Selasa, 26 Mei 2009

Aku..Kominis.. Nak Balek Kampong.

Kominis.

Komunis.

Communist.

Tiga perkataan yg sama, di eja berlainan.Kominis, yang biasa aku sebut.Lama tak dengar.Sekarang timbul balek.Masa kecik aku di kampong dulu, biasa aku dengar datok aku bercakap tentang kominis.Sebut nya "Komeneh".Loghat Pahang barat.

Ye lah.Aku pun perasan juga isu ni.Pernah aku baca dlm satu blog.Siap komik lagi!.Macamana gambaran komik tu yg kominis sebenarnya baik.Ada semangat perjuangan.Lawan British.Oleh kerana kerajaan yg ada hari adalah lanjutan dari penjajah British,maka secara otomatik menjadi pertentangan dlm perjuangan kominis.

Ni cerita lama kawan2.Sukar generasi lepas merdeka nak faham.Kalau tanya otai otai yg pernah lalui zaman 3 bintang rata2 mereka akan kata kominis ni jahat dan kejam.
Bapak aku cerita begitu.Bapak aku punya bapak pun cerita begitu.Kominis jahat.Kejam.
Bapak aku bercerita bagaimana dia melihat kominis menyembelih orang yg mereka syak informer kerajaan .Ianya berlaku di satu kawasan berhampiran pekan Padang Tengku.
Yang di bunuh itu pun berbangsa cina.Kominis tak peduli.Siapa enggan berkerjasama.Bunuh.
Dengar cerita dari bekas kominis tentulah akan kata ceritanya begini.Bukan begitu.

Ada juga satu tragedi pembunuhan berlaku berhampiran kampong mak aku.Kg Gua.Tempat tu namanya kampong Belukar.Yang terbunuh adalah waris saudara sebelah mak aku.Bekas anggota polis.Yang membunuh orang kampong juga.Di syaki pernah jadi kominis dulunya.Balek ke kampong berlakon jadi gila.Bersepai kepala saudara pada mak aku.Kena peluru penabor senapang patah miliknya sendiri .Senapang terlepas ke tangan bekas kominis yg di katakan gila.

Itu lah cerita2 kominis yg aku tahu.Selainnya tentulah cerita2 tentera yg terbunuh ketika bertempur dgn kominis.Mereka yg terkorban, tentulah anak2 yg di sayangi olih ibubapa mereka.Bapa2 yg di sayangi oleh anak2 mereka.Suami yg di kasihi oleh isteri mereka.Mereka terkorban mempertahankan negara dari kominis.Kominis pun ramai yg mati.Kominis mati memperjuangkan ideolgi.Tak berjaya.Mengikut sejarah yang ada.Bintang tiga memerintah hanya tiga hari.Bila kalah, 'comrade' biasa menyusup ke kampong.Jadi rakyat biasa.Yang lari ke negara besar komunis China ,top commanders lah.

Memang ada generasi baru hari ni yg anti kerjaan mula berjinak dan ingin memahami falsafah ideologi komunis.Paling tidak pun, mereka bersimpati dgn perjuangan kominis dulu.Ketua2 kominis macam Chin Peng,Rashid Maidin jadi hero.Ada yg print ke t shirt . Mereka pakai dgn megah.Sejarah negara yang ada tak boleh pakai.Semua dah di putarbelit oleh agen penjajah.

Aku baca blog mereka.Aku tak mahu kata itu salah atau apa.Mereka orang2 yg berpelajaran.Mereka ada otak.Mereka mampu berfikir sendiri.Maklum orang hari ni.Semua pandai2 dan bijak2 belaka.

Ketua2 kominis.

Musa Ahmad seorang melayu yg lari dari Tanah Melayu ke negara komunis China.Sesudah hari tua, akhirnya mahu pulang juga ke kampong halaman.Shamsiah Fakeh pun begitu.
Rashid Maidin pula cuma lari ke Thailand.Dekat dgn tanah kampong halaman.Ada kesempatan dia boleh menyeludup masok untok bertemu dgn sanak saudara dia.Siapa tahu?.
Kini Chin Peng pula,melalui pihak tertentu mohon pulang ke Malaysia.Chin Peng berketurunan Cina.Tapi Chin Peng mahu juga pulang ke sini.Tak mahu dia bersemadi di tanah datuk moyang dia.Patriotik juga Chin Peng.

Teringat aku satu lagu lama yg patriotik dan mendayu dayu berjudul,

" Malaysia Tanahair Ku"

Mungkin Chin Peng asyek menyanyi lagu tu sekarang ni.Lepas rindu.

Budak2 hari ni yg anti kerajaan pernah dengar ke lagu ni? Kalau bagi dia orang dengar, mahu muntah mereka.Bukan sebab lagu tu tak sedap atau apa.Sebab mereka benci kerajaan dan pemimpin didalamnya.Lagu macam tu cuma proganda kata mereka.Lagu mengampu.

Walaupun mereka simpati dgn kominis tapi jiwa mereka tetap rock.Mereka dengar Meet Uncle Maidin.Sori..Meet Uncle Husin.Mereka dengar Hujan,walau hari panas terik.Mereka dengar Rage Against The Machine.Mereka dengar muzik2 yg 'anger & hate'.Kalau yg cipta lagu,ada antara lirik yg mengambarkan apa yg mereka faham.Cuba sampaikan mesej anti penjajahan.Bagus.Mungkin boleh tambah satu lagi genre muzik baru.Kominis Rock.Tempat lain tak da.Malaysia je ada.

Aku pilih cerita kominis ni bukan sebab aku ni penyokong kerajaan atau aku anti kominis.
Juga bukan nak bercerita tentang fahaman yg di asas oleh pak cik Mao.Sarat bebenor cerita tu semua.Tak larat aku.Cerita aku sebenarnya ringkas aje.
Cerita nya berkaitan kita sebagai manusia.Dari anak kecik kita jadi dewasa.Dari dewasa kita jadi tua.Bila tua kita hampir pada mati.Tentu mati.

Aku pun lebih kurang macam kepala2 kominis juga.Bila tua rindu kampong halaman.Aku mahu hari tua aku di kampong.Bila mati, aku mahu jasad aku di semadikan di kampong.Kalau dapat di sebelah kubor mak aku.Damai nya aku rasa.Tapi ajal mati ketentuan Tuhan.Aku berserah.

Aku bukan kepala kominis.Aku orang melayu yg berfikiran lama.Konservatif.Aku budak kampong yg di besarkan di kota.Aku terpaksa membesar di kota.Ada pepatah mat saleh berbunyi..

"You can take a boy out of the country but can never take the country out of a boy"

"You can take a boy out of ol' dixie but can never take ol' dixie from a boy".

Begitu lah aku.

Cuma pesan aku pada budak2 yg simpati dgn kominis.Yang nak faham 'ism' komunis,jaga2.
Zaid Hamidi dah bersuara.Kalau korang sanggup dan tahan beramah mesra cara Kem Kemunting.
Teruskan lah perjuangan kamu.

4 ulasan:

benludin berkata...

betul bro..setuju bangat..

apa nak dibanggakan sangat komunis tu...jadi la orang islam sejati...minta2 dimurahkan rezeki kita didunia dan akhirat. Dan yg paling penting dijauhkan dari azab api neraka..

lanterajiwa berkata...

2x betul... yang lepas tu biarkan berlalu... sudah taqdir begitu... hanya Tuhan dan NabiNya sahaja yang tahu...

ke hadapan kita wajib fikirkan yang terbaik untuk majoriti, iaitu RAKYAT sekarang dan akan datang...

ubilepih berkata...

Zaman komunis nak balik lepih dari KL seksa,banyak road block...aku juga nak nasihatkan jagan cuba2 nak ikut komunis ni..seksa..sedara keh ada yg mati kena jerangkap samar komunis di ulu cheka.

Nan Blues berkata...

Ubi:ramai sedara keh yg lama sangat doh tak jumpa Ulu Cheke eteh.beloh mok ramai.kene buat kembara negeri pahang cari waris mpak gaya...jangan kne jerangkap sudah.