Selasa, 12 Mei 2009

Kami Bukan Pengemis.

Begitu lah tajuk yg tertera di belakang buletin Keadilan.Bersertakan gambar.Rasanya gambar yang sama aku tengok dlm laman web Meor.

Aku di beritahu oleh Mi Ipoh melalui sms.Mi Ipoh ia lah kenalan aku yg tinggal di Ipoh.Lama juga aku tak berjumpa dgn Mi.

Pulang dari kerja, aku beli lah senaskah.Tujuan untok mengetahui apa yg di tulis selanjut nya tentang tajuk "Kami Bukan Pengemis" ni.Memang aku jarang sangat baca buletin Keadilan.Banyak suratkabar politik.Sejak dari dulu, aku hanya dapatkan HARAKAH.

Artikel yg agak ringkas.Tapi aku tentu bersetuju tentang apa yg di tulis.Memang itu pun aku selalu sentuh dalam blog aku ni.Akta lama yg di gubal sudah tidak relevan dgn kemajuan masyarkat hari ini,sepatutnya di simpan dlm muzium perundangan negara.Tambah pula kerajaan hari ini yg di pimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengwarwarkan untok mengkaji dan mansuh segala akta2 lama dan lapuk.Termasuk ISA.

Mari kita rakyat lihat sejauh mana kerajaan ini benar2 ikhlas mahu mengkaji dan tahu apa yg sesuai untok kemajuan rakyat hari ini.
Ya betul! Zaman kerajaan tahu segala2nya sudah berlalu! Ini juga selalu di perjelaskan oleh timbalan perdana menteri Tan Sri Mahyudin Yasin.

Tan Sri Mahyudin Yasin pun sudah melihat bagaimana dua orang 'anak jalanan' memberi persembahan di atas pentas di Malam Memperingati Gaza tak lama sebelum naik menjadi timbalan perdana menteri.

Anak2 jalanan itu adalah aku dan Meor.

Persembahan anak2 jalanan mendapat sambutan yg sama gemuruhnya dgn mereka yg bergelar 'artis' popular yang juga ada membuat persembahan.
Bagaimana kami berkarya di jalanan begitu juga kami persembahkan di pentas yg di hadiri oleh para pembesar negara.Memang kami berbangga.

Dari segi imbuhan yg kami dapat jauh bezanya dari artis popular.Tapi cara kami berkarya ada lah setanding.Ini kerana di jalanan, ianya mengajar kami menjadi insan yg lebih mulia dan ikhlas berkarya.Jadi adakah patut kami mendapat 'label' pengemis cuma kerana akta yg di gubal selepas perang dunia ke II itu?

Fikirkan lah wahai bapak2 menteri dan para pengubal undang undang yg bijaksana di atas sana.

Kami di jalanan yg panas ini berusaha untok hidup.Tidak ada antara kami yg datang berkereta yg berhawa dingin kemudian duduk menadah tangan dengan wajah murung penuh kepuraan meminta simpati.
Jadilah orang yg lebih mengenali erti kehidupan orang bawahan.Nescaya kamu mendapat kepercayaan di hormati dan di sayangi.Jika tidak, sia sia lah usaha turun padang untok mengenali nadi kehidupan rakyat.

Rakyat di jalanan inilah sebenarnya nadi kehidupan negara.

3 ulasan:

reverie berkata...

Boleh terasa haru baca tulisan ini. Amat dekat dengan hati2 rakyat marhaen.

meorpestajiwa berkata...

ate,yang menulih tu teman le yob!!haha..saje gune name adam baskaran,mike jangan riso..teman tetap letak golongan busker ni ketempat yang tinggi,peduli ape org nak kate...bio deme tumpo yob!!bio deme tumpo!!hehe

binjidan berkata...

ya betoolllllll