Khamis, 29 Januari 2009

Kenapa Tak Jadi Artis?..The Loner Part 2

Kenapa tak masok AF?


Kenapa tak rakam album? Suara bagus!..rupa pun hensem.
Kenapa dia orang nyanyi kat sini (jalanan..CM)? kenapa tak masok pertandingan menyanyi?


Tak malu ke.. nyanyi kat jalan?


Dia orang ni perasan ke?


Demikian ada lah antara bermacam pertanyaan yg aku terima atau dengar dari kalangan orang ramai.Aku ada sebab2 aku sendiri menyanyi di jalanan.

Kebanyakkan orang, jadi artis ni satu perkara yg 'gah'.Gambar keluar paper,majalah,tv.Ada 'write up' cerita pasal kita itu dan ini. Memang jadi satu perkara yg di kira hebat sangat.Aku boleh setuju.Siapa yg tak kembang hidung kalau ceritanya di siar dlm media2 jadi tatapan orang satu benua.Show pun dapat banyak.Tentu lah 'hasil'nya pun masyuk! Tapi bagi aku ceritanya lain.Aku bukan 'artis'.Aku busker.Apa yg nak di 'glamour'kan.Busking 3 4 jam,hasilnya buat bagi anak belanja sekolah.7 orang yg masih belajar.Glamour?.Tapi itu pun bukanlah 100 peratus jadi sebab aku di jalanan.Ekspresi diri antaranya.Menyanyi boleh mengurangkan 'tension'.Ada yg kajiselidik menyatakan begitu.Baca Al Quran pun boleh jadi tenang jiwa.Aku pulak manalah reti sangat.Terang cakap.

Glamer ni, memang sepekara yg jadi kehendak kebanyakan manusia hari ni.Tak kira bangsa.Semua nak jadi 'famous'.Contoh macam program 'realiti' hari ni .Sanggup dia orang berbaris panjang semasa pengambilan.Pihak mak bapak pulak, kalau anak2 mereka dapat masok ke program tu ,bangga betul mereka.Mesti la,anak mereka dapat liputan media.Yang dari kalangan orang berada pula sanggup berhabis wang ringgit untok pastikan anak mereka berada di kedudukan yg baik.Menang dan jadi famous.Mesti ada pelaburan.Tak apa lah tu.Duit dia orang yg habis.Lantak lah.Yang terok pulak, kalau tersingkir sampai ada yg mengamuk! marah sana sini. Penyakit.
Itu lah dia,glamour ni kira macam satu penyakit hati pun ye jugak.Apa tak nya,bila famous orang boleh jadi 'riyak' 'sombong' dan perkara yang sewaktu dengannya.Tapi bukan lah semua orang begitu.Ada yg sedar diri.Ada yg boleh kawal perasaan.

Sejak aku di persekolahan lagi aku memang suka menyanyi.Aku ingat lagi ketika dlm darjah 5.Tahun 1970.Pada sesi kelas bahasa inggeris kadang murid2 di suroh tampil ke depan.Baca 'news'. Ada juga menyanyi.Antaranya aku lah.Lagu favourite aku, berjudul "Love Is Blue" olih Andy Williams, kalau tak silap.Lagu yg sangat indah melodinya juga liriknya.Lagu cintan tapi best. Aku nyanyikan lagu tu sebaik mungkin hinggakan Miss Rosemary, cikgu bahasa inggeris bangsa serani. Habis menyanyi.."Very good! Class, please clap your hands!" anjur Miss Rosemary.Maka bertepuklah murid2 semua.Mereka pun seronok juga.Aku pun seronok,terima penghargaan dari cikgu dan murid2 sekelas.Itu kira glamour peringkat awal aku.

Hari ni pun, persembahan di jalanan, penonton beri tepukan tanda penonton terhibur.Lebih2 lagi kalau tepukan sebaik saja habis 1 lagu.Aku rasa seronok dan bangga dgn penghargaan mereka.Tapi tak lah aku megah atau tinggi diri pula.Aku tahu, aku di jalanan.Aku suka begini.Lebih 'humble' dan bebas. Begitu juga penonton di jalanan.Ada juga yg sanggup dtg hanya untok menonton persembahan 'buskers'.Ada penonton yg memberitahu, ada buskers yg setanding 'artis glamour' atau lebih bagus dari itu.Maksud mereka dari segi nyanyian.Itu komen dari penonton sendiri.



Satu ketika dulu, aku selalu 'busking' di terowong antara Avenue K dan KLCC.Jalan Ampang.Antara orang terkenal yg tak pernah tak berhenti ketika aku di situ ialah Pak Samad Said.Pak Samad tidak lah berhenti lama.Kami sekadar berbual pendek saja.Setelah beri sumbangan,selalunya RM10, dia pun berlalu pergi.Pernah juga orang penting TV3 kebetulan lalu di situ .Berhenti seketika dgn memberi sumbangan RM2.Bagi aku jumlah sumbangan tak penting.Yang penting, sumbangan yg di beri berdasarkan penghargaan bukan simpati .Ada juga yg setakat berhenti,tengok dan blah begitu saja.Macam2 orang.

Kalangan orang putih pula, ada yg berhenti kalau dengar lagu2 berirama 'folk / blues'.Mereka bertanyakan tempat asal aku.Aku bangga beritahu mereka bahawa aku 'local'.Beritahu mereka,cara aku menyanyikan 'blues' sangat lah sama dgn yg mereka dengar di tempat asal mereka.Aku cuma menjawab bahawa aku suka mendengar irama2 itu sejak dulu.Di tanya samada aku dengar John Lee Hooker,Revrend Gary Davis,Ledbelly,Blind Willie McTell.Aku senyum je.Aku ada koleksi CD yg di sebut.Orang putih tu tak meyangka orang Malaysia pun dengar musik 'soul' macam tu.Aku kata,ramai juga yg tahu dan dengar.Gembira dia.Dia akan beritahu kawannya bila dia balek ke negaranya.USA.
Di tunnel itu juga.Saorang dari Kanada yg berhenti mendengar aku sedang nyanyikan lagu "Mr.Tambourine Man".Lagu Bob Dylan.Bob Bylan sebenarnya berasal dari Kanada.Nama IC dia,Robert Zimmerman.Beritahu si Kanada pada aku.Selama setahun lebih dia di Malaysia.Itu lah pertama kali dia dengar orang sini nyanyi lagu tu.Lagu favourite dia.Katanya, dia ada lah presiden Bob Dylan Fan Club di tempat tinggalnya di sinun.Kanada.
Ini bukan hendak berbangga dgn budaya luar atau budaya orang lain.Ini muzik.Muzik tiada sempadan.Kita bebas menerima.Bagi kita pula, kita tentu berbangga sekiranya kita berada di tempat orang dan kita dapati budaya kita di terima di situ.Jangan hanya mahu orang mengiktiraf budaya kita. Contoh,bayangkan sedang kita berjalan di Jepun lah kata,tiba2 kita terdengar ada orang di sana sedang nyanyikan lagu "Timang Burung" atau contoh kalau kita berada di kota New York, tiba2 terserempak seniman jalanan di sana nyanyi lagu "Enjit2 Semut".Tentu hairan dan menghiburkan.

Sejak awal aku mengenali muzik, aku sudah cenderung mendengar muzik orang putih.Tak tau mengapa.Mungkin melodi muzik mereka.Begitu juga kalangan adek beradek aku.Jantan, abang aku yg sulung.Walaupun di kampong tapi mempunyai koleksi EP band2 orang putih ketika itu.Antaranya Scott MacKenzie dgn lagu "San Francisco" dan Neil Daimond lagu "Cracklin' Rosie".Padahal bukan dia belajar kemana sangat pun.Sekolah kampong aje, itu pun pengaruh lagu inggeris tetap sampai juga.Jadi, nak salahkan siapa? Penjajah? Mak bapak? Syaithon?.Muzik ni benda natural.Bunyi2an.Apa yg indah di dengar itulah yg pasti disukai oleh setiap manusia.

Di radio pada tahun 60an dulu, selalu kedengaran irama pop yeh yeh.A Ramlee, Ahmad Jais, Jefri Din,Sanisah Huri, Rafeah Buang,Helen Velu.Ada juga kedengaran lagu penyanyi2 Indonesia saperti Erni Djohan,Tetek Puspa,Lilis Suryani.Lagu Indonesia saperti "Kekasih Ku Marah Marah" "Danau Toba".Tapi aku masih budak masa tu.Ianya tidak mempengaruhi aku.Aku tidak pun beriya iya mendengar lagu di radio, cari lirik ikut menyanyi sekali.Tak menaikkan minat aku lansung. Yang menarik minat, lagu2 yg bermelodi inggeris tadi.Kalau ada yg membaca ni ingat aku perasan atau apa.Silakan.Memang ini kenyataan aku.Aku pun tak tahu kenapa.

Bila aku meningkat remaja.Dalam tingkatan 3.Aku mula mengenali irama rock.Di rumah pulak masa tu ada 'peti gram'.Wan aku belikan secara hutang untok Ani yg juga gila menyanyi.Ani ni minat sangat dgn Kak Pah..Sharifah Aini,DJ Dave,Uji Rashid,Hail Hitler eh! Hail Amir,J Mizan.Era 70an tu..Ada la rekod2 penyanyi tu semua kat rumah.1 pun tak aku minat.Bila rekod2 tu berputar di 'peti gram' , suara Ani yg nyaring tu pun ikut sama.Bingit telinga aku.

Ada masa, kawan2 sekolah aku dtg ke rumah bawa rekod album2 rock.Sebab rumah aku ada 'peti gram'.Pertama kali aku dengar album Grand Funk "E-Pluribus Funk"',Deep Purple "Machinehead" & "In Rock".Jiwa aku terus menerima tanpa ragu2.Sangat teruja sekali!Yeah rock!.Tapi aku paling suka Grand Funk.Lagu mereka "People Let's Stop The War","Foot Stompin' Music","Loneliness" malah semua lagu dlm album tu best!
Kawan2 aku tetap dgn Deep Purple dan "Asap atas air...api di langit".Memang itu lah lagu rock yg paling hit.Hingga hari pun "Smoke On..." masih favourite!

Zaman tu tempat paling 'happening' bagi budak2 remaja macam aku ia lah Jln Chow Kit.Gelak.Nak 'happening' lagi, Jln Tuanku Abdul Rahman.Komplek2 besar masa tu saperti Campbell,Pertama mungkin masih dlm perancang untok di bangunkan.

Di Jalan Chow Kit masa tu ada sebuah kedai jual rekod.Album band orang putih melambak di situ.Kalau kebetulan lalu di situ,aku tak lepas peluang membelek rekod di situ.Album cover band rock zaman tu menarik dan unik .Aku ingat lagi rekod album band inggeris yg pertama aku beli dari kedai tu.Rare Earth.Baik band tu.Lagu mereka,"I Just Want To Celebrate","Hey Big Brother","Get Ready".Aku cuma banyak mendengar zaman tu.Belum teruja untok bermain gitar.

Minat bermain gitar bermula bila selalu tengok member2 senior di kampong Selayang Baru.Tempat aku membesar.Mereka ni bila pagi2 hari minggu selalu lah melepak, main gitar..hisap rokok daun depan kedai Pak Tapa.Mereka generasi awal di Selayang.Selalu lah aku dengar meraka main lagu2 Lobo."How Can I Tell Her","....Dog Name Boo".Lagu2 D'Loydd.Deep Purple .
Bila tamat sekolah.Belajar tak tinggi pun.Aku mula berkerja.Macam2 kerja aku buat.Jaga kedai runcit.Kerja survey.Jadi konduktor bas mini pun pernah.Kemudian nasib dan rezeki baik sikit, aku dapat kerja jadi office boy di sebuah firma perladangan.Harrisons & Crosfield.Syarikat British yang mengurus kebanyakan ladang2 getah dan sawit di negara ini.

Variasi muzik dlm hidup jadi bertambah bila datang saorang kenalan saudara tinggal sementara bersama kami.Azlan namanya.Nak dekat sama dgn nama aku.Aku panggil Lan.Lan ni lah yg bertanggungjwab memperkenalkan aku pada musik blues.Dia memang kepala blues pekat.Rock Deep Purple,Black Sabbath, kurang.Bila dia balek dari Seremban,rumah orang tua dia,dia bawak sama beberapa keping rekod.Antaranya album "B.B.King Live in Cook County Jail".Itu mula aku dengan irama blues.Memang lain.Muziknya.Cara nyanyi.Maklum lah B.B King! Bila bulan penuh,aku akan ikut Lan ke kedai muzik Hallmark di Campbell Complex.Di Hallmark Records memang banyak pilihan album2 blues dan rock.Lan memang tak pernah miss beli rekod di situ.Kadang buat tempahan rekod ke dalam keset saja.Nostalgia.

Bermula dari sini aku perlahan2 mula belajar main gitar.Siang malam aku dgn gitar.Pergi ofis pun kadang bawak gitar.Tapi aku tak belajar main blues pun.Aku mula dengan lagu2 John Denver,CCR,Eagles.Guna buku lagu yg ada kord di atas liriknya.Kemudian aku minat bermain 'blues harp" pula bila aku dengar Bob Dylan Greatest Hits Vol II.Lagu Bob Dylan saperti "Watchin' The River Flow", "My Back Page","Dont Think Twice..." begitu menarik buat aku.Ada beberapa lagi artis2 folk/blues yg main gitar dgn harmonica jadi 'hero' aku,Neil Young dgn lagu "Helpless",Juke Boy Bonner,Brownie McGhee & Sonny Terry.

Masa ni aku berkenalan dgn Mi Katun pula.Kartunis yg pernah terkenal dgn watak katun 'Joe Burger'.Kami masih berkawan sampai hari ni.Sejak dari aku mula kenal Mi kami berkawan baik, sebab taste sama.Masa tu dia berniaga burger berhampiran tempat kerja aku.Malam pulak dia jual keset di Benteng berhampiran sungai Klang.Mi minat dengar Steely Dan,JJ Cale, Neil Young .Banyak musik mereka aku dengar dari keset yg dia pinjamkan pada aku.
Selain muzik, aku dgn Mi pun pernah melukis katun di bererapa majalah humor.Mat Jenin dan Batu Api.Katun aku pernah lah juga di siar di majalah Mat Jenin dan Batu Api.Nama katun aku ialah Zenan dan juga Nanoo.Tapi aku tidak lama dgn katun.Itu pun secara partime saja.Mi agak lama sebagai kartunis.Hari ni Mi masih dgn dunia grafik dan berjaya.
Mi ada sorang adek.Din namanya.Pernah terkenal dgn panggilan Din Country.Din meninggal dunia dlm kemalangan ngeri di Serendah.Suami isteri terkorban di tempat kejadian.Cuma sorang anak Din yg terselamat dlm tragedi tu.
Din ni, dia jenis orang yg sangat cepat belajar.Masa aku berkawan dgn abangnya Mi.Din masih budak lagi.Dia sangat suka kalau aku dtang berkunjung ke rumah mereka di flat Pekeliling.Dia pun mula bergitar.Dia minat southern rock.Allman Brothers,Lynyrd Skynyrd,ZZ Top,Outlaws jadi ikutan dia.Memang dia cepat belajar.Solo gitarnya semua dia boleh cedok.Kagum aku tengok.Aku pun tak jadi macam tu.Din boleh lepas dgn sendiri sebab dia jenis 'pick up' cepat. Din pun pernah keluar album bersama kumpulan Wizard.Mereka ada sebuah lagu hit berjudul "Pencarian". Din juga pernah bersama Ajin Blackrose dan Sherry,juga former busker menghasilkan album solo Ajin.

Episod hidup aku pula bertambah konflik.Maklum lah.Jiwa remaja.Macam2 hal.Kena halau dari rumah pernah.Terlibat kes ganja pernah.Tapi kes tu tak lah seberat mana pun.Ganja sebesar kuku jari kelinking.Pun bukan aku punya.Merasa lah merengkok seminggu dlm 'lock-up' balai polis Rawang. Wan aku pulak masa tu sakit angin ahmar.Anak angkatnya Ani pula sudah berpindah ke Trengganu.Ikut suaminya.Tinggal lah aku,Tok Dollah.Masa aku kantoi kes bodoh tu, aku rasa serabut betul.Ingatkan wan aku yg sakit.Yang paling terbakar,Tok Dollah aku lah.Terpaksa dia berulang alek dari Selayang ke Rawang.Kesian dia.Salah aku, tapi aku mangsa keadaan.Begitu pun, kes tu tidak hantar aku ke penjara.Bahan bukti remeh.Yang di lokap sampai lapan orang,kawan2 yg selalu melepak.Jadi, magistrate cuma beri amaran supaya jangan terlibat dengan benda2 negatif.Gelap masa depan, nasihatnya.

Aku tak dapat nak bebas sangat sebab wan di rumah,makan minum aku yg jaga.Masa2 tension.Maklum, jaga orang tua sakit ni bukan senang.Hari ni giliran mereka.Esok giliran kita pulak.Macam tu lah roda kehidupan.Jadi aku tak dapat nak kemana sangat.Habis kerja balik.Selalu di rumah.Petik gitar pun di rumah.Kekadang aku keluar juga melepak.Melalak dan bergitar di tembok simpang jalan.Masa tu, tak pernah terfikir hal2 'busking'.Zaman tu memang tak pernah aku nampak orang busking .Central Market pun masih pasar basah lagi.Jual ikan,sayuran,babi ke apa.Mungkin kalau masa tu aku mula busking,aku dah jadi famous agaknya.Mungkin saja.Mungkin juga aku jadi penagih dadah yg terkenal.Ada juga yg jadi macam tu.
Sebenarnya orang bermain muzik dijalanan memang ada dulu.Kebanyakan mereka adalah orang buta.Alat muziknya, kibod dan perkusi, samada bongou atau tamborin.Lagu2 mereka tak lebih dari lagu2 asli.Paling update,popyehyeh.Tak pernah lah aku dengar mereka main lagu2 rock macam The Doors ke,Bob Dylan ke,The Byrds atau Jimi Hendrix.Jadi bilamana orang buta main muzik dijalanan.Mereka tampil dgn imej simpati.Lagu pun banyak 'chord minor', chord sedih,Am,Dm,G,F,E.Ini menjadikan muzik di jalanan di anggap mengemis.Ini pendapat aku saja.

Walaupun aku kena 'committed' menjaga wan aku, aku terluang juga keluar setelah makan minum wan aku dah beres.Entah macamana aku boleh terbabit masuk satu pertandingan menyanyi yg di anjurkan di restoran kepunyaan pelakon veteran Mak Nani di bangunan Angkasaraya di jalan Ampang.Aku nyanyikan lagu Ebiet Ade "Berita Kepada Kawan" dan lagu Suhaimi Meor Hassan "Uda Dan Dara 80an".Aku saja perserta yg menyanyi sambil bermain gitar.Dapat tempat kedua.Tempat pertama di menangi oleh seorang dari Selayang Baru juga.Amir namanya.Kebetulan pulak,aku pun dari Selayang Baru.Pemenang akan di beri peluang menyanyi di restoran Mak Nani.Amir menolak kerana tak mahu 'committed' dgn nyanyian.Dia sekadar suka2 sja katanya.Tapi Amir memang seorang penyanyi yg bagus.Suaranya besar.Sesuailah kalau nyanyi lagu2 style P.Ramlee.
Oleh kerana kawan aku Amir menolak peluang menyanyi di restoran Mak Nani, aku sebagai pemenang tempat kedua diminta menyanyi di situ oleh Anwardi,anak kepada Mak Nani. Anwardi beritahu yg dia suka cara aku dan lagu yg nyanyikan.Aku pun terima peluang ini.Menyanyilah aku di restoran Mak Nani selama sebulan.Selama itu lah aku lihat macam2 ragam orang yg datang.Tempat begitu memang jadi tempat orang berkepit bawak prempuan.Bila dah mabuk, bergaduh,pasal perempuan juga.Rata2 orang melayu.Aku tak begitu enjoy pun,sebab kebanyakan lagu request adalah lagu2 melayu yg bukan2.
Tak berapa lama lepas aku berhenti menyanyi di restoran Mak Nani,tempat tu bertukar jadi K Blues House yg di ambil alih oleh brader Ito dan kumpulan Blues Gang.Tapi selama K Blues House beroprasi, tak pernah sekali pun aku jejak kaki ke situ lagi.Sebabnya...

Jiwa aku pada masa tu dah semacam tak enak lagi dgn musik.Rasa semacam jemu.Fed up.Tapi aku masih bermain seskali.Pernah dapat peluang bermain di sebuah kelab Jepun di Merlin Hotel jln Sultan Ismail.Sekarang dah jadi Hotel Concorde.Menyanyi di kelab Jepun tu cuma seminggu saja.Untok promosi rokok Marlboro.Nyanyi lagu2 country & western.Memang makanan aku lah.Di situ juga lah aku pertama kali 'ter'lihat aksi tarian bogel.Kebetulan bersebelahan kelab Jepun tu ia lah sebuah 'cabaret'.Aku sebagai lelaki dan muda ketika itu, tentunya suka lihat perempuan telanjang.Yang menari telanjang tu perempuan orang putih.Hingga hari ni pun,aku suka tengok perempuan telanjang.Sebab aku laki laki. Tu pun yang secara 'accident' saja.Kalau berhabis duit untuk tujuan tengok perempuan telanjang,setakat ni belum pernah aku buat.

Begitu lah aku masa tu.Ke hulu hilir dgn gitar.Ada juga aku cuba cipta lagu sendiri.Seingat aku hampir 50 lagu.Dulu tak macam hari ni.Rakam cuma guna pemain keset.Itu saja yg boleh.Hari ni semua kemudahan boleh bawa masok dlm bilik tidur saja.Pokoknya ada modal sikit dan juga tahu cara pembikinannya.DIY. Do It Yourself.Sendiri bikin filim.Semua orang boleh buat album.Semua orang boleh buat video klip.Semua boleh buat video lucah.Ini hasil teknologi komputer sekarang.
Pernah beberapa lagu yg aku cipta aku rekodkan dlm keset.Aku berikan kepada pengurus kumpulan Headwind masa tu.Azmir kalau tak silap namanya.Senyap begitu saja.Hari ni cuma 3 lagu yg aku masih ingat."Pencemaran","Kerbau","Ku Nyanyikan Hati Ini".Yang lain sudah terpadam dari chip memori kepala otak aku.
Lagu "Pencemaran" selalu aku nyanyikan kalau ada jemputan program nyanyi ciptaan lagu sendiri saperti di KLPAC.Lagu tu juga pernah aku nyanyikan secara 'live' di program Selamat Pagi Malaysia TV1.Keudara satu Malaysia tu!. Macamana aku yg cuma menyanyi di jalanan boleh di beri 'airtime' dari Angkasapuri.Nanti aku ceritakan.

Aku memang ada bercadang untok buat rakaman bajet kecik atau bajet murah untok lagu2 aku ni.Cuma masa agak terhad.Kiranya jadi,aku akan jual CD lagu aku masa busking.Peduli apa hal sambutan.Kalau orang suka dia orang beli.Zaman dah berubah.Lagi pun aku bukan nak jadi popular.Aku cuma busker.

Alamak! nak hujan! kena balek lah. Mlm ada kerja di Hotel Equatorial.Lama sangat nak menyedia cerita aku ni.Mungkin ada yg tertunggu2 nak baca apa cerita aku kali ni..hehe.Bersambung.

6 ulasan:

WanBeruas berkata...

..memang lama sangat pun menunggunya yop..

Nan Blues berkata...

tak de komputer sendiri la yop..guna opis punye..kesian teman.

Nan Blues berkata...

Silakan!

Relong berkata...

Cukup asam dan garam hidup you. Moga lebih kental menjalani hidup mendatang.

ubilepih berkata...

salam bro..woiiittt lama tak hapdet ni...rindu lu punye blues weh!!!!

Khi AppleGreen berkata...

Saya mula kenal Allahyarham Din Januari 1999. Kami sama-sama kerja buat tshirt di Taman Sri Rampai. Lepas tauke kami buat taik, kami sama-sama bertiga (dengan Allahyarhamha isterinya) lari buka bisnes cop tshirts sendiri di Seksyen 7 Shah Alam. Abang Mi pulak dengan bisnes cop tshirts sendiri di CM. Lama kami kerja bertiga sampai aku dianggap macam adik diorang sendiri. aku tinggal dengan mak ayah diorang di Flat Pekeliling. Sampailah zaman millenum aku balik ke Penang buat bisnes cop tshirts sendiri, tak lama lepas tu Allahyarham xciden. Bisnes dia disambung oleh abang Mi. Apa yang aku tahu, Allahyarham sempat jual Gibson Les Paul kesayangan dia (dan kesayangan aku jugak) sebelum meninggal. Allahyarhamha isteri dia sempat cerita kat aku beberapa minggu sebelum diorang meninggal. Bagi aku, aku dah kehilangan abang dan kakak, serta 3 anak saudara sebab diorang semua macam saudara aku sendiri.

Al-Fatihah untuk abang Aminudin Abdul Rahman, Kak Lin, Aidil, Yaya dan baby yang belum bernama.....