Rabu, 13 Mei 2009

Perihal Makan

Aku ada juga browse baca blog2 kekawan. Blog orang yang aku tak kenal pun ada masa aku baca.



Ada cerita pengalaman sendiri,macam aku.Ada cerita hal lain.Cerita politik.
Cerita ikan mas.Cerita kumbang terbang.Cerita jembalang.Cerita alam jabarut alam malakut.Macam2.Sampaikan yang cerita pasal burit pun ada.Siap gambar lagi.Betul!.Ada.

ASTRO yg dakwa 'macam macam ada' pun kalah.

Ada yang aku faham.Ada yg tidak.Tapi semuanya ada lah sangat menarik untok di baca.
Sekadar mengetahui yg kita manusia ni ada bermacam ragam rempahratus dlm hidupnya.
Bermacam cara meluahkan tentang apa yg di fikir.

Ye lah, nama pun blog.Suka apa lah yang punya blog nak tulis.Nak letak gambar apa pun.

Cuma nanti bila semua di bawah alam ni dah di 'gulung' dan Tuhan dengan penuh angkuh dan takbur mencabar...

"Adakah TUHAN yang lain selain AKU!?"

Hari tu, kita semua jawab lah.

Ok.

Blog aku, cerita biasa2 je.Sebab alam aku alam biasa.Alam nyata.Apa yang ada depan mata.Bukan 'Twilight Zone'.

Di alam nyata ni, antara yang selalu kita hadap ia lah makanan.

Aku nak cerita bab makan.Makan? tak de cerita lain ke?

Dah tu..asyek cerita buskiiiing.Jemu jugak.

Siapa tak suka makan,jangan baca.



Makan! Sluurp..Aku memang suka makan.Tapi tak lah boso dan lahap.Tau apa 'boso'?, gelojoh la.Tengok berok kalau kita bagi dia makanan.Di sumbatnya selagi boleh sampai kembong pipi.Boso la tu.Boso bin gejoloh.Eh, gelojoh.Teringat yang Tok Dollah aku suka guna perkataan ni.Boso.

Sejak kecik lagi aku biasa makan yg enak.Arwah wan kesom aku pakar masak.Maklum sejak muda, itu saja kerjanya.Ambil upah memasak sekitar Kampung Baru.Kemudian wan aku di ambil berkerja di Restoran Majid Satay House.Rasanya itulah restoran bertaraf antarabangsa ketika itu.Sekitar awal tahun 70an.Terletak di batu 2 jln Ipoh. Berhampiran dulunya adalah Pasar Borong Kuala Lumpur.
Majid Satay House di usahakan oleh arwah Haji Majid Satay dan anak2nya.Mereka antara orang2 kaya di Kampong Baru ketika itu.Terkenal kerana keenakan sataynya.Lama juga arwah wan aku berkerja di situ.Wan aku 'cook' untok masakan Melayu.Bahagian sataynya dan western food, wan aku tak handle.Malay food only,please.

Jadi soal makanan masa tu mewah,walaupun kami bukan lah orang kaya.Tapi makan macam orang kaya.Hari2 lauk sodap.Arwah wan aku memang suka memasak.Punya 'eksyen'nya wan kesom aku.Jangan puji masakan orang lain depan dia,marah dia.Tapi memang betul.Masakan wan kesom aku lah yg paling best.Aku rindu rasa masakan dia.Rendang daging dia.Kari ayam dia.Masak korma dia.Kuih muih dia.Kini semuanya hanya tinggal kenangan buat aku.Hmm.

Tak macam dulu.Hari ini kita boleh tengok tempat makan atau restoran di mana2 saja.Restoran Puteri la.Restoren Putera la.Restoran Janda la.Tomyam Lanun la .Macam2.Tapi nak jumpa yg betul2 kena dgn selera payah tuan tuan dan puan puan.Maklumlah, ini zaman orang nak cepat kaya.Kita sentiasa sibuk.Makan asal kenyang,sudah.Seni selera dah tak ada.

Seni selera? ya seni selera.Ingat makan tak ada seni ke? Ada beb.Jangan ingat tak de.
Tak pe, itu cerita lain.

Hari ini kalau kita masok ke dalam restoran atau kedai makan biasa, cuba curi2 pandang ke bahagian dapornya.Bukan dapor memasak yg berapi tu.Maksud aku bahagian dapor tempat makanan di sediakan.Soal kebersihan tu memang la.Perhatikan juga orang yg memasak.
Si tukang masak,kadang2 orang seberang pakk.Ampuun.Takpe la jugak,boleh terima.Yang dari Bangladesh.Dari Burma.Dari India.Dari Nepal pun ada.Aduh.Tuan punya restoran? baru lah orang Malaysia.Apasal? Nak untung banyak.Untung untung untung! Ini lah rosaknya kebanyakkan orang kita.Penyakit nak cepat kaya.
Orang2 asing ni di ajarnya memasak makanan tempatan secara lebih kurang saja.Kemudian di bayar gaji murah.Apa yg kita dapat? Masak lemak cili padi yg tak boleh di telan.Kari yang nampak macam kari, tapi rasa macam p#k!.

Maaf bercakap.

Phui! Celaka orang2 yg berniaga cara haram ni.Nak cepat kaya.

Aku perihatin benda2 macam ni.Ini antara perkara yg perlahan lahan merosakkan budaya kehidupan orang kita.Tapi berapa ramai antara kita yg peka? Aku tengok orang selamba dek je nyekik.Lapar agaknya.Maklum kita terlalu sibuk.

Aku memang agak memilih tentang makan.Kalau di restoran, aku tak kisah kalau mahal sikit asal masakannya sedap.Tapi selalunya aku makan di rumah saja.Masakan isteri.Mana suami yg nak kata ,

"Bro, bini gua masak tak sedap la..".

Kalau ada pun, simpan perasaan aje lah.

Aku orang asia.Melayu.Citarasa makanan aku tentu lah melayu.Blues macamana pun,aku melayu.Tak boleh 'soul stew".Sambal,tempoyak,ulam2man,ikan masin tak boleh reject.Itu kira blues lah.Blues ni juga bermaksud, ROOT.

You know your root man?.

Aku jarang lepak ngeteh kedai mamak.Kekadang ada masa terluang, aku dgn kawan di kedai teh.Macam2 topik cerita jadi bualan.Cerita gitar,musik,politik.Apa2 lah. Aku pun jarang bercakap.Banyak dengar aje.

Cerita makan atau masakan memang tak de punya.Jantan mana lah nak cerita hal begitu.
Mungkin ada yg suka.Tapi segan kot nak jadikan topik bual.Lucu jugak ye kalau orang jantan dudok berborak bab resepi masakan.Maklum orang jantan yg terlibat dgn masak memasak ni banyak yg macam lembut2 gitu.Auuw.. tak kuasa aku.
Mungkin ramai juga kawan2 kita ni yg betah di dapor walaupun jantan sejati.Mana tau?.Yang pastinya ramai yg cuma boleh rebus mi maggi.Asal kenyang sudah.

Aku boleh juga kalau di dapor.Masa jaga wan aku yg dah tak berkeupayaan dulu,masa tu lah aku di ajar memasak.Ada lah sikit2 pengetahuan dari arwah wan aku.Small scale boleh lah.
Bila aku kawin, aku ajar bini pulak.Selamat aku.

Idea banyak nak di luahkan, tapi masa tak ada..malas pun ya jugak!

Ok,

Selamat menjamu selera!

8 ulasan:

sham berkata...

bro,
masak memasak ni wa bukan malas tapi penyegan je. basuh pinggan wa boleh volunteer hehheh...

Nan Blues berkata...

wa dah kata.tapi basuh pinggan ok tu.kerja dapor gak.

ubilepih berkata...

Org dulu masak cermat dan berseni,wa pun suka masakan arwah wan..terutama kueh bahulu bakar sabut dia..pekena dengan kopi O..perggghhh bro..blues tahap mantul..tuuuu.

Sekarang bapak keh kalau nak makan lauk2 kampong dia selalu mintak keh yg masak...ha..ha..dia gemar air tangan keh..tapi keh ini biasa la anak jantan pemalas sikit..ha..ha

Nan Blues berkata...

ubi:keh dah kabor...
Turun cm kali ni bawak gulai tempoyak ikan patin pulak kot?
ha ha hancuss...

lanterajiwa berkata...

Dalam bahasa Tagalog, boso tu bermaksud mengintai... haha... setahu akulah...

Nan Blues berkata...

lantera:betul gaknya.Tagalog dgn melayu ada yg sama makna.sebut sama makna lain pun ye jugak.
Sampai hari aku tak boleh nyanyi lagu "anak" dlm tagalog.Dah standby tip rm10, tak leh punya pasal..tarek balek..kelakar.

lanterajiwa berkata...

betul tu bro... pasal diaorang ngan kita pon dari rumpun yang sama... kerbau pun dipanggil kalabaw.. haha.

alang berkata...

bro. haha. Luahan yang tulis dari hati lu. Tapi satu ja wa nak komen,gua sokong lu tentang bontot artis2 kita semua besar2.

Cargas;