Khamis, 11 Februari 2010

ACTION!!




"Apa pasal engkau tak cakap bahlol!"


Itu antara skrip keramat dunia perfileman melayu.Pelakon Ahmad Nisfu memarahi P Ramlee dlm filem "Seniman Bujang Lapok".Boleh dikatakan rata2 kita boleh hafal.

Memang lucu babak itu.


Baru2 ni adalah aku lawat ke ruang Walk Of Life kawan kita Benludin.Aku suka ruang Ben kerana artikel2nya yg sinis.Juga banyak fokus pada daerah kampung halaman kami.Kuala Lipis.
Selain tu..musik latarnya ialah alunan gitar slide seorang lagi Ben.Ben Harper.Pemuzik blues favourite aku juga.Jadi, kami anak Lipis yg banyak mempunyai citarasa yg sama.Tempoyaak!

Membacalah aku akan satu iklan diruang Ben."Wahai orang2 kampong sekelian".Mengajak anak2 Padang Tengku berlakon atau jadi krew untok sebuah filem."Hanyut" .Itu tajuk filem tersebut.Pernah aku terbaca dlm sebuah s/kabar.Filem itu akan di arah oleh U-Wei.Siapa tak kenal U-Wei? Pengarah dari China ke? Aaah.Jangan nak merapu .


Difahamkan "Hanyut" di garap dari sebuah novel.

Aku bukan nak berderita pasal filem "Hanyut".Cuma aku nak meluahkan rasa suka aku tentang berita tersebut.Maklumlah.Padang Tengku ialah kampong lahir aku.Kampong halaman yg telah lama aku tinggalkan.Kenangan kecil aku di sana.Sungai Jelainya.Jalan batunya.Bayangkan tiba2 nanti akan di abadikan dlm sebuah filem.Ianya juga bukan saperti kebanyakkan filem2 melayu tempatan.Pengarahnya pula ia lah U-Wei Hj. Saari.Pastinya filem itu ada kelainan.Aku akan tunggu tayangan filem itu.

Beberapa tahun dulu, Kak Fauziah Nawi telah membuat shooting di kampong Gua.Kg Gua tidak jauh dari Padang Tengku.Fauziah Nawi juga saorang pengarah teater dan penerbit yg di segani dlm industri seni & filem/drama tempatan.Hampir 80 peratus set drama yang bertajuk "Rumah Kenangan" itu di ambil di rumah kepunyaan Pandok Mael.Adek kepada ibu aku.Aku pun tak tahu bagaimana production team Fauziah Nawi berminat mengunakan rumah ayah saudara aku untok shoot drama itu.Apa pun, ianya bagus sekali.Tidaklah drama dan filem melayu ni asyek dgn cerita merapu kehidupan golongan kaya dan glamour saja.

Sebelum ini ada juga terdengar desas desus atau ura2 hendak membuat sambungan filem "Seniman Jalanan II".Kalau betul2 lah...macamana agaknya filem tu ye?...

"Weii..lu jangan berangan nak jadi pelakon plak..Lu busking je"

"Yelaah..wa busking!"

CUT!

6 ulasan:

aku berkata...

aok lebih hebat sbg busker..

ubilepih berkata...

kalau seniman jalanan 2 nak ajak pok de belakun sudi ke?!!!
kalau sudi insy nanti dia orang jemputpok de...tapi pilem tu masih dalam peringkat bincang2 lagi katanya..

benludin berkata...

haha....kembang idung keh!

keh minat sgt ben harper. penah pi konsert dia tahun 90an dulu. tapi album baru dah banyak ala-ala gospel...biasalah, dia nak bernasyid gak...hahaha!

nanti balik lepih kabo kat keh atau ubi. boleh kita melawat tapok pilem 'hanyut' tu...

Nan Blues berkata...

aku:biase2 aje demeeh.

ubi:alamak..tawaran susah nak tolak tuu.tengok nanti.

keh mbalek nti..kabor ke demeh.

WanBeruas berkata...

..meor pernah ajak aku ngeteh..jadi aku yang tak paham apa ni diam aje laa..he hee..loghat Pahang lebih kurang Perak gak kot..

Nan Blues berkata...

wan:loghat Perak sebelah Kangsar memang dekat nak sama bunyi sebutnye.Masakan..landskap nye pun hampir sama.Pernah dorang buat satu ekspidisi rentas banjaran Titiwangsa mula dari Slim,Perak turun ke Ulu Sungai,Raub.