Aisay..lambat skit la update blog aku.Banyak hal daa.Kerja banyak pun ya jugak.Kan asyik cuti je baru2 ni.Kemudahan komputer sendiri pun tak de...lagi la.
Koran KOSMO hari minggu Dis14/2008 lalu.Banyak lah hal2,isu2 ,artikel2 yg menarik.Yang menarik antaranya...satu ruang pendapat orang2 kuat industri muzik, tentang industri muzik yg lesu...dan lesu ni...layu dan melayu...aduhai.Impaknya (impact = kesan) akibat kelembabpan ekonomi dunia dan masa depan industri ni.Besar masaalah tu beb! Industri besar...masaalah pun ikut besar la kan?.Sebenarnya impaknya bukan sekadar industri muzik je aku rasa..Keseluruhan yg berkait dgn hiburan,kena. Tapi bagi aku yg cuma main muzik di jalanan, kat pub kecik2..album pun takde.Apa nak ikut terjun dlm 'hal dorang' ni.Cuma sebagai seorang yg minat muzik,suka juga aku ikut perkembangan ni.. hehe.
Bila aku pikir balik hal industri muzik ni...seingat aku la..dari dulu sampai sekarang tak habis2 dgn masaalah.Album tak jual la..Perompak la..Style lagu tak kena selera pendengar la..Apa orang Malaysia ni nak?Bukan ke dorang tu (orang2 kuat industri) smer pandai2 belaka...bijak handal..tapi masaalah nya dok terus masaalah..tak da penghujung..(hei gelak aku..menghabehkan boreh je la dorang ni).
Dalam komen2 bebrapa org tu, aku suka komen M.Nasir (biasa la..kan..jalanan).Komen dia pasal cara berpikir orng kita (Melayu...).Kepala kebanyakan Melayu ni (tak la smua..) Kepala radio..(Radiohead? haha).Apa yg di sumbat oleh si tukang celoteh radio ni...haa tu la yg dorang hit.Tu la paling best.Mungkin, kalau di radiokan bunyi nafas kerbau jantan nak terkucil...pun best...hit! (ha nkau...camtu skali ke?).Lagu2nya ..alahai...nak sebut pun malas lah! buat penat jari aku menaip jeh...Phuiii!
Melayu ni bukan tak de...hasil kerja muzik yg bagus...banyak! Tapi karya2 ni macm di tapis dulu..ni tak boleh ni...bahaya ni.Hasil karya yg boleh membangunkan minda ...jiwa revolusi..perjuangan, ada.Tapi di tidak bolehkan oleh 'mereka2' tu.Ada la sebabnya yg 'mereka2' saja yg tau.Jadi, di berinya alasan2 bodoh...oh...lagu2 cam ni tak sesuai...bukan budaya Melayu...bukan budaya Malaysia...Jadi la kita macam ni...kemelut tak sudah.Industri yg besar dan menjana pulangan yg baik...tersekat.Ada la untungnya...tapi bukan ke kantong orang2 yg betul berkarya...tapi...tapi...ha...aa.Korang pikir la sendiri.Sampai bila kita macam ni? Lagi 400 tahun? Bunyi macam kena jajah je...Mana ada penjajah lagi! Dah 51 thn merdeka pe? Tapi nape kemelut tak sudah? Makin naik usia merdeka...lagi macm hal kemelut kita.Eh...dah la...melalut dah ni.
Bagi korang yg berkepala radio.Tahniah.Korang smer dah ok dgn keadaan yg ada hari ni.Hiburan setakat tu je..ok dah tu.Kemelut ke..apa ke...tak ambik pusing.Tapi yg ber'kapla' 'rebel' (berontak)...terus dgn 'idea' dan halacara karya mereka.Bergerak cara sendiri..buat album sendiri..pasarkan sendiri...Sambil busking boleh jual.Ada website sendiri boleh jual cara 'download'.Bukan jadi kaya pun.Tapi hati puas.Apa hendak di harapkan dgn industri muzik ni.
Oh, ada satu lagi.Ada la gambar aku di rakam olih koran Sinar Harian Isnin Dis 15/2008.Ruang LENSA.Biasa la..kat CM.Gambar tu di rakam olih wartawan akhbar tu pada hari Khamis Dis11/2008.Aku cuti tu..aku kerja di Damansara Perdana.Cuti hari keputeraan Sultan Selangor.Jadi ada kelapangan, busking la.. cari duit.. ke CM la aku hari tu.
Gambarnya aku, sebelah aku, member busker Ijam.Depan kitorang...gelagat seorang insan yg begitu terhibur dgn persembahan kami...dia menari la pulak! Bawah gambar..ada la laporan yg lebeh kurang berbunyi..."Cari Rezeki...Penyanyi jalanan cari rezeki menghiburkan org awam di luar bangunan Pasar Seni. Hasil kajian Institiut Penyelidikan Ekonomi..pengganguran akan meningkat tahun hadapan akibat kelembabpan ekonomi yg di jangka melanda...".
Aduh...menusuk jiwa bunyinya....Penganggur, pada pengertiannya, "orang yg tidak mempunyai kerja" atau "un-employed".Betul ke?.Tapi kitorang bukan "un-employed".Kita "self-employed" la...kerja sendiri wei..Busking ni kerja...ada benda buat.Gitar di galas...tangan di hayun ikut tempo...suara yg merdu di lontar ke penonton lagi! Ha...nganggur ke?.
Tapi tak pe brader wartawan SINAR (whoever you are...Ok gak laporan tu..No offend at all.Gambar pun tangkap hensem.Terima kasih le kerana sudi merakam kami dan jadikan antara berita2 yg 'happening' dlm negara untok hari tu.Jangan label kami pengemis udah.Isk isk..(jauuuh hati kami di buatnya...)
8 ulasan:
ok la tu... exposure tu.. org biasanya jemput wartawan nak minta tolong buat writeup, lu x payah jemput dia datang sendiri.. kira orait la tu.. apapun itu Yamaha APX best la..
salam bro... nanti kite buat malam pesta jiwa lagi....
Haha...teringat aku cakap brader Ito."Orang cam kita ni..tak payah cari reporter.Dorang dtg cari..Kita tngah stone belakang jamban pon dorang carik..".Apa2 pon..Terima kasih dari bawah tanah sampai ke atas langit, atas sokongan korang semua.
..ye tu.. malam Pesta Jiwa aritu tak dapat g rugi betul..naik le lagi ke Ipoh mehh..
nan, tulis tu biar betul.ejaan biar betul.perenggan biar nampak.
titik-titik bagi isham rais sudah,kamu jangan. nescaya lebih blues..hahaha.
Haha.terima kasih..teguran membina tu.Tapi aku ni bukan pandai nulis.Aku kira ase orang bleh faham maksud aku je.Thank you once again!
salam bro,
deme mmg blues le..:)
Auk ingat lagi padang kanak2 di lepih...kat situ lah tempat org lepih melanguk tgk kugiran zaman tu..temasuk lah keh...tak kira kena ketek agas semacam je..blues zaman paradise theater..ha..ha
Catat Ulasan