Ahad, 26 April 2009

Busking Sabtu Yang Best!

25 April 2009.Hari Sabtu 8.30 pagi .Huuaahh.Nguap panjang aku .Masih ngantok .Balek dari busking kat Downtown Ceras jam 3.30 pagi.Bunyi tv kuat buat aku hilang rasa nak teruskan tidor.Lagi pun masa dah hampir pukol 9.00 pagi.Tidor apa lagi.Aku pulak pantang tidor sampai meninggi hari.Rezeki tak datang, kata orang tua2.Memang betul.Kalau dah membuta sepanjang hari,apa yg dapat!.Badan makin letih muka pun sembab.

Aku memang dah pasang niat untok busking all out hujung minggu ni.Ada kawan,Ubilepih nak datang .Aku terima sms Ubi sebut ada bawa tempoyak! Ha, tu dah kira sebahagian rezeki aku hari tu.Tempoyak dari Lipis .Memang favourite.Bagi orang dari daerah sana,tempoyak ni kira wajib ada.Teringat arwah makitam Som aku di kampong dulu.Ada stok sepanjang tahun.Berbotol2 disimpan dlm peti sejuk.Tempoyak blues.

Aku pun ride out to the city sarat dgn prop busking aku.Aku memang dah di kenali busking dgn 'prop'.Ada juga aku dengar kata2 dari mulut ke mulut para buskers ni .

"Alaah..apa nak beriya2 sangat..bukan nak buat konsert"

"Aah,orang bukan appreciate pun..."

Itu pandangan yg dia orang fikir positif.Tapi aku berpandangan positif cara aku.Aku suka begini.Bukan nak menunjuk2 .Cuma aku rasa lebih baik kalau ada set macam tu.Macamana pun,orang menonton yg menilai.Aku cuma buat apa yg aku suka.Ok lah.

Busking lah aku macam biasa.Panas pulak hari tu.Macam biasa aku selalu busking saorang.
Aku pun mainkan lagu Blues Gang yg berjudul "Panasnya Hari Ini" bila dua orang rakan buskers,Eddy dan Chot masok join bermain sekali.

Hari tu juga datang sekumpulan student jurusan multimedia dari Akademi TV3.Buat interview untok assignment dlm pengajian mereka.Aku biasanya oblige dgn student2 ni.Anak2 muda ni selalunya mereka positif terhadap aktiviti seni jalanan.Kalau tidak masakan mereka mahu mengambil gambar dan buat interview busker macam aku.Soalan2 mereka pun bernas.Mereka2 ini lah yg bakal membawa perubahan dlm dunia penyiaran kita.

Lagi yang menarik hari tu.Aku gusar dan juga kelakar bila lihat gelagat para penjual minuman dan buahan yg semakin hari semakin ramai berjualan di tempat kami busking.

Gusar aku adalah kerana kehadiran penjual2 ini mencacatkan pemandangan sepanjang jalan Hang Lekiu.Jalan itu adalah di bawah kuasa pihak DBKL.Bukan Central Market.Sepanjang jalan itu sepatutnya berstatus "pedestrian mall".Ianya ruang untok orang ramai berehat.Busking atau apa pun cara persembahan jalanan memang sesuai di situ.Tanyalah siapapun.Pelancong luar yg sering lalu di ruang itu selalunya akan berhenti seketika menonton persembahan jalanan.Ianya satu tarikan.Samada pelancong luar negara atau tempatan.

Oleh kerana dah ramai penjual yg datang ke situ,ruang biasa yg kami selalu buat persembahan
pun mula di ambil alih.Tahu tahu dah terpacak si penjual dgn troli penuh buahnya.Ini dah leceh beb! Aku terpaksa beritahu dia orang cara baik.Kami buskers dah hampir 30 tahun di situ.Walaupun kami buskers bukan ada apa hak di situ.Tolong hormat kerana sudah selama itu para seniman jalanan tempatan di ruang itu bagi tujuan berseni dan meraih pendapatan.

Mereka sepatutnya di tempatkan di satu kawasan yg ssuai untok berjual saperti itu.
Bekas2 minuman berceracak di tinggalkan oleh mereka yg memang tak ada kesedaran sivik menjaga kebersihan di situ.Pemandangan sedemikian sudah tentu beri impak negatif pada industri pelancongan.Aku yg sering busking di situ kadang2 buat pengumuman supaya mereka yg duduk menonton atau dudok saja2 supaya jaga kebersihan .Sampah, terutama bekas minuman tolong buang ke tong sampah berhampiran.

Paling tidak pun, aku ada menjalankan tanggungjawab aku sebagai wargakota yg perihatin pada persekitaran.Bukan setakat melalak di situ saja.

Macam lawak bila lihat penjual2 itu bila berhadapan dgn petugas DBKL.Bila petugas berjalan ke arah mereka,mereka pun lari menolak jualan mereka.Bila petugas berhenti,mereka ikut berhenti.Kadang2 mereka berhenti betul depan kami yg sedang busking.Memang para penjual ni tak ada perihatin pada orang lain.Yang penting mereka mesti jual dan mesti untung hari itu.Tapi tak lah semua begitu.

Kadang buat aku terfikir.Apa yg ada dlm pemikiran orang saperti ni semua.Adakah fikiran mereka hanya tertumpu pada apa yg mereka perlu saja? Macam si bodoh2 yg di panggil 'mat rempit' la contoh.Apa dlm fikiran mereka? Pernah ke mereka2 ni berfikir tentang kehidupan atau persekitaran orang lain? Ini baru 'low class' mentaliti.

Aku pun terus saja lah dgn busking bila keadaan ok.Orang ramai semakin bertumpu.Antara yg menarik lagi hari itu.Berhenti lah bebrapa anak2 muda mat saleh memberi sumbangan dan juga 'thump up' tanda sokongan.Mereka dgn gitar masing2 tersangkut di bahu.Mungkin baru habis gig berdekatan situ.Maksud aku menceritakan ini.Macamana bezanya attitude orang luar dgn orang tempatan.Orang Malaysia lah.Orang KL.
Kadang ada aku lihat budak2 band tempatan dgn gitar masing lalu di hadapan kami sedang busking.Gaya seolah olah kami tak ujud.Lalu tanpa toleh kiri kanan dgn 'ego' terpancar kat muka masing2.Bukan mengharapkan penghormatan pun.Tapi sebagai orang yg sama2 meminati seni dan muzik, apa salah berteguran atau angkat tangan pada orang lain yg sedang bermuzik.Tak begitu?.Atau mungkin budak2 band tu sedang begitu serious memikirkan tentang gig mereka? Apa apa saja lah.Yang tak ada penyakit ego ada juga dudok lepak berborak dgn kami buskers.Yang dari band terkenal lagi.

Rupanya hari tu,ramai kenalan 'blog' turun ke Pasar Seni.Selain Meor dan Nik.Semuanya tak pernah aku jumpa melainkan hanya bernota melalui 'blog'.Rakan blog.Abdullahjones.Pyanhabib.
Ramai lah hari tu.Pertama kali kami bertemu berkumpul,berbual2 sambil 'ngeteh'.
Tapi aku tak boleh lama dudok berbual dgn orang2 hebat ini.Sayang.Ubilepih antara mereka ada lah dari di Kuala Lipis.Kampong kami berdekatan.Aku selalu memang suka kalau bertemu kenalan senegeri.Orang Pahang demeh.Ubilepih betul pada janjinya.

Aku pulang ke rumah dgn hasil busking dan sebekas tempoyak dari Ubi.Penat tapi happy.

Malamnya, aku ke Downtown Ceras pula.Cerita yang lain.

9 ulasan:

sham berkata...

Bro,
ini macam la wa suka, update selalu hahah..

deme bukan sombong Nan, deme takut lu ajak jamming hahah.. 'no skin off your nose' right?

Nan Blues berkata...

Ada depa ni ingat busking lece..depa kira gig je baru happening...pening.

faizsaaid berkata...

ok tu abg nan, enjoy busking tulah yang pali best sekali

Tanpa Nama berkata...

i think that busking is one of the way untuk nasihatkan masyarakat ke jalan yang betul and persepsi malaysia to buskers patut berubah. they are seniman yang represent yang masyarakat kita yang lantang, berani dan prihatin.if you uragree,join our busking team and tour around malaysia untuk sampaikan dasar 1 MALAYSIA kepada masyarakat. we need BUSKER to do this! spread this :)

if berminat, call 016-3959903 : Nu: Breax Entertainment :)

we welcome everybody to be buskers and sama-sama hiburkan masyarakat di samping bagi mesej positif.lets join us. every saturday,kami akan adakan open interview or audition di lokasi kami,sri rampai.anythin,call number above.thanks!

Nan Blues berkata...

Lynnzay:Thanks for your support.My contact no is 0163144982.We have a buskers community.Let's do good,yeah!

ubilepih berkata...

Bro kalau akak pandai suruh dia buat Pais ikan patin dengan tempoyak blues tu..ha..ha..terima kasih weh sudi mengeteh ari tu..salam jumpa dan jumpa lagi..ha..ha

Nan Blues berkata...

Ubi:Fullamak!Pais Ikan patin! akan cuba.Selalunya tumbok ikan bilis & cili dan goreng dgn tempoyak..letak terong manggo..terong kecik yg dulu buat peluru senapang kayu!

binjidan berkata...

satu lagi rujukan yg bermanfaat dalam diri kita smua..hormat menghormati antara sesama..

meorpestajiwa berkata...

bila mau update yob?haha