Selasa, 19 Mei 2009

Biar begini..

Aku baca dlm Berita Harian hari rabu 20/5/2009. Berita ringkas je, perihal seorang Brian Burnie si jutawan.Brian Burnie ni dah jemu jadi jutawan.Dia pilih untok jadi miskin pula.Maka dia dermakan segala hartanya ke satu badan amal barah.Antara sebab insan ni buat macam tu adalah kerana isterinya sembuh dari penyakit barah payudara.

Apa yg menarik lagi, "Cita cita saya untok mati tanpa wang" kata Brian.

Tuhan yg memiliki hati makhluk ciptaanNya.Tuhan yg memberi Brian petunjuk hidayah untok berbuat demikian.


Begitu lah antara kisah manusia ni.Yang miskin nak jadi kaya.Yang dah kaya nak jadi miskin pulak.



Yang pastinya, ramai manusia yg nak jadi kaya dari nak jadi miskin papa kedana.

Yang dah kaya tu pun tak sedar diri dok terus ngumpul harta.Tak cukup kaya lagi.



Di mana tahap kekayaan? Tuhan yang Maha Kaya saja yg tahu.



Membacalah aku akan tajuk "Jom pi tengok orang busking" di laman Meor.

Kita pengamen ni (bukan pengemis ye..tolong sikit) begitu lah.Apa yg kita raih tak menentu.
Tapi rezeki kita ada di situ.Dan yg pastinya, kita takkan jadi kaya sebagai busker.


Busking.Mengamen.

Ini ada lah program realiti yg real.Program realiti yg satu satunya tak menjanjikan hadiah wang puluhan ribu .Takde glamer.Tak ada populariti.Tapi ianya ada satu kelainan.Kelainannya ialah, kita tengok realiti kehidupan.Menguatkan semangat.Menguatkan minda dari penyakit ego.Syaratnya senang.Jiwai apa yg di buat.Tak ada syarat umor dari 18 hingga 27 tahun.Takde syarat berperawakan menarik.Siapa2 boleh buat, kalau jiwa kental.Bukan soal malu.

Penganjur program ini ialah si busker itu sendiri.Penaja? orang yg sudi menonton.Senang.


Hampir 40 tahun aktivi busking ni dah berjalan.Busker silih berganti.Ianya tetap begitu.Biarkan ia terus begitu.Tak perlu lah ada usaha beri ruang ke apa.Keadaannya sudah cukup baik.

Panas hari kita busking, datang hujan kita lari.Itu lah realiti yg mengajar kita tentang kepayahan dan kehidupan.


Ada orang mabuk.Ada orang gila.Ada orang yg buat2 gila.Ada orang buat gila2.Ada yg2 jeling.Ada yg jatuh hati.Ada buat dek.Kita terus busking.Kita enjoy sambil dapat sedikit imbuhan.


Jalanan bukan pentas.Ianya kasar.Kita buat persembahan di depan dan di kelilingi oleh bermacam aksi manusia.Silap hari bulan, kena taik gagak pun ada.Ini semua menguatkan minda sebenarnya.



Siapa berani?



Silakan!

6 ulasan:

mardhatter berkata...

sebenarnya saya bosan dengan cerita buskin nie.....apa kata kita bercerita tentang memajukan diri sendiri.atau "biarkan begini"

jasadbeku berkata...

"Jalanan bukan pentas.Ianya kasar."-nan

medalam maksudnya itu...
wlpn saya bukan buskers,tapi saya faham apa maksudnya..mungkin tidak sedalam kamu yang melaluinya.

teruskan busking,abg!

Nan Blues berkata...

mardhatter atau madhatter?..whatever.teruskan dgn kebosanan kamu.
Jasadbeku:memang kasar.kebanyakkan kita suka yg lembut2..

faizsaaid berkata...

busking itu perlukan keberanian. Memamng susah menjadi busker

armouris berkata...

info tentang barah payudara kat sini - Pengesanan Awal Barah Payudara

Nan Blues berkata...

armouris:Ada kelapangan insyaallah saya browse.Siapa2 yg rasa nak sembuh atau dah sembuh boleh lah buat derma.Tapi sampai jadi miskin pulak.Tengok kita orang busking hulor rm100 dah cantek tuu...