Selasa, 12 Mei 2009

Saudagar Bollywood

Ni saja2 nak meng'update'kan blog aku.

Adalah satu rombongan teater musikal dari luar negara buat persembahan bertajuk..

"Merchant Of Bollywood".

Persembahan mereka sangat berprestij.Di adakan di Istana Budaya.

Tajuknya saja dah 'glam'.Memang sesuai sangat2 dengan selera separuh kalangan rakyat Malaysia.Terutama kaum yg berketurunan dari India dan..orang Melayu.Mungkin ada juga kaum Cina.Orang asing lain pun mungkin ada juga menonton teter ni.

Kalau rakyat dari kaum keturunan India, kita boleh maklum lah.Seni dan citarasa mereka.
Yang orang Melayu ni? Dok tergila2 sangat dengan "Bollywood' ni apa cerita?

Tak salah juga.Sebenarnya, dari pengamatan aku,sesetengah orang melayu ni bukan baru2 ni saja terkena taik 'Bollywood'.Sudah dari dulu lagi.Filem2 klasik melayu tahun 50an dulu pun pengarahnya kebanyakan dari India.Tu sebabnya filem melayu macam filem India.Pengaruh dah dari dulu.Tapi filem Bollywood hari ini maju.Setanding Hollywood.Ulu Klangwood dok kat situ jugak.

"Daey, yenna da?"

Macam tu juga pengaruh muzik.Lagu2 hindustan.Dangdut.Semuanya memang dah lama bertapak dalam kepala otak kita.Aku pun minat seni lengok muzik India ni tapi bukan lah yg macam dlm filem2 hindustan.Berlari dari atas gunung sampai ke bawah.Bergolek atas padang rumput.Kuch Kuch Hota Hai.Bukan jenis tu beb.

Muzik India aku dengar macam Shakti,Ravi Shankar,V.Mohan Bhatt,Tirlok Gurtu, George Harrison dgn puak2 Hare Krishnanya.Nak dengar George Harrison baca mantra hindu, sila cari dlm YouTube.Gelak jugak dengar,tapi best.Atau dengar album "All Things Must Pass".

Banyak musik dari India ni yg cukup bagus.Yang jenis ni tak de kena mengena dgn Bollywood.Jenis ni, ada soul.Ada jazz.Lain beb.

Balek ke tajuk cerita.

Rombongan teater "Merchant Of Bollywood" ni pun sebenarnya, orang putih punya kepala.Orang putih yg menguruskan rombongan ni.Nampak.Orang putih punya pandai.
Harga tiket dari RM70-RM500.Aku rasa tentu habis macam roti canai free.

Artis2 dan orang2 filim tempatan (yang gila glam) pun tentu tak miss.Aku gerenti.Muka dia orang ni pun ada yg macam ala hindustan.
Kalau tak macam hindustan pun dia orang cukup minat dengan muka yang macam tu.

Hindustan oh hindustan.'Stan' maknanya 'Tanah' atau 'negeri'.Jadinya Tanah Hindu.

Lepas ni kita cerita nasi kandar pulak.

Selamat menonton.

5 ulasan:

ubilepih berkata...

Zaman Panggung Paradise dulu kalau citer hindustan org sampai betumbuk nak dapatkan tiket wayang..ha..ha

Nan Blues berkata...

haha tu dia...hindusetan punya penangan.

reverie berkata...

Sekarang pun sama. Kalu itu Rajnikanth juga ada masuk filim. Satu panggung cacar marba. Berjoget sana sini. Fuh. hebat tol. Box ofis Melayu tak mungkin mcm tu kan.

Nan Blues berkata...

Menari satu or satu panggung tu la 'secret recipe' deme.Jiwa rakyat deme.Hollywood pun ikut la,mcm "Moulin Rouge" atau "Love Guru".Ulu Klangwood pulak mendewakan mat rempit & bohsia melayu.Lepas tu atok melayu rogol cucu dia akibat terlalu banyak minum kopi jantan campor kopi janda.

binjidan berkata...

rajnikant...da best ooooooooooooo