Hummphh...fuh! fuh! ish beraboknya ruang blog aku nih.Hmm.
Aku bukan penulis.Idea pun kurang.Jadi begitu le.Cuma bila jari jari berkurap ni rasa gatal nak catat ..maka ada ceritanya skit.
Tajuk Kencing kawasan bukan apa...maksud bodohnya..'territorial pissing'.Macam binatang singa harimau..kucing ke..akan tandakan kawasan yg di kuasai dgn mengharumkannya dgn kencing.Kucing lain jangan nak kacau tempat dia.Itu la kawasan dia.Bau kencing dia.
Manusia pun mcm tu juga.Territorial.Tapi kawasan rumah je lah.Tempat awam mana boleh kita kata kita punya.Nak kena seligi dgn polis..buat lah.Habis, apanya tajuk kencing kawasan ni?
Bukan apa..selama 2 bulan..dekat 2 bulan aku tak ke CM.Busking.Siang Ahad tadi laratkan diri aku.Ruang keramat tu macam tu lah.Busker tak ada ..tak jadi apa pun.Bukan ada sesapa nak jerit mberontak.."Busker! busking!...kami mahu busker busking!".Orang duduk dan lalu lalang juga.Cuma kalo ada kelibat si busker tercegat dgn gitar tersandang..maka akan mula ada lebeh beberapa orang mula duduk dgn harapan dapat di hibur dgn alun gitar dan nyanyian.Musik memang menarik. Itu lah kuasa nya.Mengumpulkan orang.
Orang boleh di katakan ramai juga hari ni.Busker cuma aku saja.Tak mcm hujung minggu selalunya.Busker berebut tunggu giliran nak busking.Hingga kekadang timbul rasa kurang senang.Pernah juga satu ketika dulu, sampai ada yg 'bertendang terbang'..kes tak puas hati.
Sekarang mungkin tak lagi.Buskers sekarang dah jadi 'barangan berharga'.Tempat2 tumpuan ramai,gedung2 dah mula nampak 'value' pada buskers.Tempat2 khas mula di sediakan.Token yg agak baik di bayar.Tuan punya permis tahu, buskers memang jadi tumpuan.Satu perkembangan yg baik.Jadi buskers boleh bergiat secara aman tanpa gangguan dari mana pihak berkuasa.
Cuma nasihat aku pada kawan2 jalanan seperjuangan.Masa berubah.Hidup mcm roller coaster...hujan pasti berhenti...dan kemudian akan hujan lagi.Gunakan ruang baik yg di beri.Polish up your act.
Macam yg aku selalu tulis dlm ruang yg sudah.Busking ini profesion.Kita yg pilih mahu begini.Jadi kalau kita mahu jadikan cara kita cari rezeki di pandang baik di mata lain,kita tunjukkan yg baik.. yg terbaik.Jgn sambil lewa.Ini kerana pengalaman di ruang keramat CM itu aku perhatikan.Sikap atau kata2 yg berbunyi "...CM ni aku praktis je.." atau " ..aku busking ni ..practis saja.."..ini sikap sambil lewa .Hisap rokok...berhenti jawab telefon.Ini lah antara yg memberikan gambaran negatif pada orang yg menonton persembahan jalanan kamu.Kitalah yg bertanggung jawab pada reputasi diri sendiri.Kalau kita buat bagus...bagus lah kita.Kalau sebalik..jangan pula menuding jari pada orang lain.Syak begitu begini.
Kita juga adalah seniman.Walaupun bukan nama besar tapi seniman juga.Di kenali juga.Jadi jagalah reputasi diri.Apa ini tidak positif? Fikirkan.
Busking ini kerja.Kita di bayar.Bayangkan sendiri.Wang di perolehi di gunakan untok diri dan famili.Jadi berkerjalah dgn sebaiknya untok hasilnya.Tak kira lah dimana.
Ruang busking keramat CM di hadapan kolej itu bagi aku begitu bermakna.Di situ lah ramai anak muda mencuba nasib menjadi penyanyi.Hingga ada yg pernah ke rancangan tv.Di ingatkan, di situlah kita semua bermula dan mencuba nasib.Memang tak jadi kaya.Tapi ramai kita mampu bertahan di Kota Sampahsarap ini.Boleh menyambung kehidupan.Di situ lah mulanya.Jadi jangan lah lupa.
Ada kawan2 yg mengatakan aku sebagai busker berjaya.Macam usahawan atau petani berjaya pulak bunyinya.Hanya kerana punya koleksi gitar yg bermacam ,beberapa amp dan alatan PA.Terima kaseh kerana menganggap begitu.Tapi bagi aku biasa saja.Tak ada apa yg nak di bangga atau di jayakan.Memang aku suka punya barangan untok perlu aku berbuat perkara yg aku suka.Di rumah pun begitu.Apa yg asas, aku mesti ada.
Ada beberapa kawan yg karier muzik mereka aku kira okay sekarang.Dulunya bermula sebagai busker di jln Kasturi itu..kini pandang sepi tempat dimana mereka bermula dulu.Lupa mereka tempat jatuh dan bermainnya dulu.Tak patut begitu.Jangan lupa diri.Apa salah kalau datang sesekali busking di situ.Malu? kerana muka dah keluar tv atau mungkin..Melayu kot?.Ahh.Melayu..
Mungkin mereka tak berfikir semana aku berfikir.Busking..busking saja.Apa yg nak di nostalgiakan.Mungkin.Tak jadi apa2 makna.Siang tadi sebelum mula tugas di tempat keramat itu..aku di sapa oleh seorang seniman...Selamat Asrin.Begitu lah dia.Cuma rambutnya begitu 'dread' sekali.Itu pilihan dia.
Tanya aku, tidak busking hari ni?..maka mendengar lah aku rungut2 si Selamat.Aku faham..dan tak ingin melanjutkan lagi rungutnya.
"Dah makan..?"
"Belanja minum aje la.." Cepat pick up Selamat.
"Minum teh ais" seringai si Selamat.
"Teh ais berapa?"
"Seinggit mpat posen.." seringai Selamat mati.Selamat beredar ke tujuan dan hajatnya untok nikmat segelas teh ais . Meninggalkan aku dgn rm2.00 dlm genggamannya.
Tak boleh kaya busking kat sini.Itu lah yg di runggutkan Selamat Asrin.Apa apa aje lah.
Mungkin esok lusa kita akan nampak juga Selamat Asrin dgn gayanya di ruang jln Kasturi.
Ini Kuala Lumpur.
Aku pun mulakan tugas aku sebagai seniman jalanan lewat tengahari itu.Ramai mula singgah duduk di ruang keramat itu.Ada beberapa orang mencuri rakam gambar.Pelancong luar rambut perang antaranya, sambil beri 'thump up' dan tip sebelum beredar.
Ya.Memang tak boleh kaya.Mustahil boleh kaya.Tapi pasti...mengembirakan.Koleksi tip hari ni cukup untok belanja poket anak2 ke sekolah.
Hari ini aku telah kembali ke kawasan kencing aku.Dan aku tinggalkan keharuman aku.
3 ulasan:
..kita yang biasa biasa ni bro klu dah berjaya pun masih jugak ingat rumput di bumi..apa le yang nak dibanggakan..ha ha..eh 1hb.aritu wa jenguk jenguk gak kat CM kot ada lu dengan Meor..tapi tak mandang..takde rezeki wa le tuu..he he..
wan:Meor & nik ada di kl sentral tiap jumaat sabtu & ahad.ada peluang dtg le.
Rezeki halal bro. selamat meneruskan.
Catat Ulasan