ini sorang seniman jalanan yg sedang mendapat tempat di kalangan peminat seni tanpa glamour.seni jalanan.nik berasal dari negeri kelahiran yg sama dgn aku.anak pahang.
aku mula lihat nik ketika baru habis sesi busking di cm agak lama dulu.masa aku mula kembali berbusking.nik aku lihat ada sedikit kelainan dari buskers yg pernah lihat.kelainan nik tidak menghalang dia bermain gitar.dari pengamatan aku waktu itu,nik ni masih baru berbusking.selalunya nik akan bersalaman dgn semua buskers yg ada di ruang keramat itu apabila sampai.nik selalu kelihatan dgn sohimi.sohimi bukan busker.tapi sohimi sangat minat dgn scene busking dan meminati muzik 70's inggeris,ikut bersantai di cm saperti orang lain yg minat dgn suasana busking.
menurut partner busking aku di downtown, zam,nik mula berbusking dgn mengikutnya.saperti biasa,seseorang akan jadi biasa dgn keadaannya dan akan bergerak sendiri.begitu juga nik.kehidupan di kota sampah ini banyak mengajar insan untok berjuang dgn apa yg boleh di lakukan.merompak kalau patut.menipu kalau boleh.menjual harga diri jika perlu.tapi bagi kita yg punya harga diri takkan begitu.di berinya kita iman,akal fikiran dan bakat kebolehan.maka di gunakan sebaik mungkin.
buskers bersatu hati sebenarnya walau kadang ada perselisihan sedikit dlm mengejar keperluan hidup.itu tak berkekalan.kita masih mampu senyum dan ketawa bersalaman menyingkir keruh.
ada masa tertentu buskers dapat peluang bermain di majlis2 dan event2.maka kawan2 buskers akan di hubungi untok pergi bersama.nik yg kerap dapat peluang demikian akan mengajak siapa yg dapt di hubungi.pernah nik,aku dan ijam busker di beri ruang bermain di kawasan legar F1 sepang selama dua hari dgn bayaran yg di kira baik.aku,meor dan nik juga pernah di beri ruang bermain secara busking di acara laman seni putra jaya selama dua hari juga.
oleh kerana nik dan meor berbusking penuh masa,mereka kerap pergi bersama.nik banyak belajar dgn gandingan meor.
masih di jalanan,nik telah merakamkan dua album lagu2nya sendiri walaupun dgn kos yg termampu olehnya.kini dlm proses merakamkan albumnya yg ke tiga.album2 yg telah siap di rakam akan di jual ketika busking atau di program2 anjuran teman seperjuangan.selamat berjaya nik.teruskan di jalanan.
ijam & eddie.
tak banyak yg boleh aku ceritakan tentang dua orang kawan2 aku ni.tapi mereka ini adalah antara anak2 muda yg sering bersantai melihat buskers otai saperti sidek dan adi jagat dulunya.mereka adalah generasi ke tiga atau penganti pada yg sudah pergi atau mengundurkan diri.tapi mereka ini di kira bersih dari gejala tak sihat.
eddie agak lama juga di cm.dia pernah bermain dgn arwah sidek.tapi waktu tu eddie di kira sangat muda.selalu akan di tegur oleh sidek kerana banyak sangat 'out tempo'nya.berlanjutan.
eddie pun sering menghilang.lama tak ada kemudian ada semula.macam iklan biskut juga.tapi kehilangan eddie pada masa2 tertentu adalah atas urusan lain, bukan masaalah kronik.tak payah cerita.
ijam dan eddie selalu juga berganding busking.ijam sorang yg cepat belajar dlm apa juga yg di minatinya.ramai yg kenal ijam mengatakan ijam dulunya tidak boleh bermain gitar tapi dlm masa yg singkat dia kelihatan terpacul di cm menghayun gitar.ijam juga pandai berlawak ketika busking.ada lagunya sendiri yg sinis berjudul "blues kuala lumpur" dan "pondan chow kit road".penonton pasti akan ketawa bila ijam menyanyikan lagu2 ini.ijam kini jarang juga kelihatan di cm kerana sudah punya usaha sendiri ia itu menolong mengusahakan guesthouse untok backpackers di jln petaling.selain itu, ijam juga menjadi ahli kelab rekacipta basikal.
os atau mr.os
firdaus sangat berbakat dlm bidang muzik.dia sebenarnya terkenal di kalangan scene underground yg selalu berkumpul di restoran mamak dlm cm dulu.pemain gitar dan bass yg sangat baik.os,aru koffin kanser dan andy poppy selalu bermain dlm gigs underground yg di anjurkan oleh fanzine underground mereka.juga menubuhkan band sendiri bernama naked butterfly.os juga menjadi producer bagi album 'metal tribute to sweet charity'.album yg boleh di kira bagus produknya.ramli sarip sendiri ada menyumbangkan suara dlm album itu.lagu berjudul 'rock n roll'.banyak band2 indie dan metal terlibat dlm karya itu.begitulah berbakatnya os.scene indie dan underground yg di pelopori oleh os,aru dan kawan2nya mula hilang sinar.akhbar2 tempatan pula mula menyiarkan berita negatif palsu dan prejudis tentang muzik underground.menghangatkan tentang muzik blackmetal,sembah kambing, satanism anti tuhan dan sebagainya.ini sebenarnya adalah agenda membunuh pengiat2 seni indipendant yg bergerak tanpa perlu pada media perdana yg menyokong kerajaan.media yg hanya tahu dan mahu pada seni yg gemerlapan dan glamour.mereka tak peduli pada bakat2 anak muda dari kalangan bangsa sendiri yg tak sehaluan mereka.penting hanya agenda mereka.maka os dan kawan2 kehilangan punca dan arah seni.os mula ke jalanan.hidup mesti terus.perlahan2 os silap tujuan hidup.mula menjadi positif pada bahan2 kronik.terpaksa keluar masok pusat pemulihan.os mempunyai kakak yg sangat mengambil berat tentang masaalahnya.atas usaha kakaknya dan keinginan untok kembali bangun ke jalan betul,os memasuki Pengasih.dua tahun os menjalani kehidupan di pusat motivasi yg di asas oleh hj yunus fathi atau mesra di panggil yop.setelah pulih,os menjalani kehidupan biasa.masih bermain muzik bersama republik of brickfield.os kini di pulau langkawi menguruskan pusat persinggahan pelancong sambil bermain muzik.
ketika masa busking di jalanan, os selalu juga berganding dgn aku.oleh kerana masa itu adalah masa yg paling susah, os sering meminta bantuan belum mula busking.aku berfikir sendiri,dari aku bagi dia ikan,baik aku beri dia joran.maka aku pinjamkan os gitar yg aku mula2 beli setelah aku kembali bermuzik.dgn gitar yg aku pinjamkan,os terus berbusking untok keperluan hariannya.oleh kerana os menjalani kehidupan yg tak menentu,gitar kesayangan aku itu hilang dari pengunaannya.gitar itu juga pernah di gunakan oleh ramli sarip di sebuah majlis baca puisi di rumah pena.saperti yg aku katakan tadi,buskers sebenarnya saling membantu dan memahami.tak perlu aku menyalahkan atau memarahi.aku sekadar menceritakan pengalaman kami.hidup mesti terus.
busker mana pulak ye? oo ya.SELAMAT ASRIN!
bersambung...(dah pukol 2 pagi daa)

9 ulasan:
hah? nik buat album lg? slamat maju..
aok bile pulok nan?
alamak...
rindu kat cm....
bengang pun ade....
bebas berbicara,angin sepoi berbahasa...
kena belasah dengan abg jaga pasai membe menyedut rokok!!!!
dia plak belasah sambil isap dan hembus ke muka!!!!
macam najib daaaaaaaa.....
cicit:cm memang best.macam2 gila ada.tengah main musik orang lari lintang pukang ada.kawan2 tngah main musik kena cekop polis ada.macam2.yg tengah main musik taik gagak singgah atas kepala yg paling haruuu.cm oh cm.mari bikin filim.
adapun pada awal era "buskers" di jalanan di persisir dan di serata Kuala Lumpur, masih saya ingat berkenalan dgn Adi jaggat. Sewaktu era itu di akhir 80an hingga 90an, hanya beberapa kerat yang tega dan berani berdiri dan memperdagangkan kan suara utk sesuap nasi. Samar2 dR. Sam kamudian Hamden Boley dgn ceramah nya, Sidek, Cherry dgn awek cina nya, Wahid gan awek mat salleh nya, Yem bassist Musafir dan Volkswagen antik nya tak dpt membayangi kelibat Adi Jaggat kerana beliau lebih menonjol dgn lagu lagu ciptaan sendiri dan cukup menyentuh perasaan. Dikala yang lain2 lebih kpd lagu2 semasa dan lagu2 popular.. Adi dan karibnya Sidek akan mengajak kita berhibur sambil berfikir. Sayang nya selepas tahun 99' Adi jaggat tidak lagi kelihatan manakala Sidek kabar nya meninggal dunia di sebuah pusat Serenti. Paling terbaru, di kabarkan Adi pernah ke Jepun di World College Music Festival. Pada 2008 dia ke Maldives selama setahun. Sekarang Adi masih lagi hidup sebagai bukti pemusik yang tidak mau merakam lagu2nya ke album hanya kerana syarikat rakaman yg di kala itu mempunyai garis panduan ytk lagu \2 yg akan di pasarkan. Saya percaya dgn Adi masih lagi tersimpan berpuluh puluh lagu yang pernah di suarakan di jalanan atau di CM pd era 90an. Tak silap sekarang dia ada di Riyaz Heritage, di Kuala Terengganu. Jika di saring dlm byk2 Busker yang pernah saya kenali, tak malu saya katakan bhwa Adi Jaggat adalah antara lagenda yang masih hidup. Kini mungkin dlm usia awal 50an. Apa kata anda?
Eiyka Saadi.saya setuju dgn tulisan tentang Adi Jagat.Gabungan arwah Sidek dgn Adi juga antara terbaik waktu itu.Adi dengar masih aktif di Terengganu.
Terbaru tentang Selamat Asrin,satu klip video di Facebook kelihatan menari sakan dgn grup busker di depan gedung beli belah Sogo.

Catat Ulasan