buskers ketika itu ramai yg sebenarnya penagih dadah.Segelentir saja yg tak terlibat.Bagi yg tak terlibat bagaimanapun tetap di pandang serong oleh masyarakat.Bagi yang penagih,busking jadi sumber untok menampong keperluan membeli dadah.Samada mereka busking untuk dadah atau dadah yg buat mereka busking.Satu persoalan yg boleh di hurai oleh penilaian kita sendiri.
Bagi aku, busking banyak positif dari negatif.Bukan busking yg menjadikan kita terlibat dan benda2 ni.Semua benda2 negatif ,dadah ke,apa ke berpunca dari tak berupaya nya mengawal nafsu.Kawal nafsu.Bukan perkara mudah.
Selama aku kembali bermain muzik aku banyak bertemu dgn orang yg terkenal dlm industri ini.
Aku pernah duduk dalam satu sesi bersantai, berbual dan bersoal jawab dgn pemain dram kumpulan Jazz/Rock Mahavishnu Orchestra ia itu Billy Cobham.Dia sangat humble.Kedatangannya di taja oleh Yamaha Music.Tandatangan Billy Cobham ada di CD Mahavishnu Orchestra kepunyaan aku.
Kumpulan Blues Gang yg dulu nya aku cuma melihat mereka di konsert kini setiap mereka adalah kenalan.Dua orang member Blues Gang yg rapat dgn aku.Julian Mokhtar dan Abdul Ghani atau Tok Ghani.Dgn Julian,kami sering bermain muzik blues di pub dan kelab2 sekitar Kuala Lumpur.Kadang hingga ke Langkawi.Dgn Tok Ghani,aku bermain gitar dan harmonika juga menyanyi dgn blues band yg di asasnya,"Howlin' Band".Kami selalu jam session di pusat rekrasi Alang Sedayu di Ulu Gombak setiap hujung minggu.
Wan Ahmad,pemain gitar kumpulan Sweet Charity, juga kenalan baik.Wan Ahmad tidak segan silu menjadi partner busking aku setiap hujung minggu di Downtown Ceras.
Mereka semua humble.Merendah diri.Aku menghormati mereka bukan kerana mereka 'artis' atau selebriti.Aku menghormati mereka kerana mereka menghormati aku sebagai kawan mereka.Kita mesti saling menghormati.
Ali Bakar.Dlm industri muzik Malaysia siapa tak kenal dia.Aku panggil dia 'abang Ali' atas dasar menghormati dia yg lebih tua.Abang Ali selalu memberi sokongan semangat dan nasihat pada aku.Walau dia tahu aku cuma pemuzik jalanan.
Hussein Ismail.Penyanyi veteran yg seangkatan seniman Ahmad Jais.Satu hari kebetulan dia berada di CM menonton persembahan jalanan .Pak Hussein datang bersalaman,mengalakkan aku buat rakaman.Dia sedia membantu selaku dia saorang 'talent scout' untok Life Record.Aku hargai pandangan dan nasihatnya.Tapi lebih aku hormati dia kerana sifat rendah dirinya.Orang lama saperti Pak Hussein tahu. Ada yg 'berharga' walau di jalanan yg panas lekit dan penuh debu2 kehidupan.Semoga Tuhan terus memberi dia kesihatan yg baik.
Dr.Wan Zawawi Ibrahim.Terkenal kerana lagu2nya banyak dinyanyikan oleh penyanyi2 terkenal tanahair, antaranya "perjalanan Hidup" oleh Ramli Sarip.Pertama kali aku di jemput oleh Dr.Wan untok bermain harmonica untok lagunya yg berjudul "Dengarlah Cerita Ku" di Balai Senilukis Negara satelah aku di perkenalkan oleh kawan aku,Ariff Akhir.Selepas itu Dr.Wan sering mengajak aku dlm persembahan di kelab2 sekitar Kuala Lumpur.Walaupun aku hanya pemuzik jalanan,Dr.Wan tidak mengambil kira.Baginya muzik mengatasi ke'ego'an manusia.
Peter Hassan Brown & Markiza.Juga saperti Dr.Wan.Mereka semua kenalan yg aku hormati kerana sifat rendah diri.
Peluang berkenalan dgn orang2 seni yg sudah terkenal memberi ruang yg baik buat aku.Aku gunakan peluang ini dlm menambah pengalaman dalam hidup.Bukan untok aku bermegah atau ber'ego'an.
Ada juga aku bertemu dgn banyak budak2 penyanyi dan band2 yg baru nak meningkat tapi mereka ni kadang aku lihat ego semacam.Gaya mereka macamlah mereka tu setanding Rolling Stones ke apa.Geli aku tengok karektor macam tu.
Pada usia ini, apa pentingnya glamour atau ego pada aku.Memang ada kepentingannya.Tapi aku tak mahu mengejar perkara yg di panggil glamour itu.Ada alasan untok aku.Biar aku saja yg tahu.
Aku tak peduli siapa.Artis ke,selebriti ke,seniman negara ke,seniman jalanan ke,menteri besar ke,iblis setan jembalang ke.Menghormati yang penting bagi aku.Macam yg di anjurkan oleh Muhammad (SAW).Sayangi yang muda (dgn ihsan).Hormatilah yg tua dari kamu.
Hari ini,suasana busking masih berterusan dgn kemunculan buskers yg lain pula.Antara mereka ialah Meor,Nik,Syed,Eddie,Ijam,Zam Flamenco, sekadar sebut beberapa nama.Kebanyakkan mereka busking penuh masa.Menyara hidup dan keluarga.Aku antaranya.Masih dan kerap pula di CM.Terutama di hujung minggu.Aku masih lagi berkerja.Di firma lain pula.Busking menjadi sumber pendapatan ke dua bagi aku.Tapi aku serious melakukan.Walaupun di jalanan,tapi aku beri persembahan sebagaimana di pub atau kelab.
Dimana aku bermain,aku lakukan sebaik mungkin.Tak kira jalanan atau pentas mahu pun sekiranya di siaran tv.Memang aku pernah muncul di tv.Buat persembahan secara 'live'.
Di usia begini aku dapati tanggungan aku terus berat.Ianya macam satu perjuangan.Berjuang untuk hidup di kota Kuala Lumpur.Aku besar di sini.Aku tiada pilihan.Yang pasti apa yg aku buat ini tidak mendatangkan susah pada jiwa lain.Orang lain mungkin melihat aku saperti enjoy .
Ya, memang aku enjoy tapi aku berkerja sebenarnya.Anak2 membesar dan bersekolah.
Aku akan terus dgn seni di jalanan.Aku sudah biasa.Tiada perkataan segan atau malu bagi aku.Selagi Tuhan memberi aku keupayaan berbuat demikian.Aku akan teruskan.
Di hadapan, masih ada hari2 yg tak ada ketentuannya.Tuhan beri aku petunjuk.
"The road goes on forever......."
6 ulasan:
abg nan memang sempoi, teruskan perjuangan seni.
Selbourne Estate nama ladang getah tu.
Isteri orang merapoh?..Entah2 kena sedara Keh..ha..ha,bayok sedara keh kat sana..cuma kenal dgn tidok je..ha..ha
faizsaaid:Pasti!Tkaseh atas sokongan.
Ubi:Ye sangat.Oang kapo gelo Selebo.Kalau ikut orang tua2 di kampong,seluruh Lipis tu sedara mara weh.Dari Raub ke Benta ke Ulu Terih lalu Padang pergi ke Merapoh naik Gunung Tahan turun ke Jerantut singgoh Temeloh ngan Maran sampe ke Pekan..semuanya sedara kaweh.Aok eteh po sedare!
..aku penah keja ngan omputih masa Salem ATP Tour di KL dulu..displin & ketepatan masa penting bagi mereka..orang kita yang terlibat pukul 2 - 3 pagi masih lagi d Pub,tapi mereka terutama athete pukul 9 dah masuk bilik..ni esok pagi nak bangun awal..kalah game terus amik flight pergi ke distinasi lain untuk tournament yg lain plak..athelete kita klu kalah,bukan terus pulang makan angin duluu..tu pasal athelete2 kita banyak yang masuk angin keluar asap..wa respek busker antara sebab mereka punya self confident yang tinggi..anugerah Tuhan..
jalan terus bro..haha..we knows who we are..hehe
meorpestajiwa
Wan:Apa nak kata yop..Maju lah Sukan Untok Negara.
Meor:Teman noreh tepat jam 11 pagi udah ade tecegat yop..sampe jam 6 petang.Maju lah Busking Untok Keluarga!Ateh kome gelak ke?Tak pe yop, raikan jiwa lara...
Catat Ulasan