Khamis, 19 November 2009

PASSION maknanya...

berahi atau bersungguh..boleh juga bermakna dgn 'begitu komited'.committ.committment.

doing it with full of passion.

ada kita memancing dgn penuh kesungguhan.meredah hutan dan sungai,paya dan lubok.
ada kita dgn kamera menembak suasana kehidupan..di abadikan dlm shot2 yg begitu seninya.
ada kita mengejar betina dan perempuan demi nafsu gila kita.macam2 lagi lah.semua di dorong atas rasa berahi melakukannya.penuh kesungguhan.hati puas kemudiannya dan mahu lagi.

bagi aku, bernyanyi dan bergitar, itu passion aku.bukan untok apa pun.hingga pada ketika aku tak sedar pun antara yg melihat aku tu ialah saudara sedarah aku yg lama tak bertemu.begitu lah asyiknya.aku hanya suka bernyanyi dan bermain gitar.blues.

sampai juga ke telinga yg aku umpama orang bodoh.berbelanja membeli alatan sekadar untok bermain di jalanan.tapi itu lah aku.di situ lah kesungguhan aku.aku tak hipokrit.

jauh di sudut hati aku, aku harap apa yg aku buat dpt di terima .ya, memang susah melakukan.aku tahu masih begitu ramai peminat muzik tak dapat menerima pemuzik bermuzik di jalanan.pernah aku dudok di kalangan mereka, tapi bila bercerita tentang perihal busking..mereka seolah hilang minat.leceh kelihatannya.ah..

takpa lah.aku terus juga.aku dah set dan aku pun tak kisah.biarlah kalau tak ada yg mahu faham.aku pun bukan mahu bikin orang 'impress' dgn apa yg aku buat.tapi kalau ada yg menghargai..aku pun menghargai mereka.kawan.senyum.peace and love.

cuma sejak kebelakangan ni keadaan aku sangat menghalang aktiviti muzik aku.sakit belakang yg aku hidapi begitu menyakitkan melarat ke bahagian kaki.susah berdiri dan berjalan.sampai terpaksa guna 'crutches'..parah juga.tapi dalam keadaan sakit begitu..aku daya juga ke salah satu tempat aku bermain .nasib juga anak lelaki boleh menghantar aku ke situ.

sampai bila aku terus begini?

jawabnya nya..selagi aku mahu..selagi aku mampu..selagi aku suka..selagi aku daya.

kau peduli apa?

till then, if i have to walk alone..i'll walk..

with passion : )

6 ulasan:

WanBeruas berkata...

..sakit belakang memang menyeksakan bro wa dulu pun asik ulang alik ke spital je wat terapi..makan,minum,aktiviti semua kena jaga..nak wat camana kita bukan makin muda..he he..

Nan Blues berkata...

cobaaan..

meorpestajiwa berkata...

jalan terus yob...

ubilepih berkata...

guane weh belakang deme? sakit lagi? cuba bawak beurut tradisional..cuba lah kut2 boleh baik...lupa nak tanya org baru dah lahir ke?

binjidan berkata...

wah patutlah sudah lama tak berbusking nan...........

apa crita rock the world jadi ka?

Nan Blues berkata...

meor : jalan dgn tambah lagi 2 kaki..jadi 4 lah kaki aku skang.

ubi : hari ni baru mula keje.3 minggu cuti sakit.ada juga urut.insyaallah,pelan2 sembuh.

nik : jadi.jumpa sana.