macam yg aku jelaskan di awal siri memperkenalkan para buskers yg kerap kelihatan di kota sampah dan sekitarnya terutama di cm,buskers tak ramai,boleh di kira dngan jari.itu pun aku susah juga ntok mengingat setiap sorang dari antara kami.ada juga mereka yg mencuba untok jadi busker tapi sekali dua sja ,kemudian tak muncul2.adalah sebab2nya.mereka saja yg tahu.tak cukup kental.muka nipis atau baru tahu wangnya tak setimpal.selalu kita buskers berkata,tak boleh kaya dgn cuma berbusking tapi ianya mampu membantu kita terus hidup tanpa menggadai harga diri atau mampu terus hidup tanpa menyusahkan orang lain.jadi antara kami buskers ia lah...
carlos.
carlos juga di kenali sebagai pa'e.memang otai mamat ni.antara buskers penuh masa yg menanggung keluarga dgn aktiviti busking di kota sampah ini.dulu carlos sering juga bermain di cm.oleh kerana keperluannya lebeh penting,carlos mencari spot yg lebeh senang dan lebeh memberi hasil.carlos kini membawa bersama anak2 busking bersama.anak lelaki yg berumor sekitar 11 atau 12 tahun cekap bermain alat percussion.sekali sekala kelihtan juga anak gadisnya yg berumor sekitar 14 atau 15 tahun berbusking di tempat2 makan di jln petaling dan puduraya.
ini kota batu yg kehidupan di dalamnya sekeras batu juga.hampir lebeh separuh dari penghuninya berkerja keras untok survive.mungkin ada mata kepala yg memandang sinis pada apa yg di buat oleh carlos membawa anak2nya bersama ke jalan mencari rezeki.tapi siapa akan peduli sekiranya anak2 itu tak punya belanja keperluan saperti anak orang lain? jabatan kebajikan masyarakat? mungkin juga ada yg menganggap pelajaran anak2 carlos akan terabai dgn cara begitu.carlos saorang ayah.maka dia tahu apa yg perlu di perlaku.aku antara orang yg berfikir, rezeki dan masa depan hanya tuhan yg menentukan.berpelajaran atau tidak, belum tentu menjamin kesempurnaan hidup.fikirkan,ada orang yg berkelulusan tinggi dan berkedudukan baik tapi terbabit dgn pecah amanah,skandal jutaan wang ringgit.menelan haram apa yg bukan miliknya.bermacam.fikirkan.teruskan carlos & anak anak sdn bhd.dimata tuhan, kamu lebeh mulia.
chot.
hanya itu saja panggilan singkat yg aku tahu.kerap juga di cm dan jln petaling.chot adalah antara busker generasi ke 3.tak banyak yg aku tahu tentang chot.yg pasti dia adalah antara buskers iklan biskut.kejap ada,kejap tak ada.tapi chot tetap saorang busker yg penampilan nya di kenali di kalangan pengunjung dan warga cm.yg menarik tentang busker bernama chot ini ialah apabila dia bernyanyi.bukan kerana nyanyian sumbang atau apa.cuma apabila ada lagu2 yg bernada tinggi dinyanyikan chot ianya di dengar sangat menyeksakan.tapi tak apa,yg penting semangat dan jiwa chot kental berbusking demi mewarnai seni jalanan di kota sampah ini.yeeeargh chot!
jebat.
apa yg membuat dianya di panggil jebat,tidak aku tahu.jebat juga adalah nama pada watak seniman jalanan dlm filem "seniman jalan".tapi jebat yg ini sangat lah jauh berbeza dari watak dlm filem tersebut.
jebat juga muncul di kalangan busker generasi ke 3 cuma kehadirannya di cm selalunya kurang di senangi.maklum kita manusia memang banyak kekurangan dan selalu kealpaan.jebat yg dulu sering bermain di sekitar cm,kawasan makan jln doraisamy dan juga kampung baru kini sudah lama menghilang.mungkin satu hari,jebat akan tiba2 muncul.begitulah keadaanya bila kita menghadapi masaalah yg sengaja di undang.
bob.
saorang busker yg aku kira kemunculannya di scene busking cm agak lewat.bagaimana pun bob tetap antara yg di kenali.mulanya bob hanyalah antara pengunjung dan peminat scene busking cm.bob begitu berkeinginan menjadi saorang penyanyi yg di kenali ramai.bob berfikir dgn cara berbusking akan dapat mencapai keinginannya.berbadan gempal dan mempunyai suara yg kuat lantang.perwatakan bob adakala agak lucu dan menghiburkan.tapi bob tidak hirau pada itu semua.dia hanya percaya pada dirinya.pernah bob mencuba nasib ke sesi pengambilan bakat untok program realiti akedemi fantasia di bawah prinsipal seniman m.nasir.bob hanya berjaya melepasi beberapa peringkat.gagal,bob kembali ke jalanan .
bob juga antara buskers yg sering hilang dan muncul dan hilang dan seterusnya....bob tak muncul lagi.
begitulah adanya siri perkenalan buskers yg mewarnai seni muzik jalanan di cm dan sekitar kota sampah ini.adalagi buskers yg tidak dapat aku perkenalan.mereka saperti
yon. si lone busker jarang di cm tapi di kenali di kalangan kami.yon sering berbusking di tempat2 makan sekitar pj dan damnsara.hingga sampai ke johor baru.
begitu juga din klasik yg berkemahiran bermain gitar klasikal.
atan. busker yg bersuara lantang dan kuat .tak lepas dari menyanyikan lagu "ulek mayang" dan lagu iklan susu cap junjung dan nescafe secara jenaka.
chedet.busker penuh masa dan bermain di pub dan kelab.chedet juga masih dlm menghasilkan album sendirinya.
zam atau zam langit.kerap di medan selera uptown.berbusking dgn kelengkapan sistem bunyi yg canggih.kini zam berbusking bersama aku di setiap hujung minggu di downtown ceras.
duo megu & syed.busking sambil juga mempunyai aktiviti lain yg baik.
semua mereka adalah pemuzik jalanan yg sering kelihatan mewarnai kehidupan kita di kota sampah..kota batu..kota harapan..kota bayang bayang.apa sajalah.harapan seni jalanan yg di bawa oleh buskers akan terus di terima oleh masyarakat .biar saja seni jalanan ini berjalan saperti adanya kerana itulah realiti.pure dan simple.
selagi denyut kota ini terus berdenyutan .selagi hidup di kota ini terus berjalan , maka para seniman jalanan akan terus berjalan..datang dan pergi..silih berganti.
mengakhiri siri ini dgn baris senikata dari lagu "balada anak jalanan".
"berdendang anak jalanan berdendang dgn rentak kehidupan
ku pohon perlindungan mu yang Esa"
4 ulasan:
Hey dude. Ada orang cakap sekarang busking tak boleh tanpa permit. Betul ke? Klu boleh nak interview you ataupun kekawan busker sebab buat research utk satu persembahan hujung tahun and nak buat satu wataknya busker.
email I kat erna_mjATyahoo.com. Klu sudilah.
sebenarnya kalau nak ikut peraturan memang tak boleh.antara sebabnya,ia menganggu kelancaran laluan pejalan kaki.obstruction of pedestrian traffic flow.tapi aktivi ni dah berjalanan selama hampir atau lebeh 30 tahun.no public complain.di cm memang sinonim.di dataran maybank bkt bintang, ada masa peronda dbkl akan tegur ada masa ok.tak banyak ruang sebenarnya.kalau perlu permit,kena ke dbkl jbtan seni&budaya di bangunan wawasan.permit akan di keluarkan tapi persembahan kena buat di tempat yg tercatit dlm permit.selalunya tak strategik.kerenah.jadi busker bergerak tanpa itu semua.lagi pun aktiviti busking selama ini tak pernah menganggu keadaan malah menjadi tarikan orang ramai juga tourist.jadi atas keadaan ini mungkin,dbkl tak pernah bertegas.sila baca entry sebelum ini.
terima kaseh.
sila hubungi saya untok apa keterangan di no. 016 3144982
e-mail bluesol59@yahoo.com
brader, teruskan menulis tentang basking, tulisan brader tentang kawan-kawan yang berbasking memang menarik. teruskan menulis nanti boleh dibukukan.
pyan:akan di teruskan .terima kasih atas sokongan.
Catat Ulasan