Isnin, 8 Disember 2008

Hari sabtu Dis 6/2008.Lagi bencana menimpa beb.Tanah runtuh.Yang kena kali ni..kawasan orang2 kaya...orang ada2.Tuhan Maha Adil.Maha Mengetahui.Bencana dtg tak kira siapa...tak kira mana.Tapi selalunya Dia tak bagi bencana macam tu aje...kalau yg ada mata...tentu nampak petanda..atau 'early sign'.Tapi kat sini bukan nak komen pasal bencana tu...Aku ni orang biasa je...aku juga sorang busker.Jadi hari tu mulakan nyanyian aku di Central Market dgn lagu "Berita Kepada Kawan" ...lagu Ebiet G. Ade.Lagu tu pun aku dah 'personalise'kan...jadi rapat dgn jiwa aku.Masa berlaku tragedi Tsunami dulu pun aku nyanyikan lagu tu di satu gig buat kutipan mangsa tsunami kat Backyard Bistro,Sri Hartamas.
Lepas nyanyi..selalu gak aku suka bercakap2 pada orang yg menonton.Dia orang ni dengar je...ada yg tersenyum dgn komen aku.Aku kata..tu la..jgn la suka sangat jadi orang yg suka tinggal kat atas2 bukit..atas tempat2 tinggi...potong bukit buat rumah...potong bukit buat kondo...potong bukit buat apa ke jadah lagi!

Hari Ahad Dis 7/2008.Aku cam biasa..hujung minggu ke Pasar Seni lagi...busking.Itu rutin hujung minggu aku..selepas settle hal anakbini kat rumah.Apa yg menarik senario hari tu...ada pulak buskers dari luar negara pun dah mula menular ke Pasar Seni Kuala Lumpur.Sebelum ni memang ada juga yg dari Jepun.Selekeh rabak dorang tu (Jepun).Tapi kali ni dari BOLIVIA.Dorang bagus!Tampil musik asli "Andean Flute" dorang.Dorang ada persediaan dan attitude.Mulanya agak rasa tergugat juga aku di buatnya.Tapi selepas salah sorang dari ahli buskers Bolivia tu jumpa aku dan berkenalan.Aku okay.Itu attitude.Menghormati tuan rumah...atau orang yg dtg lebih awal.
Jadi kat sini nak sentuh perihal sesetengah orang kita pulak.Macamana ada pihak orang kita...yang lebih senang menganggap buskers ni sebagai golongan pengemis.Cuma sebab ada akta...akta orang papa ke apa ntah.Hello...kami berusaha dan berkarya ni! Tak semesti seni persembahan ni kat atas2 pentas untok tontonan orang ada2 aje...kaca TV saja cik oi.Seni persembahan jalanan pulak..korang tengok remeh dan leceh dan takde standard...bangun la oi! Bukak minda korang tu.Jangan asyik dgn giler glamer korang tu...tak kemana jugak!

Buskers tempatan pulak...(ni pon nak kena komen ni).Ada jugak yg nampak mcm nak glamer2 tu.. persediaan takde.Jangan anggap busking ni mcm nak ambik kesempatan je!Bila kita dah berdiri depan orang (nak buat persembahan?) tentu kita dah ada persediaan.Ni depan penonton beb!Penonton semua sama.Pentas ke...kelab ke...tepi jalan ke..penonton tetap penonton.Mereka ada penilaian.Kalau busking kita buat sambil lewa...apa hal? Tu yang ada komen negatif! Kita mesti ada sikap macm Bolivia tadi.Tengok macmana serious dorang dengan kerjaya ni.Korang jugak yg dakwa..oo aku busker.Tapi dari gerak kerja takde! Tau tau nak 'porter' (kutip duit)...tau nak MASYUUK...MASYUUK.Ni kepala otak Melayu hari ni...MASYUUK MASYUUK.Duit nak cepat!Ni kena berenti bros! ok..takpe porter...tapi kerja biar betul!Proof to them, we are not beggars!! We offer products! produk kita ia lah persembahan jalanan yg bagus...bukan sambil lewa...Kalau dah anggap ni sebagai kerjaya...buat la betul2.Lihat generasi awal buskers 'handsome' ni...dr.Sam,Arwah Sidek..Adi Jagat..Hamdan Boley...ingat macamana cara dorang.Ada persediaan...attitude...interaksi dgn penonton.Walaupun busking..nampak.?
Orang yg buat persembahan...takde siapa yg dia nak tunjukan persembahan tu melainkan...para penonton.Betul tak? Jadi duit yg orang bagi kita tu...rasa berbaloi.Memang pendapatan kita busking tak menentu.Tapi itu yg kita pilih...busking.Pengalaman aku la.Aku pernah dapat RM12o dalam beberapa jam buat persembahan di CM.Aku tak porter.Aku beritahu diri aku sendiri.Tengok macamana orang buat penghargaan.Orang ramai okay.Dorang ada penilaian.Cuma kita ni suka berkata..."Mat Salleh...dorang lain...dorang suka buskers ni...dorang bagi okay...tak macam orang Malaysia..." Takde juga beb...kita busking...kita tau la.Orang ni semua sama je...kalau dorang suka...dia orang bagi.Tak kira mat Salleh ke dak.Cuma mungkin, busking di negara2 Mat Salleh mungkin lain senario.Mungkin.Aku tak pernah cuba.Mungkin satu hari nanti.

3 ulasan:

WanBeruas berkata...

..betul kata lu beb..cam wa tak kira masuk restoran besar2 yang ada sorang dua perform tu ke orbskers,klu diaorg main bagus wa mesti "beri"sama diaorang tanda kita suka,respect dan hargai apa yang dia orang bagi/buat..

Nan Blues berkata...

Tengkui bro.Kalau ramai org mcm lu dlm kehidupan ni..tak le banyak mende nak di pertikaikan...kurang selirat.Kita smer senyuuum...

sham berkata...

ramai org bleh nyanyi & main instrument..tp x ramai yg boleh perform depan audience mcm lu dan kwn2 lain tu buat...dgn peralatan minimal, distraction dari persekitaran etc..apapun lu honest..bukan minta2, bukan cari glamour .wa tabik.