Al Fatihah buat roh arwah ibu ku.Allahyarhamah Fatimah bt Yatim.
'The Loner'. Ini tajuk yang aku pilih untok update ruang aku kali ni.
'Loner' maksud dlm bahasa melayu,Penyendiri...betul ke?
Ada juga beri makna 'kera sumbang'...tak campur orang. Mungkin juga bermaksud..tak pandai bergaul.
Macam tajuk lagu la pulak.Aku ingat,1 lagu Neil Young,1 lagi lagu Eric Clapton.Lagu melayu?..tarak.
Tapi ni bukan nak cerita pasal lagu. Nak kongsi cerita aku dgn sesiapa yg sudi baca.
Kongsi pengalaman pun ya juga..hehe.Mana tau, mungkin ada orang yg pengalaman hidupnya sama dgn aku. Jadi satu spesis la kita.
Teringat aku masa mak aku masih ada.Pernah aku bertanyakan keadaan masa aku dilahirkan .Diberitahunya lah aku olih mak bahawa, aku di lahirkan pada tengahari.Hari Jumaat .Tarikh tak perlu la.Tahun '59.Zaman klasik.
Mak beritahu,tak ada orang waktu aku di lahirkan.Bidan takda,bapak aku takda,wan aku takda,tok aku takda.Cuma mak aku aje yg ada..memang la! kalau mak aku pun tak ada..apahal pulak cerita. Dah kering badan aku..baru la ada orang tiba..wan Sendek, mak kepada bapak aku,dia yg sampai dulu.Tu lah cerita arwah mak aku.
Itu lah permulaan hubungkaitnya 'The Loner' dalam cerita aku.Sejak awal hidup aku lagi aku memang 'loner'...dan 'blues'. None that recieve me..
Zaman Kanak2.
Seingat aku,aku penuh kudis dan kerap berhinggus..ish!Selalu terpinggir..selalu kena buli.Jarang berpakaian.Ada masa aku di pakaikan baju budak perempuan.Siape lah punya kerja.Gelak.Tak banyak kenangan manis dan indah yg aku boleh ingat.Bermain dgn tanah liat
di bawah rumah.Itulah antara permainan kami masa kecil di kampong dulu.Di bentuknya jadi kereta,kapal terbang dan apa saja yg terlintas di fikiran dan pernah di lihat masa tu.Bukan jenis yg ada di sekolah hari ni.Tanah liat yg di ambil dari lopak paya depan rumah.Televisyen tak pernah tengok.Tak tau pun .Wayang ada lah.Di anjurkan sekali sekala di pekan Padang Tengku ketika itu.Tapi aku tak pernah ingat menonton.
Masa umur aku 5 tahun, aku di serahkan olih bapak aku kepada mak saudara nya,Wan Kesom.Wan Kesom ni tinggal di Kuala Lumpur.Dulu di kampong,kalau orang tinggal di Kuala Lumpur ni kira gempak lah. Ini lembaran baru dlm perjalanan hidup aku,tapi 'blues' tetap jadi teman aku. 'Loner' dan 'blues' ni berkait rapat..macam kawan sejati.
Dari Kuala Lipis ke Kuala Lumpur.
The lonely journey begin.Aku ingat lagi hari tu.Aku di siapkan untuk di bawa ke Kuala Lumpur.Rasanya, itulah hari aku berpakaian baru.Baju kemeja dan seluar pendek.Pakai selipar jepun.Aku kemudiannya di ambil gambar bersama dua orang abang aku Azman dan Azmi.Ada juga kenalan keluarga bernama Azhar ikut bergambar.Itulah satu satunya gambar aku masa kecil.Sebenarnya aku pun tak tahu bahawa aku di bawa terus tinggal ke Kuala Lumpur.
'Journey' aku dari Kuala Lipis ke Kuala Lumpur.Lama rasanya aku dalam bas 'Lin Siong', merentasi banjaran Titiwangsa.Kesunyian hutan Fraser cuma dicemari bunyi enjin bas yg aku naiki.Dulu, perjalanan dari Kuala Lipis ke Kuala Lumpur laluannya ikut Fraser Hill.Ada tempat berhenti rehat,The Gap.Lepas Gap,Kuala kubu kemudian Rawang.Lama lepas tu baru lah tiba di Kuala Lumpur.Laluan ni masih ada lagi.Nostalgia bagi aku.Ada masa,aku saja2 kesitu, mengimbau kenangan sambil menikmati alam rimba yg indah segar.Harap2 biarlah ia kekal begitu.Tapi sebahagian laluan ini yg sudah di genangi air bersama PERTAK dan beberapa perkampungan orang asli atas nama pembangunan juga bagi keperluan bekalan air untuk rakyat Selangor.Di tenggelami jadi Empangan Ulu Selangor.Oh ya,laluan ini juga ada menyimpan sejarah negara ketika era darurat.Seorang pembesar British, Sir Gerald Templer di tembak mati.Ada sebuah papan tanda bagi memberi tanda tempat berlakunya peristiwa 'ambush' tu.Masih ada lagi kah papan tanda tu aku tak pasti. Begitulah cara orang putih.Mereka prihatin dan mengambil berat kerana sejarah sangat penting.Orang melayu pun prihatin jugak..macam aku ni,tulis sejarah hidup sendiri setakat yg boleh ingat.
Keluarga Angkat.
Wan Kesom dan suaminya Tok Dolah, tak punya anak.Aku mereka bela bersama sorang lagi anak angkat perempuan,Kak Ani.Wan aku berkerja ambil upah memasak dan mengemas rumah orang.Tok pulak berkerja sebagai 'armourer', repair senjata di kem Batu Kentomen. Masa Ani pergi sekolah,aku di bawa oleh tok aku bersama ke tempat kerja.Tok kayuh basikal klasik dari kg Baru ke batu Kentomen.Aku di letaknya atas palang depan.Macam tu lah hari2.Ada masa, kami di tinggalkan di rumah.Jiran2 ada berdekatan.Rumah kami di kg.Baru dulunya di panggil 'rumah haram'.Istilah setinggan rasanya belum dlm penggunaan lagi.Ingat lagi aku..depan rumah kami ada tebing tinggi yg di panggil benteng,ada sungai.Seberang sungai pula, tanah perkuburan Ampang.
Bercerita sikit tentang Tok Dolah.Dia anak jati kg.Baru.Keluarganya yg ramai di kg.Baru adalah kalangan orang2 yg di hormati..orang ada2.Tapi dia tak kaya walaupun kaum keluarganya kaya.Adalah hikmahnya.Tuhan saja yg tahu.
Tok Dolah ni garang.Kalau dia naik angin jadi mangsa lah kami.Tali pinggang,rotan biasa.
Suka bela burung tekukur dan merbok.Jadi rumah kami pun jadi sarang burung.Tok Dolah juga terkenal dengan panggilan Dolah Burung.
Alam persekolahan.
Awal tahun 60an ,aku mula sekolah.Masa tu juga kami dipindahkan dari Kg Baru ke Selayang Baru.Selayang Baru adalah penempatan baru.Satu kawasan bekas perlombongaan yang luas di bahagian utara Kuala Lumpur.Sebahagian penghuni rumah haram kg.Baru di pindahkan ke Bukit Belacan Ampang.Kawasan rumah haram di Kg Baru di bangunkan jadi Pasar Minggu.Pasar Minggu kononnya bertujuan dijadikan pusat peniagaan dan meningkatkan ekonomi orang melayu.Juga sebagai lokasi kebudayaan & pelancongan.Semua peniaga melayu di Jambatan Gesel kg.Baru berhampiran Chow Kit dipindahkan ke Pasar Minggu.Tahun2 permulaannya nampak OK..masuk lewat tahun 70an, KO.Pusat peniagaan orang melayu,bungkus.Bertukar jadi pusat penagih dadah melayu pulak.
Inilah polemik orang melayu, dari dulu jadi alat dan mainan politik tak sudah sudah..
Awal zaman persekolahan,aku dah mula berdikari.Berseorangan di rumah.Jadi 'loner'.Wan dan tok pergi kerja,Ani bersekolah di jalan Stoney kg. Baru.Aku ke sekolah dgn menaiki bas bersendirian.Tok dan wan dah beri tunjuk ajar turun naik bas.Dari Selayang Baru ke Batu 5 jalan Ipoh.Lebih kurang 6 batu jauhnya.Masa tu keadaan tak lah sesak macam hari ni.Di sekolah, aku bukan pandai. Biasa2 saja.Tak pandai yang lebih.Satu peristiwa yg aku masih ingat sampai tua ni ialah, aku 'tekucil' dalam seluar.Darjah 1F.Waktu habis kelas, kena beratur.Murid2 lain semua pulaukan aku.Manakan tidak..busuk daa!Ada juga yang mengejek.Celaka.Tersingkir lagi aku.
Kerap aku teringat dan rindukan mak dan kampong aku.Pemandangan sekitar sekolah ada bukit2 dan hutan,menyuburkan pada perasaan rindu aku.Macam persekitaran di kampong.Ada pulak landasan keretapi api berdekatan.Pernah juga aku berfikir masa tu..kalau aku jalan ikut rel keretapi ni..boleh sampai kampong aku agaknya..he he.Ada sebuah stesen keretapi di kampong aku,Padang Tengku.
Ketibaa hari raya adalah masa yg sangat mengembirakan.Itu lah masa aku dibawa balek ke kampong oleh Chu Yah.Chu adek perempuan bongsu ayah aku yg juga tinggal di KL .Chu kerja di syarikat rokok Rothman.Masa yg sangat gembira.Perjalanan ke Kuala Lipis jadi lebih menyeronokan bila melalui laluan hutan Fraser yg dingin.Seronok melihat keindahannya.Sesekali nampak beburung hutan yg berwarna warni.
Bila di kampong,aku tak lekang dari mak dan adek beradek.Bermain bersama .Gurauan yg kasar pun seronok. Saudara mara di kampong gembira tengok aku.Maklumlah, aku dah jadi orang Kuala Lumpur.Membesar di di Kuala Lumpur.Kudis dan hinggus dah tak ada.Pakaian pun elok lah sikit.Cara bercakap aku pun lain.
Tapi seronok tak lama..sekadar 2 ke 3 hari saja.Lepas tu balek semula ke KL.Itu masa yg hiba dan 'blues' bagi aku.Sepanjang jalan pulang ke kota aku bersedih.Hutan Fraser yg indah pun tak menghiburkan.Kalau boleh aku memang tak nak balek ke Kuala Lumpur.
Begitulah kehidupan zaman kanak2 aku.Rasanya, alam pembesaran seseorang tak sepatutnya begitu.Tak dapat merasa kehidupan dan kasih sayang dari keluarga sendiri.Ada mak bapak, tapi di takdirkan membesar dgn keluarga angkat. Jadi aku tahu macamana rasa anak2 yg di besarkan dalam keadaan begitu.Kebanyakannya tentu tak merasakan kasih sayang sejati..kasih sayang ibubapa sendiri.Anak2 yg membesar dalam keadaan ini, aku pasti ada menyimpan satu perasaan luka.Kedukaan akan terus tersemat dalam jiwa.Apa saja cerita nya.Kami ada lah 'The Loner'.
Kita minum dulu..! Raikan jiwa.Ada masa bersambung lagi.

6 ulasan:
takziah dari aku..
Deme tak hafal sgt lah cakp lepih ya bro...?...selalu lgi ke balik sini...wa pun idup blues lebih kurang lu gak...tambah2 bila mak wa pun dah arwah...Lone ranjer gak..ha..ha
Lu k gak. leh gi skolah. Gua duk ngan apok sendiri pun tak leh gi skolah. Loner kat rumah sendiri lagi le merane beb...
loghat Pahang barat ni tak boleh hilang dari jiwa keh weh...
menarik......itu semua takdir yob...warna-warni hidup kasi kita lagi matang dan dewasa dalam hidup yang sedang-sedang ini..heheh..
salam abg nan, terima kasih ajak saya busking dulu, walaupun 2 lagu, tapi merasa jugak busking kat CM ngan abg nan. Terima kasih
artikel menarik, semua orang ada matlamat seni masing masing, saya masih tercari cari perjalanan seni saya.
-ninjaseni-
Catat Ulasan