Rabu, 20 Mei 2009

Seni Filem & Samseng JALANAN

Antara yang aku terdengar dlm berita awal pagi hari ni (khamis 21/5/09)ialah, kerajaan hari ini yg mengaku 'tak tahu semua'nya akan mengkaji isi jalan cerita dlm filem2 dan drama2 tempatan yg bakal di pertontonkan kepada rakyat.Kata mentri warisan seni & kebudayaan Datuk Rais Yatim,filem2 dan drama tempatan mesti bersuaian atau mencerminkan kebudayaan dan kehidupan rakyat negara ini.


Sesudah itu pula, perkataan 'mat rempit' di tukar kepada 'samseng jalanan.Dalam setiap laporan dan penyiaran, sebut samseng jalanan.Tukar sebutan aje la.Mengatasi masaalahnya lain cerita.Tukar nama senang.Masaalah macam tu juga.Kalau aku, tukar jadi Hang Rempit.Bunyi klasik sikit.Berbudaya pun ye.



Moh kita.Tinggalkan samseng jalanan tu dulu.


Seni dan kebudayaan rakyat Malaysia.Kalau nak komen mesti dengan teliti.Pengetahuan mesti luas macam lautan Pasifik.Budayawan,orang filem atau orang industri seni saja yg layak bincang soal ni.??


Busker macam aku tak boleh komen ke? Aku pun perihatin juga tentang seni dan apa yg berlaku dlm negara ni.Busker pun orang seni apa.Seniman jalanan.Jalanan pun jalanan lah.Seni juga.Walaupun ada orang yg bosan dgn busking atau busker...



He he sorry la kalau bicara ni membosankan.


Nasihat aku, jangan masok '..streetbusker.blogspot' .Banyak blog2 yg boleh memajukan diri di sana untok di ikuti.Blog macamana mau bikin uang.Macamana mau beristeri du....



Ha ha jom sambung.



Aku tonton filem dan drama melayu.Terus terang aku kata,kalau tonton 10 hanya 3 saja yg okay pada aku.Yang lagi 7 tu tak sampai setengah jalan cerita aku dah zzzzzzzzzz..Bagus untok mengatasi 'insomnia'.


Ceritanya banyak yg memaparkan kehidupan golongan koprat dan kaya2 saja.Macamana pergolakan skandal cinta mereka.Macamana jatuh menjatuh empayar bisnes mereka.Paparan hidup glamer.Kereta besar.Motor besar.Bontot besar.



Begitu ke kehidupan golongan kaya? Entah.Aku tak pernah kaya.Aku tak tau.Aku pun tak berminat tentang kekayaan.


Rasanya dah hampir 50 tahun orang kita berfilem dan berdrama.Kenapa isu lama tak habis2? Filem kita wajah kita lah.Macam2 slogan.Tambah pulak hari ni , slogan satu malaysia..semua wajah2 dlm Malaysia nak jadi satu.Amacam?



Rasanya filem2 dan drama2 ni bukan nak 'bikin filim' sangat.Nak berglamer saja lebih.Tengok saja para artis dan pelakon2 kita atau orang2 dlm industri ni.Dari yg pengarah sampai lah yg tukang sapu bedak .. bukan lah semua tapi kebanyakan.


Lagaknya macam Hollywood.Cerita di luar filem pun nak di beritahu pada orang.Beli kereta nak bagitau orang.Pindah rumah baru nak bagitau orang.Bergaduh dgn pasangan nak bagitau orang.Kalau boleh beli seluar dalam baru pun nak bagitau orang.Glamer punya hal.Satu Malaysia mesti tau.

Kita mesti pernah dengar lagu M.Nasir yg berjudul "Bikin Filim" dari 'Saudagar Mimpi'.Antara bibit liriknya begini.

"Ramai kini taik bintang (shooting star) yang muda dan cun2..

Ramai kini mak janda seksi yg di tauliahkan sebagai pelakun.."

Lagi..

"Marilah bikin filim kata mereka Telanjangkan hipokrasi kataku"

"Mereka mahu bikin filim Aku mahu filimkan hidup"

"Mereka cuma bikin filim Mereka lupa bikin kebenaran"

Betul.Nasir Jani yg tulis lirik tu.Dia orang filem.Pengarah lagi.Dia tau lah wangi dan busuknya hal bikin filem ni.Lirik tu real.Itu luahan rasa Nasir Jani tentang apa yg tak kena nya dgn dunia filem kita.Sampai satu ketika Nasir Jani di cop sebagai rebel.

Kenapa filem2 tentang kehidupan orang biasa tak mahu di ketengahkan? Apa tak bagus ke filem atau drama yg demikian? Ada, bukan tak ada tapi yg lembut2 saja.Cerita pak tua pergi kebun ambik pisang.Letih rehat bawah pokok durian.Balik rumah, mak tua membebel.Nak sensasi sikit, buat lah anak perempuan pak tua skandal kat kota.Habis tu menyesal balik kampong.Cerita2 yg macam tu saja.

Lagi satu filem kita, kalau filem melayu..melayu saja dlmnya.Cina.Muka cina saja.Yang India pulak,muka india saja.Lu lu punya hal.Gua gua punya hal.Baru2 ni saja lah aku perasan ada drama2 yg ada pelbagai kaum sikit.Nak menunjukkan slogan satu Malaysia.Itu pun logiknya tak ada.Takkan keluarga cina cakap melayu sesama mereka.Sebabnya drama melayu? Jadi si cina kena cakap melayu.Biar lah betul.


Banyak sangat lah! Ni belum cerita yg asyek kena penyakit buat filem/drama seram.Tajuk cerita seram, tapi baru mula cerita dah buat aku gelak.Thrill dan suspen entah kemana.
Kalau macam "Zombi Kampong Pisang" tak pe gak.Tajuk saja dah gelak.

Kalau saluran lain tayang "Seniman Bujang Lapok" baik aku tengok yang tu.Dah tentu gelak walaupun dah beratus kali menonton.


Cut!


Masok cerita samseng jalanan plak.


Ni pun satu hal juga.Mat Rempit.Dulu dorang ni juga yg sanjung2 sangat si gila tu semua.Sampai buat filem "Rempit".Konon nak tonjol sangat kehidupan mereka yg hebat.Orang ramai tentu minat sampai pecah panggung.Memang orang melayu ni minat sangat cerita2 mcam ni.Tak cukop dgn filem buat drama bersiri lagi "Rempit vs Impak Maksima".Sama juga.Gila kereta pulak.Penuh aksi konon.Orang melayu suka.Kesudahan bila masaalah gila rempit ni dah bertambah kronik sama macam selsema babi maka orang politik pun tunjuk mereka serious.Tunjuk dlm tv buat operasi sana sini tiap2 malam.Yang aku nampak budak2 moto buat main2 je dgn tukang buat operasi.Macam main kejar2.Sampai terdudok terbaring yg si polis.Boleh selesai masaalah ke? Tak boleh beb.Habis nak buat macamana? Mmm.Fikir punya fikir,menyala lah mentol 5 watt.Tukar nama.Jangan panggil mereka Mat Rempit lagi! Panggil mereka SAMSENG JALANAN.Boleh kurangkan gejala ni ke? Kita tengok.

Setahu aku yg tak sekolah tinggi ni, samseng ni dari bahasa cina. 'Sam' makna tiga. 'Seng' pulak apa yg tak baik atau jahat.Tiu na seng!.Jadinya tiga jahat di jalanan.Macam tak kena je.Tapi lantaklah,mentri dah bagi arahan.Ikut aje lah.Mungkin dia orang ni dah 'turun padang' ikut merempit sekali.Jadi tahu lah permasaalahannya.Tukar gelaran boleh settle.

Yang tak sedapnya perkataan 'jalanan' bersebelahan 'samseng'.Busker di gelar seniman jalanan.
Jadi samseng dgn seniman, dua orang ni ada di jalanan.Yang satu baik dan handsome.Satu lagi jahat dan muka macam lanun Somalia.


Pakar bahasa dan para budayawan tak cakap apa2 ke?



Cut! Take five.

Tiada ulasan: