"Cepat, Mesra & Betul".Baca cogan kata PDRM.
"To Serve & To Protect".Itu cogan kata polis di Amerika.
Mana2 negara di dunia hatta negara komunis pun ada polis.Tugas polis ialah menjaga keamanan dan keselamatan orang ramai dari jenayah.Perhatikan undang2 dan peraturan di patuhi.
Bukan semua orang tahu tugas polis.Ada yg ingat kerja polis tangkap orang masok lokap saja.Ada juga yg gelabah bila nampak orang beruniform dan berjeket sinar.Terutama waktu malam.Bila sampai dekat, rupanya orang JKR sedang repair jalan.
Mari kita teruskan tentang kita dgn polis.Tapi sebelum tu aku nak nyatakan di sini.Ini bukan nak 'condemn' polis.Cuma menyatakan tentang perkembangan semasa.Ini melibatkan aku,keluarga aku, kita rakyat khususnya.Kita yg sepatutnya di beri perlindungan oleh kerajaan melalui organisasi yg kita sebut POLIS.
"SLOPPY COPS UNDERFIRE!".
Itu tajuk headline akhbar The Malay Mail hari rabu 27/5/09.Bersama laporan akhbar berserta juga empat kes melibatkan kelembabpan dan betapa tak cekapnya anggota polis terlibat dlm menjalankan tugas menjaga kepentingan dan keselamatan orang awam.Bercanggah dgn cogan kata PDRM.
Kes 1.
Dua orang anggota polis trafik sedang bertugas enggan membantu saorang mangsa wanita yg baru di ragut.Mengejar penjenayah bukan tugas mereka.Itu yg di lapor.
Setelah itu si mangsa buat laporan di balai tentang kes ragutnya, dia berdepan dgn kerenah lain pula.Kesian.Dah lah kena ragut.Polis enggan tolong.Pergi report ke balai cerita jadi lain.Tak puas si mangsa,pergi mengadu dia tentang polis ke wakil rakyat kawasan dia.???
Kes 2.
Juga melibatkan ragut.Setelah berjaya memberkas saorang penjenayah ragut,warga ni pun buat panggilan kepada polis.Polis ambil masa 1/2 jam untok sampai ke lokasi tu.Alasan polis ia lah mereka sedang tukar syif.???
Kes 3.
Saorang tuan punya pusat internet datang untok mengambil semula komputer2 yg di tahan ketika operasi.Hampir RM100,000.00 jugalah jumlahnya.Denda dan proses itu proses ini dah di bayar,tiba nak ambil barangnya hilang.Hilang dalam tahanan polis.???
Maka berjanjilah ketua polis akan menjalankan siasatan.Kes lain banyak tak selesai,tambah lagi kes yg melibatkan polis yg sepatutnya menyiasat.
(Mati dalam tahanan polis pun ada..)
Apa cerita? Mana pergi amanah? Mana pergi kredibaliti polis?
Samada kita sedar atau tidak.Peratus jenayah di Malaysia meningkat hari demi hari.Baca saja akhbar.Dengar dan lihat saja dalam peti tv.Semuanya memutarkan isi perut.Bila ini berlaku tiada siapa akan mahu memikul tanggungjawab.Bermula lah perang jari telunjuk.Menteri KDN kata macam ni.KPN kata begitu.Jenayah terus meningkat.Keselamatan rakyat terus terabai dan tergugat.
Tapi polis akan cepat bertindak dan begitu cekap sekali kalau melibatkan kepentingan orang atasan atau orang politik pemerintah.Jangan begitu.Polis mesti adil dan melindungi tanpa pilihan.Polis juga manusia biasa.Manusia ada Tuhan.Bukan robot atau cyborg yg bertindak mengikut program. Ingat ROBOCOP?.
Ketawa aku bila saorang kawan secara berseloroh berkata, andaikata isteri saorang tokoh penting negara di ragut maka kita akan lihat sekatan jalanraya setiap satu kilometer di setiap lebuhraya di setiap jalan di setiap lorong.Helikopter2 akan meligari udara.Kereta2 kebal berkubu di tiap lalu masok bandar.Sampai macam tu sekali.Lucu.Tapi memang kita boleh berasa demikian kalau melibatkan pihak tertentu.
Tak di nafikan masih ramai pegawai dan anggota polis yg bertugas memberi khidmat sebaik mungkin dan jujur.Aku sendiri pun pernah bertemu dgn yg demikian.Tapi oleh kerana ada yg malas,korup dan khianat,seluruh intergriti dan 'inti-inti' yg baik pasukan polis terjejas.
Jabatan polis di syorkan buat 'overhaul'.Lima tahun sekali.Macam pilihanraya umum.Kenal pasti mana anggota atau pegawai yg berkhidmat sambil lewa.Mana yg malas, berhentikan.Tawarkan mereka kerja di kilang rokok atau bagi mereka modal berniaga kedai minum teh.Mana yang rasa tak cukup kaya dan perlu banyak duit, berhentilah jadi polis.Mohon jadi pengurus kedai loteri atau nombor ekor lagi bagus.
Kami rakyat memerlukan perkhidmatan polis yg cekap.Rakyat mahukan persekitaran kurang jenayah.Rakyat mahukan polis yang menjaga kepentingan rakyat.Rakyat mahukan negara rakyat.
Hello.Polis? Di sini ada penyamun kami baru tangkap.
Datang ye..Jangan tak datang.
Lambat sikit? Ngapa?
Aa? kunci kereta hilang?
3 ulasan:
..masa tu wa baru keluar dari Life Centre tengok gig Napalm Death..alih2 ada saorang mamat skin head tu kena hentak dengan satu group skin yang lain...ada dua orang polis tu boleh tengok jee..ape ke hall??!!Tak kira le sapa betul sapa salah pegi le leraikan ke apa ke..ini idak depa turut sama jadi penonton!!
wa baca komen timbalan chief polis.Timbalan akan respon pada apa aje situasi walaupun sedang berada dlm bilik kecik.dia aje la yg kata gitu.Yg lain cuma kata "susah beb..polis poblem berhadapan ngan situasi cam ni..korang cakap senang la.."
tunggu sapa nak buat slogan
'tunggu & lihat'.
ha..ha..ha..ha..dengan polis tu pun kita dah tak berapa selamat bang!!!!
Nak harap dia jga keselamatan..ha..ha..payah...
Catat Ulasan